Khamis, 1 Disember 2011

Guru serang, berniat cabul pelajar dipenjara dua tahun



Sumber:
Utusan Borneo




SIBU: Seorang guru sebuah sekolah di Dalat yang didakwa atas empat kesalahan menyerang pelajar sekolah dengan niat hendak mencabul kehormatan mereka, dijatuhi hukuman penjara dua tahun penjara dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret bagi setiap pertuduhan.
Mahkamah yang sebelum ini mendapati guru berusia 36 tahun itu bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan, bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara terbabit berjalan serentak.
Bagi keempat-empat pertuduhan itu, guru terbabit didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman terbabit.
Mengikut pertuduhan pertama, guru terbabit didakwa menggunakan kekerasan dengan niat hendak mencabul kehormatan seorang pelajar berusia 12 tahun di asrama sekolah pada 30 Ogos, 2005, kira-kira jam 7.30 pagi.
Pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama terhadap seorang lagi pelajar berusia 10 tahun sekitar bulan Jun, 2005, kira-kira jam 2.30 petang.
Bagi pertuduhan keempat, guru terbabit didakwa melakukan kesalahan sama sekitar bulan Ogos, 2005, kira-kira jam 7.30 pagi terhadap mangsa yang sama.
Dia sekali lagi didakwa melakukan kesalahan sama terhadap mangsa yang berusia 10 tahun pada 30 Ogos, 2005, kira-kira jam 7.30 pagi.
Hukuman itu bagaimanapun ditangguhkan sementara mengemukakan tertuduh mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...