Pembaca yang dirahmati Allah SWT
Masjid di Lhasa, Tibet |
Segala struktur dan reka bentuk binaan Masjid mestilah akhirnya dikiblatkan kepada Kaabah di Mekah. Masjid menurut perspektif Islam jelas objektifnya adalah tempat untuk menyembah dan beribadah kepada Allah. Namun dalam memastikan objektif masjid tercapai dengan sempurna dan saksama perkara terpenting adalah menjaga adat dan tatasusila serta peraturan masjid tersebut agar kesucian dan keberkatan dapat terus dipertahankan. Diantara undang-undang yang perlu dipatuhi ketika memasuki masjid adalah seperti membuka kasut atau selipar serta jangan membuat bising dan kotor di dalam masjid. Perkara-perkara lain yang menjadi peraturan dan etika di dalam Masjid adalah mesti dipatuhi.
Inikan pula sanggup menyimbah cat merah pada dinding dan lantai masjid Pokok Asam, Kampung Pinang, Batang Tiga, Melaka. Perbuatan keji tersebut dipercayai dilakukan oleh pekerja kontraktor yang melakukan kerja-kerja menaik taraf masjid tersebut. Khabarnya mereka ini datang dari Sabah dan Sarawak. Kalau tak dapat gaji sekalipun , mereka tidak patut menyimbah cat dan menconteng dinding masjid semata-mata mahu melahirkan rasa marah. Kesannya, orang Islam kat Melaka dan di seluruh negara yang mengetahui kejadian tersebut pasti marah. Marah siapa lebih dominan?
Apa erti cat berwarna merah? Ia merupakan lawan warna biru iaitu pemberi semangat, ghairah dan melambangkan emosi yang cukup kuat. Kuat betul emosi sipenyimbah cat ini? Berbincang dengan baik, insyaAllah ada penyelesaiannya. Walau kita tidak dikurniakan otak yang bijak, sekurang-kurangnya kita punya jiwa manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan