Ahad, 4 Disember 2011

Lelaki Sanggup Makan Tangan Sendiri





Sesuatu yang pelik, manusia sanggup melakukan apa sahaj untuk mendapatkan wang Mahkamah Daerah Shilin telah membicarakan kes yang aneh. Seorang lelaki rela makan tangannya sendiri untuk mendapatkan insurans sebanyak NT $ 31.000.000 (£ 660.000, $ 1.000.000). Dia mereka cerita yang tangannya telah di potong oleh perompak yang mencuri cincinnya.

Menurut cerita anak perempuannya,  Hu Yi-ling, mengatakan, mereka dalam perjalanan ke Putian, di daerah Fujian, Cina, tiga perompak telah  menyerang ayahnya. Mereka mencuri cincin ayahnya  dan memotong tangannya". Pihak Berkuasa di Fujian cerita tersebut hanyalah rekaan semata-mata. Mereka mempunyai bukti yang kukuh berdasarkan cara tangan dipotong dan kesan darh yang ditinggalkan di tempat kejadian. Penyisat tidak berjaya menemui tangannya kerana Hu memakan tangannya sendiri.

Mahkamah memutuskan Hu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak NT $ 700.000 (£ 15.000, $ 21.000) dan dilarang meninggalkan negara itu.

Malang Seorang lagi penuntut M'sia di Malang meninggal dunia




Dalam masa kurang dari sebulan selepas rakyat Malaysia dikejutkan dengan pembunuhan penuntut Malaysia Adrian Jay Pereira dari Universiti Brawijaya, Malang, Jawa Timur, seorang lagi penuntut Malaysia dari universiti yang sama meninggal dunia malam tadi.

    
Namun kematian penuntut yang dikenali sebagai Theven Adrian Joseph, 20, itu dipercayai akibat masalah kesihatan.
    
Atase Pendidikan, Education Malaysia (EM) Indonesia, Ludinata Misnun berkata Theven Adrian meninggal dunia pada kira-kira pukul 8 malam tadi di Hospital Islam Dinoyo, Malang setelah usaha menyelamatkannya gagal.
    
"Beliau dipercayai mengalami kekejangan dan serangan sawan dan dikejarkan ke Hosptal Islam Dinoyo, Malang. Pihak hospital telah berusaha menyelamatkannya dengan memberikan bantuan CPR dan penafasan melalui mesin, malangnya beliau tidak dapat diselamatkan," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.
    
EM Indonesia difahamkan bahawa penuntut yang berasal dari Subang Jaya, Selangor itu sebelum ini mempunyai sejarah penyakit itu, kata beliau.
    
Theven Adrian ialah penuntut tahun pertama Universiti Brawijaya, yang menuntut atas pembiayaan sendiri. Tidak dinyatakan bidang jurusan pelajaran yang sedang beliau ikuti.
    
Ludinata berkata pihaknya berlepas ke Malang pagi ini bagi menguruskan penghantaran pulang jasad Theven Adrian dengan bantuan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia.
    
Pihak keluarga pelajar itu juga dijangka sampai ke Malang pagi ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya.
    
Pembiayaan penghantaran pulang jasadnya ditanggung sepenuhnya oleh ejen yang menguruskan kemasukan beliau ke universiti itu kerana beliau masih dilindungi insurans.
    
Pada 7 November lalu, penuntut Malaysia Adrian Jay Pereira, penuntut Fakulti Perubatan di Universiti Brawijaya, Malang mati ditetak dengan senjata tajam dilehernya oleh seorang penyerang ketika beliau cuba menghalang lelaki itu daripada mencuri motosikalnya di luar rumahnya di bandar Malang.
    
Polis masih menyiasat kejadian kes pembunuhan itu.
    
Seramai 173 penuntut Malaysia kini menuntut di Malang, dan daripada jumlah itu, 161 belajar di Universiti Brawijaya.
    
- Bernama

200 berhimpun di KLCC bantah bil Perhimpunan





Kira-kira 200 orang berhimpun di taman KLCC di Jalan Ampang kerana membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman.

Mereka tidak berdepan dengan meriam air atau cota polis,ntetapi sebaliknya hari ini, kumpulan tersebut yang berpakain kuning, berdepan dengan semburan perenjis air.



Mereka bergerak menghampiri beberapa batang pokok di taman selepas pengurusan KLCC, sekali lagi, menutup kawasan itu untuk operasi pembersihan, termasuk kawasan yang menjadi lokasi peserta protes minggu lalu.

Di sana, mereka berdiri mengelilingi Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, ketika dia mendeklamasian sajaknya.

Kemudian, pihak pengurusan kompleks itu membuka perenjis air di tempat mereka berdiri.

Mereka yang terperangkap dalam semburan perenjis air itu melindungi diri mereka dengan payung dan terus mendengar Pak Samad membaca puisi terbaru sebagai penghormatan kepada 'occupy movement', Merindu Ruangan selepas membaca puisi Bersih -  Unggunan Bersih.
Sumber: malaysiakini.com

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...