Rabu, 23 Mac 2011

Pentingnya Kerja Berpasukan Dalam Kalangan Guru







Oleh:

MD RASUL HARON
mrasulharon@yahoo.com












Selaras dengan komitmen dan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan negara ini sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (Centre for academic excellence) di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21, kecemerlangan” world class education”imej dan kualiti pendidikan Negara ini perlu dipertingkatkan ke taraf dunia . Menerusi Rancangan Malaysia yang ke 9, sebanyak RM 45.1 billion telah diperuntukkan oleh pihak kerajaan dalam usaha membangunkan modal insan yang holistik, sentiasa positif , sanggup bekerja di luar kebiasaan dan bekerja berpasukan dalam usaha meningkatkan kemampuan organisasi ke arah kecemerlangan.

Anugerah Sekolah Cemerlang yang baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2007 dan terkini Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)bagi menggantikan Anugerah Sekolah Harapan Negara merupakan satu pengiktirafan dalam usaha memantapkan kerja berpasukan. Kejayaan sesebuah organisasi mencerminkan kemampuan warga kerjanya bekerja bersama-sama bagi menjayakan visi dan misi sekolah. Peranan sekolah sebagai institusi pembelajaran menjadi wadah dalam melahirkan modal insan bukan sahaja di kalangan murid malahan guru-guru yang sentiasa sanggup menggembeleng tenaga untuk berada di tahap profesional yang tinggi.
Kerja berpasukan akan mendidik warga sekolah kepada keseronokan , kekuatan dan keistimewaan kerja berpasukan. Interaksi antara anggota akan lebih berkesan. Sejak awal lagi manusia membentuk kumpulan, di mana kumpulan menjadi asas kehidupan manusia, perlindungan, kerajaan, rekreasi dan pekerjaan. Sikap kumpulan adalah terdiri dari yang tidak bersefahaman sehinggalah yang telah mencapai kejayaan, tetapi adalah jelas bahawa kumpulan yang telah mencapai kejayaan berfungsi sebagai satu unit yang produktif yang dikenali sebagai kerja berpasukan. Sehubungan itu, amalan kerja berpasukan wujud bagi memudahkan urusan kerja atau tugasan yang dijalankan bagi mencapai matlamat organisasi. Amalan kerja berpasukan akan dapat meningkatkan potensi, kebolehan serta kemahiran guru dan akhirnya menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Justeru itu satu kajian perlu dilakukan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan tahap kerja berpasukan guru di sekolah.

Motivasi Kejayaan-dahulukan gabungan ilmu dan minda, bukan gabungan ghairah dan nafsu serakah

Oleh:
iMotivasi








Ada orang rajin, tapi hasilnya tak seberapa.
Ada orang kurang rajin, tapi dia dapat hasil banyak.
Mengapa terjadi begitu?
Inilah yang saya panggil sebagai ‘work hard in smart way‘ – bekerja secara pintar. Maksudnya, rajin berusaha menggunakan cara yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya rajin berusaha menggunakan puluhan cara tapi kurang mendapat hasil.
Dalam apa jua yang Anda lakukan, apabila dilakukannya dengan ilmu dipacu oleh peranan minda, pasti hasilnya memuaskan hati Anda. Apabila Anda melakukan sesuatu dengan emosi ghairah dipacu oleh peranan nafsu serakah, hasilnya pasti kurang memuaskan hati Anda.
Anda akan jadi marah. Contoh? Skim cepat kaya ataupun keinginan mahu cepat kaya dan berjaya dalam masa singkat.
Apa jua yang Anda ingin lakukan, apa jua yang Anda ingin capai dalam hidup, lakukannya dengan ilmu. Kaji dulu.
Kemudian letakkannya sebagai satu matlamat di minda. Imaginasikan matlamat tu selalu supaya minda anda memberikan respon pada keinginan Anda lalu Anda menggunakan idea-idea tu untuk merangka strategi bagi mencapai matlamat yang Anda dah set tadi. Inilah cara yang digunakan oleh orang-orang pintar dan orang-orang berjaya.
Untuk Anda menjadi orang berjaya, dahulukan gabungan ilmu dan minda, bukan mendahuluka gabungan ghairah dan nafsu serakah.

Niat Terbaik Dalam Mengejar Kejayaan

Oleh:
iMotivasi












Niat menjadi pendorong terbesar buat Anda dalam apa jua yang Anda lakukan. Sebagai contoh,kenapa Anda bersembahyang? Sebab Anda niatkan untuk Allah, untuk mengikuti perintahnya. Anda bersembahyang kerana Anda disuruh bersembahyang.
Soalan seterusnya, kenapa Anda mahu berjaya? Haaa.. biasanya, bila Anda menjawap soalan ni, Anda akan terdiam seketika. Bingung. Keliru. Tak tahu. Tak pasti kenapa nak memburu kejayaan.
Ada banyak sebab kenapa Anda mahu berjaya. Sebab paling kerap, Anda mahu senang. Anda mahu memiliki semua apa yang Anda mahu beli, Anda mahu pergi tempat yang Anda teringin nak pergi, Anda mahu luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang Anda minati.
Niatkan kecemerlangan Anda untuk orang sekeliling. Jadilah seorang yang mahu berbakti sebab bila Anda memasang niat sebegitu, motivasi Anda akan kekal lama. Dedikasikan tenaga Anda untuk membantu memperbaiki diri orang lain kerana Anda akan merasa amat termotivasi.
Sebagai contoh, sayangilah seseorang kerana mahu membahagiakan dirinya. Jadilah seorang pelajar cemerlang dengan niat kecemerlangan itu untuk membahagiakan hati ibu dan bapa Anda.
Jadilah seorang pekerja cemerlang supaya organisasi Anda bergerak maju ke depan hasil usaha keras Anda. Jadilah seorang bos yang membentuk pekerja-pekerjanya jadi pekerja berjaya, bukan hanya tahu memarahi kesalahan mereka.
Anda akan berjaya mengecapi kejayaan apabila Anda dedikasikan diri Anda untuk membentuk kejayaan orang lain.
Sebaik-baik niat untuk jadi orang berjaya adalah niat untuk membantu menggerakkan insan lain memajukan hidup mereka. Orang tak akan maju jika mereka tidak ada contoh ikutan untuk mereka memajukan diri.
Jadilah penginspirasi, bukan pengkonspirasi.
Jadilah seorang penyumbang, elakkan asyik mempersoal hak, darjat, pangkat dan maruah.

Bagaimana Membina Keluhan Positif

Oleh:
iMotivasi














Biasanya sikap suka mengeluh dikaitkan dengan sikap negatif. Namun apa jua yang negatif, boleh ditukar menjadi positif. Bila ada yang positf, barulah ada motivasi.
Positif sifatnya membina, negatif sifatnya memusnah.
Keluhan boleh ditukar menjadi keluhan positif. Hal ini baik untuk memperbaiki diri Anda dalam pelajaran, kerjaya, kekeluargaan, perniagaan,gunanya untuk membina jati diri lebih baik.
Bagaimana untuk mewujudkan keluhan positif?
Ia terjadi apabila Anda terbuat satu kesilapan. Jangan mengeluh, sebaliknya belajar dari kesilapan. Terima kesilapan itu, fahami apa yang tak betul, kemudian buat balik dengan betul. Anda mengeluh sebab Anda buat tak berapa bagus.
Beranikan diri untuk gagal, beranikan diri buat kesilapan sebab kesilapan dan kegagalan adalah guru terbaik bagi seseorang yang mahu berjaya.
Keluhan positif wujud apabila Anda merasa diri Anda tidak berasa bagus, kemudian timbul keinginan untuk buat dengan lebih bagus di lain kali.
Keluhan positif tidak perlu di lepaskan dengan mengeluarkan nafas beserta keluhan berat seperti mana Anda mengeluh tatkala ditimpa masalah atau ditimpa kesusahan. Keluhan positif cukuplah sekadar dengan mengetahui kesilapan, terima kesilapan sebab Anda buat tak berapa bagus selepas itu pasang tekad mahu buat yang terbagus di lain kali.
Anda sentiasa ada peluang membaiki diri, bezanya sama Anda nak dan tak nak saja.
Seorang juara kekal menjadi juara sebab dia belajar dari kesilapan, dialah yang paling banyak menemui kesilapan. Pernah tak Anda terfikir kenapa atlit terus menerus berlatih? Sebab mereka beranikan diri buat kesilapan supaya mereka tahu kelemahan mereka. Bila sudah tahu kelemahan, mereka akan memperbaiki kelemahan itu.
Aset utama juara adalah pengetahuannya.
Dia tahu apa yang salah dan apa yang betul. Dia tahu lebih banyak dari orang lain. Sebab itulah dia kekal jadi juara.
Perbaikilah diri Anda dari sehari ke sehari. Bila bangun pagi dan sebelum tidur, pasang niat di dalam hati Anda mahu perbaiki diri Anda pada keesokan hari.
Berkaitan:

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...