Rabu, 7 Disember 2011

SBPA-Skim J dan N Terbaru


Sumber:
Facebook
Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA






Skim J memang diberi perhatian. Skim Perkhimatan Juruteknik, Juruteknik Lanskap, Juruteknik Perancang Bandar & Wilayah, Juruteknik Ukur, Pembantu Pemeriksa Kilang & Jentera dengan kelayakan masuk Sijil Politeknik (setaraf STPM) tertakluk kepada memenuhi syarat kelayakan masuk ditetapkan atau cukup tempoh perkhidmatan dinaikkan ke gred SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 KGT RM145/150. 

Berikut adalah gaji SBPA bagi:-


Maklumat untuk skim J

SSM J17 = SBPA J4-1 GAJI RM980-RM2805 
KGT RM95
SSM J22 = SBPA J4-3 GAJI RM1935-RM3545 KGT 115
SSM J26 = SBPA J4-5 GAJI RM2290-RM4040 KGT 125


Maklumat untuk Skim N

Berikut adalah gaji SBPA bagi:-

Gred N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 kgt 80
Gred N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 kgt 95
Gred N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 kgt 115
Gred N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 kgt 145

Kamu Peragut Kasih Sayang 7 Beradik




Pembaca yang dirahmati Allah SWT.

Begitu terkilan rasa hati apabila menyelak akhbar Kosmo pada hari ini (7.12.2011), 7 beradik yang kehilangan ibu akibat terlanggar tiang elektrik ketika mengejar peragut. 7 beradik tersebut merayu pihak berkuasa untuk menangkap peragut yang meragut dompetnya di Kampung Keluat, Beris Kubor Besar, Kelantan. Nyawa seorang ibu melayang akibat manusia yang yang disyaki penagih dadah. Dia sanggup berjuang habis-habisan untuk mendapatkan duit. Kesannya, 7 anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu turut menjadi mangsa ragut kasih sayang.

Itulah sebabnya, ibu dan bapa kita sentiasa menasihati anak-anak untuk belajar dan berdisiplin di sekolah. Dapatkan ilmu sebagai bekal menjalani hidup. Apabila tidak ada kerja, meragut menjadi punca rezeki. Pada hal kesan perbuatan zalim tersebut begitu besar. Nyawa melayang. Hasil yang didapati amat tidak berbaloi. Bagaimana perasaan anak-anak yang ditinggalkan akibat perbuatan jahiliah peragut tersebut. Amat bernafsu. Agresif. Sepatutnya guna kekuatan yang ada itu untuk mengubah hidup. Tanya kepada diri, sampai bila kita hendak meragut hak orang lain? Adakah contoh yang boleh dijadikan idola oleh peragut yang membuktikan peragut menjadi kaya raya? 

Kita berdoa agar 2 peragut terbabit dapat ditangkap oleh pihak berkuasa. Amin.

Citigroup Inc. Buang 4 500 Pekerja


Sumber:
REUTERS
Terjemahan dan Suntingan
Wadah Pajak Song iCikgu Rasul




Citigroup Inc membuang 4.500 pekerja di seluruh dunia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Vikram Pandit pada hari Selasa dan ia menjadi bank terkini yang besar untuk membuang kakitanganPembuangan tersebut melibatkan kira-kira 2 peratus daripada tenaga kerja Citi  seramai 267,000 pekerja pada akhir suku ketiga 2011.Citi menyertai bank-bank lain di seluruh dunia yang telah membuang kakitangan lebih daripada 120,000 pekerjaan. Ia berpunca daripada peraturan-peraturan perbankan ketat dan ekonomi pula yang kekal lemah.

Awal tahun ini, saingan Citi,  Bank of America Corp (BAC.Nmengumumkan rancangan  mengurangkan 30,000 pekerjaan.. Pandit berkata pengurangan Citi akan melibatkan unit-unit perdagangan proprietari, yang gulung tikarSaham Citigroup ditutup 8 sen, atau 0.27 peratus, pada $ 29.75 di Bursa Saham New York.


Transformasi atau Anak Tiri




Pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Kerajaan ,mesti membatalkan hasrat mengubahsuai skim jawatan utama perkhidmatan awan peringkat JUSA dan Turus untuk membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.  jika tindakan itu dilaksanakan, maka kerajaan bakal berdepan dengan kemarahan pegawai perkhidmatan awam yang lain.Transformasi atau anak tiri?


Kerajaan juga perlu membatal cadangan tersebut  sebagai menghormati dan menghargai pegawai pentadbiran awam yang lain bukan menjadikan anak tiri. Kerajaan kena jaga ransangan dan motivasi pegawai pentadbiran awam. Amat mengejutkan semua ketua setiausaha kementerian akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula jawatan mereka secara kontrak. Selain itu juga,  mana-mana pekerja sektor swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian. Bagaimana dengan motivasi 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia? 


Tindakan tersebut menggambarkan kerajaan mengalami "krisis kepercayaan politik" kepada pegawai kerajaan yang lain. Dengan tindakan ini, tidak ada kepercayaan kerajaan penjawat awam untuk mengisi jawatan tersebut, apabila dipimpin oleh orang yang tidak ada pengalaman untuk mentadbir.


Tindakan itu sebagai "proses penswastaan pentadbiran awam", langkah berkenaan akan "melumpuhkan sektor" awam kerana menjatuhkan motivasi pegawai kakitangan awam dan Institut Latihan Perkhidmatan Awam (INTAN) dilihat tidak berguna lagi. Adakah ini perakuan kerajaan bahawa INTAN gagal?

Apakah jaminan kerajaan bagi pihak luar yang dilantik ke jawatan tersebut untuk menjaga kerahsiaan kerajaan dan negara. Bagi mengatasi isu tersebut, beliau mencadangkan supaya memperbaiki proses perlantikan  dengan mengutamakan pencapaian dari pegawai penjawat awam. Bukan (dipilih dan dilantik) dengan kabel politik atau (mempunyai hubungan) dengan peringkat yang lebih atas. Baiki proses memilih, elak daripada kabel politik, kerana ia akan merosakkan pentadbiran awam," katanya.


Penulis secara peribadi tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengisi jawatan utama perkhidmatan awam iaitu Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan Turus dengan kepakaran luar terutama dari sektor swasta. Cadangan ini jika dilaksanakan, seumpama menganaktirikan penjawat awam sedia ada yang telah lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam bidang tertentu. Menurut beliau seharusnya keutamaan jawatan itu diberi kepada penjawat sedia ada terutama golongan muda yang mempunyai idea dan kebolehan agar kualiti kerja dapat ditingkatkan.


Kenapa perlu ambil orang luar yang tidak tahu apa-apa tentang jabatan kerajaan sedangkan kita tahu masih ramai penjawat awam yang berkebolehan untuk menjawat jawatan itu. Kalau sudah tiada (penjawat awam) yang layak... mungkin orang luar boleh mengisinya, tetapi dengan syarat bukan semua jawatan ditawarkan. ka

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mesti membantah cadangan menjadikan perkhidmatan awam anak tiri atas nama transformasi.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...