Rabu, 7 Disember 2011

Kamu Peragut Kasih Sayang 7 Beradik




Pembaca yang dirahmati Allah SWT.

Begitu terkilan rasa hati apabila menyelak akhbar Kosmo pada hari ini (7.12.2011), 7 beradik yang kehilangan ibu akibat terlanggar tiang elektrik ketika mengejar peragut. 7 beradik tersebut merayu pihak berkuasa untuk menangkap peragut yang meragut dompetnya di Kampung Keluat, Beris Kubor Besar, Kelantan. Nyawa seorang ibu melayang akibat manusia yang yang disyaki penagih dadah. Dia sanggup berjuang habis-habisan untuk mendapatkan duit. Kesannya, 7 anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu turut menjadi mangsa ragut kasih sayang.

Itulah sebabnya, ibu dan bapa kita sentiasa menasihati anak-anak untuk belajar dan berdisiplin di sekolah. Dapatkan ilmu sebagai bekal menjalani hidup. Apabila tidak ada kerja, meragut menjadi punca rezeki. Pada hal kesan perbuatan zalim tersebut begitu besar. Nyawa melayang. Hasil yang didapati amat tidak berbaloi. Bagaimana perasaan anak-anak yang ditinggalkan akibat perbuatan jahiliah peragut tersebut. Amat bernafsu. Agresif. Sepatutnya guna kekuatan yang ada itu untuk mengubah hidup. Tanya kepada diri, sampai bila kita hendak meragut hak orang lain? Adakah contoh yang boleh dijadikan idola oleh peragut yang membuktikan peragut menjadi kaya raya? 

Kita berdoa agar 2 peragut terbabit dapat ditangkap oleh pihak berkuasa. Amin.

1 ulasan:

  1. Kejam sungguh peragut tuuu....
    moga peragut tu kecundang dan dapat ditangkap dgn segera...
    sepandai-pandai tupai melompat.. akhirnya jatuh ke tanah juga....
    singgah di sini.

    BalasPadam

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...