Ahad, 18 November 2012

Serangan Israel Hancurkan Markas Pusat Hamas

Seorang polis Palestin memeriksa sebuah bom Israel yang jatuh namun tidak
meledak di salah satu  jalan Gaza City.



BANDAR GAZA, 18 Nov.2012- Serangan udara Israel mengenai markas pusat para pemimpin Hamas di Gaza dalam serangan yang telah berlangsung selama empat hari di wilayah tersebut. Saksi melaporkan, kerosakan teruk terjadi pada markas yang dikunjungi Perdana Menteri Mesir Hisham Qandil pada Jumaat (16/11/2012). Koresponden BBC melaporkan, suara  bingit terdengar di udara Kota Gaza dan disusuli serangkaian serangan yang menyebabkan ledakan besar pada Sabtu (17/11/2012) sebelum subuh.

Selain itu, serangan juga terjadi di sekitar Kota Gaza setelah pukul lima pagi, dengan sasaran markas  kabinet Hamas. Wartawan BBC Jon Donnison menulis dalam Twitter, "Lima serangan udara besar sekarang menggoncang bilik saya. Terasa dekat." Sementara  itu tentera Israel mengatakan, serangan yang terjadi sejak tengah malam itu mensasarkan 85 lokasi. Sekurang-kurangnya 29  warga Palestin dan tiga penduduk Israel mati dalam pertempuran yang terjadi sejak Israel menewaskan  pemimpin Hamas, Rabu lalu.

Israel telah menempatkan sekitar 75.000 tentera simpanan di tengah spekulasi akan adanya pertempuran darat. Menurut sumber, pertempuran darat akan segera dilakukan, tetapi Israel mengatakan belum ada keputusan yang dibuat mengenai hal itu. Israel telah menutup akses di tiga pintu masuk Gaza pada hari Jumaat; dan memaklumkan telah menggerakkan 16,000 tentera simpanan sementara maklumat lain Israel mengatakan telah menggerakkan 75,000 tentera simpanan lainnya.

Pemimpin tentera Hamas, Ahmed Jabari maut dalam serangan Israel pada Rabu lalu. Dan seorang pemimpin kanan pasukan  turut maut pada Jumaat (16/11/2012). Dua  perempuan Israel dan seorang lelaki maut ketika sebuah roket mengenai sebuah bangunan di bahagian selatan kota Kiryat Malachi pada Khamis, menurut keterangan pejabat setempat. Sebelum serangan terjadi, Israel telah berulang kali melakukan serangan udara ke Gaza dan pejuang Palestin melancarkan roket melepasi perbatasan wilayah mereka.

Jumaat (16/11/2012), Hamas mengatakan telah menembak roket ke Tel Aviv dan Jurusalem: akhbar Haaretz mengatakan bahawa peristiwa serangan roket ke Jurusalem itu untuk pertama kalinya berlaku sejak tahun 1970.

Suara bisik mahu bunuh anak


Sumber:
NIK AMIRUL MU'MIN NIK MIN
Sinar Harian
18 November 2012



"SEBELUM itu, saya dengar suara anak dan suami ketawa dari dalam bilik. Saya berada di dapur bersama anak sulung, Mohd Al-Amin, 2," kata Suze Jalit, 26, ibu bayi malang, Nor Amirah yang maut disembelih bapanya sendiri di Felda Panching Selatan, dekat sini, malam semalam.
Suze berkata, tiba-tiba terdengar suara anaknya yang berusia 11 bulan 20 hari itu menangis, namun masih tidak mengesyaki apa-apa.

"Hinggalah apabila saya dapati Amirah tiba-tiba senyap selepas dua kali menangis, barulah saya rasa seperti ada yang tidak kena segera berlari ke bilik. Ketika itulah ternampak leher Amirah berlumuran darah.

"Anak saya masih atas katil sementara suami pula memegang parang pendek," katanya.

Ketika ditemui semalam, wanita itu ternyata masih sukar menerima kenyataan bayinya sudah tiada, apa lagi nyawanya diragut ayah sendiri.
"Baru petang semalam (kelmarin) kami sekeluarga keluar berjalan-jalan. Ayahnya pun sangat mesra dengannya dan bermain-main dengannya hingga ke malam. Tak sangka pula kesudahannya ini yang terjadi," katanya sambil mengesat air mata.

Mengenai suaminya, Suze berkata, lelaki berusia 29 tahun itu mendakwa sering dengar bisikan suara kononnya ada orang mahu membunuh dan membakar Nor Amira.

Adik lelaki itu, Norazliza Ismail, 23, pula berkata, dia menonton TV ketika mendengar kakak iparnya (Suze) menjerit dan menangis.

"Saya bergegas ke bilik dan melihat Amirah sudah tidak bernyawa dan lehernya berlumur darah. Saya kuatkan hati, ambil kain dan balut luka pada lehernya," kata gadis itu.

Norazliza berkata, abangnya pula yang disyaki terlibat perbuatan itu, seolah-olah baru tersedar khayalan. Dia menangis, meratap setelah melihat keadaan anaknya malah dikatakan turut menghubungi polis dan ambulans.
"Sebelum ini, dia sering alami gangguan fikiran. Dia pernah mengaku selalu dengar bisikan ada orang mahu bunuh dan bakar anaknya. Dia mahu bunuh sendiri anaknya daripada biar dibunuh orang lain," katanya.
Jenazah bayi malang itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat, sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Felda Panching Selatan, dekat sini.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...