Seorang polis Palestin memeriksa sebuah bom Israel yang jatuh namun tidak meledak di salah satu jalan Gaza City. |
BANDAR GAZA, 18 Nov.2012- Serangan udara Israel mengenai markas pusat para pemimpin Hamas di Gaza dalam serangan yang telah berlangsung selama empat hari di wilayah tersebut. Saksi melaporkan, kerosakan teruk terjadi pada markas yang dikunjungi Perdana Menteri Mesir Hisham Qandil pada Jumaat (16/11/2012). Koresponden BBC melaporkan, suara bingit terdengar di udara Kota Gaza dan disusuli serangkaian serangan yang menyebabkan ledakan besar pada Sabtu (17/11/2012) sebelum subuh.
Selain itu, serangan juga terjadi di sekitar Kota Gaza setelah pukul lima pagi, dengan sasaran markas kabinet Hamas. Wartawan BBC Jon Donnison menulis dalam Twitter, "Lima serangan udara besar sekarang menggoncang bilik saya. Terasa dekat." Sementara itu tentera Israel mengatakan, serangan yang terjadi sejak tengah malam itu mensasarkan 85 lokasi. Sekurang-kurangnya 29 warga Palestin dan tiga penduduk Israel mati dalam pertempuran yang terjadi sejak Israel menewaskan pemimpin Hamas, Rabu lalu.
Israel telah menempatkan sekitar 75.000 tentera simpanan di tengah spekulasi akan adanya pertempuran darat. Menurut sumber, pertempuran darat akan segera dilakukan, tetapi Israel mengatakan belum ada keputusan yang dibuat mengenai hal itu. Israel telah menutup akses di tiga pintu masuk Gaza pada hari Jumaat; dan memaklumkan telah menggerakkan 16,000 tentera simpanan sementara maklumat lain Israel mengatakan telah menggerakkan 75,000 tentera simpanan lainnya.
Pemimpin tentera Hamas, Ahmed Jabari maut dalam serangan Israel pada Rabu lalu. Dan seorang pemimpin kanan pasukan turut maut pada Jumaat (16/11/2012). Dua perempuan Israel dan seorang lelaki maut ketika sebuah roket mengenai sebuah bangunan di bahagian selatan kota Kiryat Malachi pada Khamis, menurut keterangan pejabat setempat. Sebelum serangan terjadi, Israel telah berulang kali melakukan serangan udara ke Gaza dan pejuang Palestin melancarkan roket melepasi perbatasan wilayah mereka.
Jumaat (16/11/2012), Hamas mengatakan telah menembak roket ke Tel Aviv dan Jurusalem: akhbar Haaretz mengatakan bahawa peristiwa serangan roket ke Jurusalem itu untuk pertama kalinya berlaku sejak tahun 1970.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan