Rabu, 1 Februari 2012

Dakwa dipukul akibat salah faham muka buku




KANGAR - Seorang pelajar perempuan 15 tahun dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini selepas mengalami muntah-muntah dikatakan dipukul sekumpulan rakan sekolahnya akibat selisih faham menerusi laman muka buku.

Noor Haidaanis Norizan yang dimasukkan ke hospital awal pagi tadi pukul 1 turut mengalami lebam di beberapa bahagian badan dan bengkak di kepala akibat kejadian tersebut kira-kira pukul 6 petang semalam.Mangsa mendakwa dipukul sekumpulan pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini ketika sedang berjalan pulang seorang diri berhampiran sebuah taman perumahan di belakang sekolahnya."Mereka mengatakan saya cuba menggoda teman lelaki salah seorang rakan melalui laman sosial muka buku.

"Mereka bertindak kasar menampar, menumbuk, menendang dan menarik rambut saya. Kemudian muncul ramai lagi pelajar perempuan yang saya tak kenal turut bertindak sama," katanya ketika ditemui pemberita di HTF di sini hari ini.

Noor Haidaanis berkata sebelum ini dia menerima ungutan daripada kumpulan pelajar sama yang dikatakan tidak puas hati dengannya kerana mempunyai ramai kawan walaupun baru berpindah ke sini.Katanya, dia sebelum ini bersekolah di Sungai Petani, Kedah dan baru sebulan berpindah ke Perlis bersekolah dan menetap bersama neneknya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superitendan Ismail Che Isa mengesahkan menerima laporan mengenai kes itu daripada ibu mangsa serangan. Katanya, siasatan awal mendapati empat pelajar sahaja terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah ugutan dan Seksyen 323 kerana bergaduh sehingga mendatangkan kecederaan.- Bernama

PEMBERITAHUAN KEMASKINI BORANG PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2012/2013




Bahagian Matrikulasi KPM akan membuka permohonan untuk mengemaskini borang permohonan mulai pada 06 Februari 2012 hingga 20 Februari 2012.

Pelajar SPM 2011 yang telah mengisi  borang permohonan melalui internet diminta untuk mengemaskini maklumat tambahan melalui laman sesawang http://apps.moe.gov.my/permohonan_matrikulasi/kemaskini

Untuk mengemaskini, pelajar hanya perlu memasukkan  nombor kad pengenalan atau nombor angka giliran SPMsahaja.
Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4083 / 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Suami isteri tanam pokok ganja dipenjara seumur hidup

KE PENJARA: Tajol (kiri) dan Rozaimah diiringi oleh anggota polis ke lokap selepas hukuman dijatuhkan.

KUCHING: Sepasang suami isteri dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas disabit kesalahan memiliki 20.44 gram ganja dan menanam tiga batang pokok ganja tersebut di kediaman mereka tahun lepas.
Hakim Afidah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Tajol Ashikin Tambi, 39 dan isterinya, Rozaimah Mat, 37 yang didapati bersalah di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, kerana memiliki ganja dan Seksyen 6B(1)(a) akta sama dan dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 6B(3) akta sama.

Bagi pertuduhan pertama, Tajol dan Rozaimah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun manakala Tajol dikenakan hukuman sebat tiga kali.Manakala untuk pertuduhan kedua, mereka dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan Tajol dikenakan hukuman sebat sebanyak enam kali yang menjadikan jumlah sebatan sebanyak sembilan.Hakim mengarahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman serentak.

Tajol yang merupakan polis bantuan dan isterinya dicekup di rumah mereka di Semariang Batu sekitar 12.30 tengah hari pada 12 Januari 2011.Kes prima facie diluluskan ke atas Tajol dan Rozaimah pada Disember tahun lepas. Pasangan yang mempunyai anak sebanyak dua orang kemudiannya diarah membela diri.Dalam pengadilan, Hakim Afidah menyatakan bahawa kedua-dua tertuduh gagal menimbulkan keraguan  ketika membela diri.

Menurutnya, pasangan berkenaan mendakwa ketiga-tiga pokok ganja itu ditanam oleh anak sulungnya tanpa mengetahui ia berbahaya sebab itu meletakkannya dalam rumah bagi mengelak terkena pancaran matahari, tetapi ia hanya satu alasan.Sementara itu, peguam bela tertuduh Voon Lee Shan meminta hukuman ke atas kedua-dua tertuduh diringankan.

Sumber:


Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...