Jumaat, 9 Disember 2011

Kelayakan Minimum,Lapisan Gred SSM dan Lapisan Gred SBPA






PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2011
PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN





PENGGELARAN GRED JAWATAN/ GRED GAJI

Penggelaran gred jawatan/ gred gaji dikemas kini selaras dengan pembentukan Jadual Gaji Sebaris (JGS) yang menggantikan Jadual Gaji Matriks (JGM) dan pemansuhan gred jawatan/ gred gaji 1 hingga 10. 

Penggelaran gred jawatan/ gred gaji adalah berasaskan kepada syarat kelayakan masuk minimum yang ditetapkan atau yang setara dalam skim perkhidmatan. Setiap peringkat kelayakan masuk minimum diperuntukkan kod seperti di di bawah:

Kod Kelayakan Masuk Minimum

Kelayakan
Ijazah
Kod 1

Diploma
Kod 2

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Kod 3

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Kod 4

Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Kod 5

Pembentukan gred jawatan/ gred gaji baru ini adalah berdasarkan kombinasi antara kod kelayakan masuk minimum dengan kod gaji. Kod pertama bagi gred jawatan merujuk kepada kelayakan masuk minimum, manakala kod kedua merujuk kepada gred gaji. Pemindahan gred jawatan/ gred gaji sekarang kepada gred baru adalah seperti di Jadual di bawah:



Ijazah
53/54- 1-6
51/52- 1-5
47/48- 1-4
45/46- 1-3
43/44- 1-2
41/42- 1-1
Diploma
40     - 2-6
37/38- 2-5
35/36- 2-4
33/34- 2-3
31/32- 2-2
29/30- 2-1

STPM
40     - 3-5
37/38- 3-4
35/36- 3-4
33/34- 3-3
31/32- 3-2
27/28- 3-1
SPM
25/26- 4-5
23/24- 4-4
21/22- 4-3
19/20- 4-2
17/18- 4-1
PMR
16     - 5-3
13/14- 5-2
11/12- 5-1

SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 2012



PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011


PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSEKUTUAN


Perbekalan dalam skim perkhidmatan ini adalah terpakai dan hendaklah dibaca bersama dengan perbekalan-perbekalan lain yang ditetapkan dalam Perbekalan Umum Skim Perkhidmatan.

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL, PELAKSANA
(SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)
GRED GAJI/JAWATAN: 

DG2-1, DG2-2, DG2-3, DG2-5
DG1-1, DG1-2, DG1-4, DG1-5, DG1-6

TARIKH KUAT KUASA : 1 JANUARI 2012
SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:-
KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DG2-1

(a) (i) Diploma dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG2-1: T1); atau
(ii) Diploma dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG2-1: T2).

KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DG1-1

(b) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG1-1: T1); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG1-1: T2); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG1-1: T2).

I

9 Perkara yang Mengejutkan Tentang Negara China



Sumber:
lintas.com(lintas.me)
hukuman mati

1. China menghukum mati orang tiga kali lebih banyak dibandingkan semua negara lain di dunia.
Ada tiga kali lebih banyak orang dihukum mati di China dibandingkan di negara-negara lain dijadikan satu, demikian perkiraan minimum yang terbaru oleh pihak Amnesty Internasional. Pada tahun 2008, Badan ini mengesahkan sebanyak 1718 hukuman mati yang dilaporkan oleh media kepada umum. Banyak lagi yang tidak dilaporkan. Beberapa penganalisa mengatakan jumlahnya mungkin melebihi 6000. Jumlah sebenarnya dirahsiakan oleh kerajaan China. negara. 


2. Lebih dari 4.000 bayi di Cina diberi nama ”Pertandingan Olimpik” (Olympic Games) ketika negara itu sedang bersiap-siap menyelenggarakan Beijing 2008.


Lebih daripada satu kebanggaan bagi China, Olimpik Beijing menjadi bahagian yang begitu penting dari kesedaran nasional hingga lebih daripada 4.000 bayi diberi nama sempena Olimpik Beijing.  Sebahagian besar daripada 4104 anak yang bernama ”Aoyun”, yang ertinya olimpik, dilahirkan sekitar tahun 2000 sewaktu Beijing sedang berusaha  melobi untuk menjadi tuan rumah kejohanan olahraga musim panas 2008 itu. Kebanyakan anak yang diberi nama Aoyun adalah lelaki.

3. Setiap tahun di Cina menghabiskan 45 juta chopsticks.

Di Cina, setiap tahunnya, dianggarkan kira-kira 45 juta chopsticks dipakai dan dibuang sesudahnya. Ia bersamaan dengan 1.7 juta m3 kayu atau 500 ribu batang pokok  setiap tahun.

4. 200 juta warga Cina hidup dengan kurang dari 1 dollar sehari.

Yang termasuk ke dalam golongan miskin di China adalah warga yang berpendapatan di bawah 1.25 dollar sehari. Pada tahun 1981, warga yang miskin adalah 64% daripada jumlah penduduk China. Angka ini menurun pada 10% dalam  tahun 2004, bererti dalam jangkamasa 1981 – 2004 terdapat 500 juta warga China yang berjaya keluar daripada kemiskinan.

5. Lebih dari 700 juta warga Cina minum air tercemar.

China menyumbang 20% jumlah penduduk dunia, namun hanya memiliki 7% daripada sumber air dunia. Lebih teruk lagi, menurut World Bank, 90% punca air  di bandar dan 75% sungai dan tadahan sudah tercemar. Ini bererti 700 juta warga China minum air tercemar setiap harinya.

6. Aiskrim dan pasta mungkin pertama kali diciptakan di China.

Sekitar tahun 200 sebelum Masehi di China sudah diciptakan semacam campuran  susu beku dan beras yang menjadi bahan untuk membuat aiskrim. Juga di sebuah lokasi penggalian arkeologi di bahagian barat China, penemuan semangkuk mi berusia 4.000 tahun  yang mengungkapkan China mungkin terlebih dahulu mencipta pasta lebih awal daripada Itali.

7. Lebih dari 50% barang palsu yang berada di masyarakat Eropa berasal dari China.

Sebanyak 54% barang yang melanggar hak cipta yang berada di pasaran Eropah adalah dari China. CD/DVD merupakan peringkat pertama barang tiruan iaitu sebanyak 79 juta keping, bererti 44% daripada jumlah seluruh barang tiruan, diikuti oleh rokok (23%) dan pakaian serta barangan aksesori.

8. China masih belum bebas dari wabak penyakit abad pertengahan Eropah.

Pada tahun 2009, China mengakhiri kuarantin di sebuah kota di sebelah barat laut yang diserang wabak radang paru-paru (pneumonia). Merebaknya penyakit yang menular itu menjejaskan kesihatan 3 penduduk desa di sekitar kota Ziketan di wilayah Qing-Hai. 

9. Menjelang tahun 2025 China akan sudah membangun 10 kota metropolitan setaraf New York.

Skala dan langkah perbandaran China akan terus berlanjutan dengan pertumbuhan  yang belum pernah terjadi sebelumnya. Bila kecenderungan seperti sekarang tetap berterusan, penduduk bandar China akan berkembang daripada 572 juta di tahun 2005 menjadi 926 juta pada tahun 2025 dan bakal mencapai angka 1 juta pada tahun 2030. Jadi dalam jangka waktu 20 tahun penduduk kota-kota China akan bertambah sebanyak 350 juta lebih banyak daripada seluruh penduduk AS hari ini. Menjelang tahun 2025 China akan memiliki 219 kota yang berpenghuni melebihi 1 juta. Juga akan dibangun 40 juta m3 lantai ruang di 5 juta bangunan. 50.000 daripada bangunan tersebut merupakan gedung pencakar langit  bersamaan dengan 10 kota sebesar New York.

Buaya tasik Taman Bulatan Miri akhirnya tumpas


Sumber
Utusan Borneo
Posted on December 8, 2011, Thursday



BERJAYA DITANGKAP: Buaya yang di-tangkap semalam sebelum dihantar ke Taman Buaya Miri

MIRI: Buaya yang berada di tasik buatan Taman Bulatan Miri berjaya ditangkap pagi semalam setelah usaha untuk menangkap reptilia berkenaan tidak berhasil sebelum ini.
Dengan tertangkapnya buaya berkenaan, ia sekali gus memberi kelegaan kepada penduduk Miri dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) yang bimbang dengan kehadiran buaya tersebut yang dilihat muncul di tasik terbabit beberapa bulan lalu.
Buaya tersebut ditangkap pada kira-kira jam 9.30 pagi semalam selepas seorang pegawai Sarawak Forestry Corporation (SFC) yang mengawasi tasik berkenaan memeriksa umpan yang diletak-kan di situ.
Selain SFC, usaha menangkap reptilia tersebut turut dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Pengurus Besar SFC, Wilfred Landong ketika dihubungi semalam berkata, buaya terbabit dihantar ke Taman Buaya Miri di Kuala Baram dekat sini.
“Kita percaya bahawa buaya tersebut telah memakan umpan yang diletakkan di tasik berkenaan pada malam semalam (kelmarin). Reptilia tersebut terkail di umpan sekitar jam 9.30 pagi dan dikesan oleh pegawai kita yang sentiasa mengawasi tasik,” katanya.
Menurut Wilfred, buaya terbabit dipercayai berusia tiga tahun dengan panjang 1.3 meter, dan dipercayai buaya liar yang tersesat.
“Buaya berkenaan mungkin dari mana-mana sungai berdekatan yang tidak jauh dari Taman Bulatan Miri. Setakat ini, kita hanya mendapat laporan mengatakan bahawa hanya ada seekor buaya di tasik itu,” ujarnya.
Sementara itu, pemilik Taman Buaya Miri Chai Kuen Ming berkata, beliau menerima serahan buaya di taman terbabit oleh pihak SFC sekitar jam 11.30 pagi semalam.
“Reptilia tersebut merupakan spesies buaya porosus atau buaya air masin yang biasanya ditemui di sungai Batu Niah, Bekenu, Bakong, Sibuti dan Sri Aman di negeri ini,” katanya ketika ditemui semalam sambil menambah, buaya berkenaan juga jenis pemakan manusia.
Katanya lagi, buaya tersebut akan ditempatkan di Taman Buaya Miri disebabkan ia merupakan bahan bualan orang ramai selepas kelibatnya dilihat beberapa bulan lalu.
“Saya percaya ramai yang ingin melihat buaya itu nanti,” katanya.
Datuk Bandar Miri Lawrence Lai pula mengalu-alukan orang awam untuk menamakan buaya tersebut setelah reptilia itu menjadi perhatian masyarakat setempat.
“Saya berasa lega dan gembira kerana akhirnya buaya yang menjadi bualan dan kerisauan penduduk Miri sebelum ini berjaya ditangkap. Kehadiran buaya itu telah membimbangkan keselamatan orang awam memandangkan Taman Bulatan Miri adalah tempat untuk berekreasi dan aktiviti sukan,” tambahnya.



UiTM International Centre Dilanda Banjir Kilat






WARGA UiTM bergegas menyelamatkan kenderaan masing-masing selepas banjir kilat melanda tempat letak kereta UiTM International Centre (UIC) berhampiran pintu masuk UiTM Shah Alam, hari ini. - Foto Mohamad Naufal Mohamad Idris.
Dec 8, 2011 8:21 pm-Berita Harian Online

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...