Sumber:
lintas.com(lintas.me)
1. China menghukum mati orang tiga kali lebih banyak dibandingkan semua negara lain di dunia.
Ada tiga kali lebih banyak orang dihukum mati di China dibandingkan di negara-negara lain dijadikan satu, demikian perkiraan minimum yang terbaru oleh pihak Amnesty Internasional. Pada tahun 2008, Badan ini mengesahkan sebanyak 1718 hukuman mati yang dilaporkan oleh media kepada umum. Banyak lagi yang tidak dilaporkan. Beberapa penganalisa mengatakan jumlahnya mungkin melebihi 6000. Jumlah sebenarnya dirahsiakan oleh kerajaan China. negara.
2. Lebih dari 4.000 bayi di Cina diberi nama ”Pertandingan Olimpik” (Olympic Games) ketika negara itu sedang bersiap-siap menyelenggarakan Beijing 2008.
Lebih daripada satu kebanggaan bagi China, Olimpik Beijing menjadi bahagian yang begitu penting dari kesedaran nasional hingga lebih daripada 4.000 bayi diberi nama sempena Olimpik Beijing. Sebahagian besar daripada 4104 anak yang bernama ”Aoyun”, yang ertinya olimpik, dilahirkan sekitar tahun 2000 sewaktu Beijing sedang berusaha melobi untuk menjadi tuan rumah kejohanan olahraga musim panas 2008 itu. Kebanyakan anak yang diberi nama Aoyun adalah lelaki.
3. Setiap tahun di Cina menghabiskan 45 juta chopsticks.
Di Cina, setiap tahunnya, dianggarkan kira-kira 45 juta chopsticks dipakai dan dibuang sesudahnya. Ia bersamaan dengan 1.7 juta m3 kayu atau 500 ribu batang pokok setiap tahun.
4. 200 juta warga Cina hidup dengan kurang dari 1 dollar sehari.
Yang termasuk ke dalam golongan miskin di China adalah warga yang berpendapatan di bawah 1.25 dollar sehari. Pada tahun 1981, warga yang miskin adalah 64% daripada jumlah penduduk China. Angka ini menurun pada 10% dalam tahun 2004, bererti dalam jangkamasa 1981 – 2004 terdapat 500 juta warga China yang berjaya keluar daripada kemiskinan.
China menyumbang 20% jumlah penduduk dunia, namun hanya memiliki 7% daripada sumber air dunia. Lebih teruk lagi, menurut World Bank, 90% punca air di bandar dan 75% sungai dan tadahan sudah tercemar. Ini bererti 700 juta warga China minum air tercemar setiap harinya.
6. Aiskrim dan pasta mungkin pertama kali diciptakan di China.
Sekitar tahun 200 sebelum Masehi di China sudah diciptakan semacam campuran susu beku dan beras yang menjadi bahan untuk membuat aiskrim. Juga di sebuah lokasi penggalian arkeologi di bahagian barat China, penemuan semangkuk mi berusia 4.000 tahun yang mengungkapkan China mungkin terlebih dahulu mencipta pasta lebih awal daripada Itali.
Sebanyak 54% barang yang melanggar hak cipta yang berada di pasaran Eropah adalah dari China. CD/DVD merupakan peringkat pertama barang tiruan iaitu sebanyak 79 juta keping, bererti 44% daripada jumlah seluruh barang tiruan, diikuti oleh rokok (23%) dan pakaian serta barangan aksesori.
Pada tahun 2009, China mengakhiri kuarantin di sebuah kota di sebelah barat laut yang diserang wabak radang paru-paru (pneumonia). Merebaknya penyakit yang menular itu menjejaskan kesihatan 3 penduduk desa di sekitar kota Ziketan di wilayah Qing-Hai.
Skala dan langkah perbandaran China akan terus berlanjutan dengan pertumbuhan yang belum pernah terjadi sebelumnya. Bila kecenderungan seperti sekarang tetap berterusan, penduduk bandar China akan berkembang daripada 572 juta di tahun 2005 menjadi 926 juta pada tahun 2025 dan bakal mencapai angka 1 juta pada tahun 2030. Jadi dalam jangka waktu 20 tahun penduduk kota-kota China akan bertambah sebanyak 350 juta lebih banyak daripada seluruh penduduk AS hari ini. Menjelang tahun 2025 China akan memiliki 219 kota yang berpenghuni melebihi 1 juta. Juga akan dibangun 40 juta m3 lantai ruang di 5 juta bangunan. 50.000 daripada bangunan tersebut merupakan gedung pencakar langit bersamaan dengan 10 kota sebesar New York.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan