Ahad, 19 April 2009

Pesanan Cikgu

Wahai anak-anak muridku

Ketika kamu memasuki alam remaja, cikgu yakin secara peribadi kamu menganggapnya sebagai fasa yang sungguh membosankan. Banyak perkara yang seronok dibuat ketika usia kanak-kanak tidak lagi dapat kamu lakukan. Kamu dan kawan-kawan tidak tidak lagi dapat naik basikal keliling kampung, melompat, menjerit, malah suara pun sudah jadi semacam; garau dan besar. Seringkali kamu ditegur,"kamu tu dah besar, malulah sikit..."

Di negara kita, umur remaja berumur 18 tahun masih tinggal bersama keluarga tercinta. Keadaan ini tidak berlaku di negara-negara Barat. Kebanyakan remaja di sana, pada usia sebegitu jika masih tinggal dengan keluarga adalah sesuatu yang memalukan. Oleh itu ibu bapa anak-anak berbudaya Timur harus bertanggungjawab menerangkan kepada kamu erti kedewasaan yang sebenar. Anak-anak adalah hasil daripada perkongsian hidup sepasang suami isteri. Oleh itu, jika hasilnya tidak memuaskan, ibu bapa kamu haruslah diperiksa. Ini kerana kamu adalah output, ibu dan bapa kamu input. Hubungan antara kamu dengan ibu bapa kamu adalah begitu dinamik kerana ia perlu disemai, dipupuk, dipelihara dan diperkayakan. Ia seharusnya bertambah mantap setiap masa kerana ibu bapa kamu adalah titi atau jambatan kepada kamu. Jika tali pengasih kuat, walau di manapun dicampak, nasihat dan panduan yang dicurah tetap diingat.

Anak-anak muridku

Ada ibu bapa kamu yang mempertikaikan hakikat ini kerana beranggapan yang kamu juga mempunyai tanggungjawab terhadap diri kamu sendiri, dosa dan pahalanya. Ini memang betul. Memang betul. Tetapi yang lebih utama kita perlu bertanya kepada ibu bapa kamu. Adakah ibu bapa kamu telah menyempurnakan amanah dan tanggungjawab yang sewajarnya kepada kamu?
Apalah gunanya jika kita berupaya menghasilkan generasi yang cemerlang tetapi rapuh dalamannya sebagaimana yang terjadi kepada kebanyakan remaja di negara-negara Barat. Kita perlu belajar daripada kesilapan mereka yang terlalu mengejar material sehingga melupakan kekuatan dalaman anak-anak yang sepatutnya menjadi keutamaan.

Berbanding dahulu, apabila guru menghukum kamu kerana kesalahan disiplin atau sebab pelajaran, tidak ada susulan dari ibu bapa malahan mengizinkan kamu dihukum demi ilmu. Berbeza pada zaman kini, pantang kamu lebam sedikit akibat dicubit cikgu, berjejerlah surat saman dan umpat keji ibu bapa kamu buat cikgu.

Sekian.

MEMBANGKITKAN GHAIRAH GURU


Assalamualaikum buat semua guru
Berbicara tentang bidang pendidikan di Malaysia, ramai yang memberi pandangan positif terhadap guru dan profesion perguruan. Tetapi tidak kurang juga yang mengkritik dan pelbagai pandangan kritis diluahkan, menyalahkan guru.
Tingkah laku anak murid biasanya menjadi ukuran keberkesanan didikan guru. Misalnya apa jua tingkah laku murid yang negatif, jari akan dituding kepada kita sebagai guru. Isu keganasan di sekolah, kita juga dipersalahkan. Pencapaian murid yang rendah, siapa lagi kalau bukan guru yang kononnya tidak pandai mengajar.
Sebaliknya pula berapa ramaikah murid yang berjaya dengan cemerlang malah terbilang dalam peperiksaan yang ditemuramah oleh media mengucapkan ungkapan keramat "TERIMA KASIH" kepada kita sebagai guru.
Saya sebagai guru menganggap guru-guru di seluruh rantau ceruk negara menjalankan satu tugas yang mulia kerana kita turut mencorak karektor anak didik tanpa mengira warna kulit dan agama. Ramai penggerak profesion ini telah dan sedang menjalankan tugas dengan cemerlang dan terbilang selaras dengan persepsi ini. Memandangkan tugas kita tidak pernah berubah iaitu menjalankan tugas yang sama seperti guru terdahulu dalam mencorak generasi muda.
Sebagai guru kita perlu ghairah untuk mendidik. WE MUST HAVE PASSION TO TEACH.
"Keikhlasan Umpama Seekor Semut Hitam Di Atas Batu Yang Hitam Di Malam Yang Amat Kelam. Ianya Wujud Tapi Amat Sukar Dilihat"

Apa Yang Akan Remaja Hadapi

Zaman remaja merupakan zaman peralihan daripada kanak-kanak ke alam kedewasaan dan kematangan. Zaman ini pastinya amat sukar ditempuh. Anak-anak ialah amanah Allah kepada pasangan suami isteri dan mereka ibarat sehelai kain putih. Ibu bapa berperanan mewarnainya agar dapat menghasilkan suatu corak kehidupan yang indah dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Namun begitu, apabila kita melihat ibu bapa zaman ini, mereka begitu ghairah dalam mengejar kemewahan sehingga lupa akan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Sesetengah ibu bapa beranggapan bahawa wang ringgit sudah mencukupi untuk anak-anak mereka.

Ada juga ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab ini ke atas bahu guru-guru dan pihak sekolah. Konsep ini bercanggah dengan nilai-nilai kekeluargaan yang harmoni. Anak-anak remaja amat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa.

Ibu bapa yang saban waktu asyik bercakaran sahaja, pastinya anak-anak akan berasa bosan dan tertekan. Akibatnya tidak wujud perasaan kekeluargaan dalam sanubari anak-anak.





A. Aspek Biologi

Bila Remaja Bermula

Baligh

Bila Remaja Berakhir

Sistem pembiakan matang

B. Aspek Emosi

Bila Remaja Bermula

Mula berpisah daripada ibu bapa

Bila Remaja Berakhir

Perubahan identiti kendiri

C. Aspek Antara Peribadi

Bila Remaja Bermula

Mula berminat dengan hubungan rakan sebaya

Bila Remaja Berakhir

Berupaya membentuk perapatan dengan rakan sebaya

D. Aspek Sosial

Bila Remaja Bermula

Mula belajar peranan kerja, peranan keluarga dan wargatua

Bila Remaja Berakhir

Memperoleh status dan keutamaan orang dewasa

E. Aspek Pendidikan

Bila Remaja Bermula

Memasuki Sekolah Menengah

Bila Remaja Berakhir

Tamat Persekolahan

F. Aspek Undang-Undang

Bila Remaja Bermula

Status Remaja

Bila Remaja Berakhir

Status Orang Dewasa

G. Aspek Kronologi

Bila Remaja Bermula

Lebih kurang 13 tahun

Bila Remaja Berakhir

Lebih kurang 20 tahun

APA YANG REMAJA INGINKAN?

A. Tumpuan dan minat keluarga

B. Kualiti hubungan emosi dan keluarga

C. Pujukan dan dorongan keluarga

D. Penerimaan oleh ibu bapa

E. Komunikasi yang berkesan sesama keluarga dan rakan

F. Sokongan kawalan dan usaha mengambil bahagian

G. Mengatasi konflik atau tiada konflik dari aspek keluarga

Renungan Buat Anak-Anak Muridku

-Setiap orang akan meninggalkan kita, jadi kita haruslah menghargai setiap orang di sekeliling kita.
-Keyakinan itu penting kerana keyakinan itu membawa kejayaan dan ketabahan dalam kehidupan.
-Sayang itu banyak;
kepada
Allah, Rasul, Keluarga, Agama, Kawan-kawan, Guru-Guru, Ilmu dan Alam
sekeliling
-Gurulah yang mengajar kita erti kehidupan di dunia dan di akhirat.
-Jikalau sedih, lepaskannya,
-Jikalau gembira, lepaskannya,
-Jikalau sayang, sayangilah seseorang itu dengan hati yang ikhlas.

Ibu Bapa Perlu Membina Bukan Pemusnah

Assalamualaikum buat semua pembaca.

Mutakhir ini, banyak orang memperkatakan tentang kemerosotan disiplin dalam kalangan remaja terutama pelajar sekolah menengah di negara kita. Memang tidak dapat dinafikan oleh semua bahawa ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka. Pada masa kini, ibu bapa lebih bersikap 'pembela' terhadap anak-anak mereka. Mereka tidak mahu mengakui bahawa anak-anak mereka melakukan kesalahan-kesalahan yang melanggar peraturan sekolah.

Pembaca yang disayangi,

Kenapa ibu bapa hari ini tidak mampu menghidu kelakuan anak-anak mereka yang sudah pandai merokok, ponteng sekolah, lewat datang ke sekolah, bercakap dengan nada tinggi dan kasar dengan guru-guru, merempit, hubungan terlarang, minum arak, berjudi, bergaduh, mencuri dan berbagai-bagai perkara negatif lagi. Apabila Guru Disiplin menghubungi ibu bapa pelajar-pelajar yang bermasalah ini, soalan yang pertama yang terpacul daripada mulut ibu bapa yang malang ini. Betul ke anak saya yang buat? Cikgu salah kot? Kalau kat rumah, anak saya baik. Solat. Pendiam. Pemalu. Inilah petunjuk awal yang ibu bapa tersebut sudah mula 'merosakkan' anak-anak sendiri. Kadang-kadang ibu bapa malang ini tahu dan amat mengerti kelakuan anak-anak remajanya tetapi tidak mahu mengakui akan hakikat tersebut. Seperti membiarkan sebatang besi terendam di dalam air. Lama-lama besi itu akan berkarat dan tidak berguna lagi
.

Anak-anak remaja ini hanya berada beberapa jam di sekolah. bermula pukul 7.20 pagi hingga 1.45 petang. Mustahil bagi seseorang guru disiplin membentuk sahsiah anak-anak yang bermasalah ini ke tahap yang sempurna, sedangkan ibu bapa mereka berjalan membusung dada dengan penuh kesombongan untuk menunjuk-nunjuk kepada guru-guru yang mengajar anak-anaknya bahawa mereka berjaya di dalam hidup. Mereka beranggapan guru-guru ini tidak sepandai mereka yang memiliki SPM. Walaupun guru-guru itu memiliki tahap pendidikan ijazah sarjana muda dan ramai yang mempunyai sarjana. Yang menariknya, ibu bapa yang berpendidikan tinggi begitu mudah diajak berbincang demi membina sahsiah anak-anak mereka berbanding ibu bapa yang berpendidikan rendah yang lagak percakapannya seperti pernah mendapat skrol di pusat pengajian tinggi. Golongan ini begitu angkuh membela kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Apabila anak-anak ini keluar dari sekolah dan berbekalkan SPM yang cukup-cukup makan, mereka sukar untuk mendapat kerja-kerja yang dapat memberi kehidupan yang lebih 'menyinar' kepada diri dan 'pembelanya'. Pada masa itu, baru terfikir di dalam benak sipembela tadi, kenapa anak aku tidak berjaya seperti anak-anak orang lain. Pada masa itu barulah bermonolog, "kenapa anak aku tidak mempedulikan aku?". Macam mana anak-anak ini hendak membantu ibu bapa mereka. Hendak bayar ansuran motosikal setiap bulan pun terkadang payah. Hidup sentiasa resah. Kalau dulu di sekolah, guru disiplin pernah mengingatkan supaya jangan menghisap rokok takut-takut mencari dadah pula apabila keluar sekolah. Pandangan guru disiplin itu dipandang rendah kerana ibu bapa pembela ini akan menjawab, "biasalah tu Cikgu. Hisap rokok tidak apa. Lagipun duit yang anak saya beli rokok tu bukan duit Cikgu." Dengan mata yang hampir tersembul keluar, para pembela-pembela ini dengan megah bertanya,"Cikgu boleh tahu ke, anak saya nanti hisap dadah." Apabila perkara ini berlaku, barulah menyesal seperti kata pepatah, "sudah terhantuk baru tergadah."

Pembaca budiman,

Apa yang berlaku kini, apabila umur anak-anak ini meningkat, golongan ini tidak berupaya untuk membina kehidupan sendiri. Terpaksa bergantung 'talian hayat' dengan ibu bapa yang umurnya tidak pernah statik. Kalau dulu bekerja. Kini sudah bersara. Kalau dulu mendada, kini membongkok. Kalau dulu pandai bercakap, kini kelu lidah. Kalau umur senja sepatutnya sudah tidak perlu terkinja-kinja naik turun ke mahkamah untuk menjamin anak merempit. Bela lagi. Terlompat-lompat ke Balai Polis, menjemput anak-anak yang ditangkap air kencingnya positif. Tandatangan jaminan anak berkelakuan baik. Bela lagi. Anak bergaduh dan bertumbuk sejak sekolah hingga keluar sekolah, ibu bapa ini tidak berupaya. Hanya mampu salahkan sekolah dan guru kerana jadikan anaknya begitu. Apabila dah tidak bekerja, mula menjaja kesalahan orang lain. Menuduh dasar pelajaran yang tidak betul. Hidup jenis apakah kita ini, menyalahkan orang lain dan anggap diri kita sahaja yang betul di dalam dunia ini.

Marilah kita kembali kepada kaedah mendidik anak-anak cara 'orang lama'. Tegas dan tidak mengenal erti psikologi barat yang diagungkan pada masa kini. Itulah ibu bapa pembina, bukan pemusnah anak-anak.

Sekian.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...