Assalamualaikum buat semua guru
Berbicara tentang bidang pendidikan di Malaysia, ramai yang memberi pandangan positif terhadap guru dan profesion perguruan. Tetapi tidak kurang juga yang mengkritik dan pelbagai pandangan kritis diluahkan, menyalahkan guru.
Tingkah laku anak murid biasanya menjadi ukuran keberkesanan didikan guru. Misalnya apa jua tingkah laku murid yang negatif, jari akan dituding kepada kita sebagai guru. Isu keganasan di sekolah, kita juga dipersalahkan. Pencapaian murid yang rendah, siapa lagi kalau bukan guru yang kononnya tidak pandai mengajar.
Sebaliknya pula berapa ramaikah murid yang berjaya dengan cemerlang malah terbilang dalam peperiksaan yang ditemuramah oleh media mengucapkan ungkapan keramat "TERIMA KASIH" kepada kita sebagai guru.
Saya sebagai guru menganggap guru-guru di seluruh rantau ceruk negara menjalankan satu tugas yang mulia kerana kita turut mencorak karektor anak didik tanpa mengira warna kulit dan agama. Ramai penggerak profesion ini telah dan sedang menjalankan tugas dengan cemerlang dan terbilang selaras dengan persepsi ini. Memandangkan tugas kita tidak pernah berubah iaitu menjalankan tugas yang sama seperti guru terdahulu dalam mencorak generasi muda.
Sebagai guru kita perlu ghairah untuk mendidik. WE MUST HAVE PASSION TO TEACH.
"Keikhlasan Umpama Seekor Semut Hitam Di Atas Batu Yang Hitam Di Malam Yang Amat Kelam. Ianya Wujud Tapi Amat Sukar Dilihat"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan