Ahad, 19 April 2009

Pesanan Cikgu

Wahai anak-anak muridku

Ketika kamu memasuki alam remaja, cikgu yakin secara peribadi kamu menganggapnya sebagai fasa yang sungguh membosankan. Banyak perkara yang seronok dibuat ketika usia kanak-kanak tidak lagi dapat kamu lakukan. Kamu dan kawan-kawan tidak tidak lagi dapat naik basikal keliling kampung, melompat, menjerit, malah suara pun sudah jadi semacam; garau dan besar. Seringkali kamu ditegur,"kamu tu dah besar, malulah sikit..."

Di negara kita, umur remaja berumur 18 tahun masih tinggal bersama keluarga tercinta. Keadaan ini tidak berlaku di negara-negara Barat. Kebanyakan remaja di sana, pada usia sebegitu jika masih tinggal dengan keluarga adalah sesuatu yang memalukan. Oleh itu ibu bapa anak-anak berbudaya Timur harus bertanggungjawab menerangkan kepada kamu erti kedewasaan yang sebenar. Anak-anak adalah hasil daripada perkongsian hidup sepasang suami isteri. Oleh itu, jika hasilnya tidak memuaskan, ibu bapa kamu haruslah diperiksa. Ini kerana kamu adalah output, ibu dan bapa kamu input. Hubungan antara kamu dengan ibu bapa kamu adalah begitu dinamik kerana ia perlu disemai, dipupuk, dipelihara dan diperkayakan. Ia seharusnya bertambah mantap setiap masa kerana ibu bapa kamu adalah titi atau jambatan kepada kamu. Jika tali pengasih kuat, walau di manapun dicampak, nasihat dan panduan yang dicurah tetap diingat.

Anak-anak muridku

Ada ibu bapa kamu yang mempertikaikan hakikat ini kerana beranggapan yang kamu juga mempunyai tanggungjawab terhadap diri kamu sendiri, dosa dan pahalanya. Ini memang betul. Memang betul. Tetapi yang lebih utama kita perlu bertanya kepada ibu bapa kamu. Adakah ibu bapa kamu telah menyempurnakan amanah dan tanggungjawab yang sewajarnya kepada kamu?
Apalah gunanya jika kita berupaya menghasilkan generasi yang cemerlang tetapi rapuh dalamannya sebagaimana yang terjadi kepada kebanyakan remaja di negara-negara Barat. Kita perlu belajar daripada kesilapan mereka yang terlalu mengejar material sehingga melupakan kekuatan dalaman anak-anak yang sepatutnya menjadi keutamaan.

Berbanding dahulu, apabila guru menghukum kamu kerana kesalahan disiplin atau sebab pelajaran, tidak ada susulan dari ibu bapa malahan mengizinkan kamu dihukum demi ilmu. Berbeza pada zaman kini, pantang kamu lebam sedikit akibat dicubit cikgu, berjejerlah surat saman dan umpat keji ibu bapa kamu buat cikgu.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...