Jumaat, 1 Mei 2009

SELAMAT HARI PEKERJA

Para pembaca dan followers setia,
Sambutan Hari Pekerja yang disambut di seluruh negara pada hari ini bermula 37 tahun lalu apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr.Ismail Abdul Rahman, mengumumkan 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja pada tahun 1972. Umur penulis pada waktu itu baru 2 tahun.

Menjadi impian setiap Ketua Jabatan untuk mendapat pekerja yang rajin, boleh diharap dan bekerja dengan penuh dedikasi, amanah serta bertanggungjawab. Untuk menjadi pekerja yang cemerlang yang dipenuhi dengan pengetahuan dan kemahiran, seseorang itu perlu membuang rasa malu untuk belajar dan bertanya mengenai sesuatu yang kita tidak. Jangan buat tahu aje.


Kepada rakan-rakan Guru di SMK Seri Gombak,


Kita sebagai guru harus sentiasa bersedia memberi bantuan kepada orang lain dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Tanya rakan kita adakah mereka memerlukan bantuan. Bukan hentam aje tau. Jangan mementingkan diri sendiri kerana kebanyakan tugasan sama ada di sekolah atau luar sekolah adalah bergantung kepada kerjasama kumpulan. Bukan 'Lone Ranger'.


Di sekeliling anda ada guru-guru yang cemerlang dan berdedikasi. Tidak salah kawan-kawan mengikut jejak langkah mereka. Bukan mengikut mereka yang pandai bercakap seperti bunyi gaung tong dram kosong. Bukan hanya menjadi 'jarum'. Cucuk sana. Cucuk situ. Cucuk sini. Tak penat ke buat kerja macam tu. Niat adalah sesuatu yang paling penting untuk menjadikan kita guru yang cemerlang.



Memang tidak dapat dinafikan kebanyakan daripada kita menjadikan gaji sebagai matlamat utama kita bekerja. Ini tidak salah jika ia dijadikan sebagai motivasi untuk menjadi guru berdisiplin, mempunyai komitmen tinggi, fokus, produktiviti, menyerlah, mampu bekerjasama dan mempunyai fikiran yang positif untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya perguruan. Buangkanlah segala pemikiran negatif seperti malas, tidak bersemangat, bekerja sekadar melepaskan batuk di tangga dan hanya mengharapkan gaji setiap bulan.
Belajarlah untuk menghormati orang di sekeliling kita tidak kira apa jua pangkat sama ada yang lebih tinggi atau rendah daripada kita. Guru yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Wujudkan suasana yang menyeronokkan di tempat kerja. Guru cemerlang adalah antara aset paling penting di sekolah kita. Justeru, tingkatkan produktiviti anda dan jadilah guru cemerlang dalam usaha bersama-sama Pn.Rahimah membangunkan sekolah pada tahap terbilang.
Jangan curi tulang takut rosak tulang belakang. Jangan asyik nampak salah orang takut disengat tebuan dalam sarang. Kadang-kadang kita kena muhasabah diri. Kenapa pelajar-pelajar aku tak hormat aku? Aku ni orang tau ka kaki kipas? Aku ni jenis yang macam mana? Prestasi tak tinggi sebab tu tak dapat APC. Aku ni jenis spesis yang suka menyusahkan orang ka? Aku salah tapi aku tak pernah mengaku? Kalau murid-murid berani melawan aku dan tak berdisiplin, ini mesti salah guru disiplin. Guru disiplin tak ambil tindakan ler... Guru disiplin lepak baca paper...Guru sdisiplin tak ronda... Guru disiplin makan gaji buta...gaji celik hanya aku yang dapat. Masuk kelas ikut masa, sampah di lantai masih melata. Mengajar hanya 6 pelajar setia yang selebihnya biarkan mereka melompat. Biarkan mereka keluar tanpa aku lihat dan tak mampu aku sekat. Dia meludah, aku tak endah. Dia jeling aku, aku paling. Dia tinggi suara, aku hanya tunduk mengenangkan diri aku yang begitu jauh perjalanan lagi. Aku hanya mampu menyalahkan guru disiplin yang sentiasa diperkata. Jauh di sudut hati aku, guru disiplin tak perlu bertindak seperti aku... Mereka hanya merenung mata pelajar-pelajar bagai anak sendiri. Mereka boleh berbual mesra. Pelajar tak ponteng kelas. Pelajar buat kerja. Pelajar diam bagaikan pengantin di atas pelamin. Pelajar kadang-kadang ketawa mengalahkan penonton Juara Lawak Astro. Pelajar-Pelajar meluahkan isi hati mereka kepada muka-muka bengis yang mewarnai SEMERBAK. Kenapa anak-anak ini begitu minat belajar dengan 'muka-muka baragas' ini? Apa sebab? Kerana mereka ini ada jiwa atau roh perguruan... menjadi guru... menjadi ayah... menjadi garang dan bengis... menjadi lucu...menjadi idola...memberi ilmu tanpa jemu...
SEKIAN

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...