Khamis, 13 Januari 2011
Di sini aku...
Keputusan
sering kali dicabar
ada sahaja yang tak kena
ada sahaja nak pertikai
Pemilihan
sering kali dicemuh
ada sahaja yang tak puashati
ada sahaja yang tak berkenan
Di sini aku..
mendengar bantahan
mendengar aduan
mendengar cadangan
di sini aku..
mampukah
mengambil keputusan
membuat pemilihan?????
nukilan
Norlilah Ismail
Motivasi Kerja-Tips Asas Bagaimana Menjadikan Diri Bersemangat
Artikel oleh:
Di kala Anda bangun setiap pagi untuk pergi bekerja, bersihkanlah hati Anda dengan istighfar. Elak bersangka buruk pagi-pagi sewaktu pintu rezeki terbuka. Ketika dalam perjalanan, elak fikir yang buruk-buruk pasal kerja Anda. Jangan bercakap dan jangan fikir pasal apa jua keburukan di tempat kerja Anda. Keburukan menarik keburukan. Kebaikan, menarik kebaikan. Penuhkan fikiran dengan memikir hal-hal baik yang Anda nampak pada diri rakan-rakan sekerja.
Jika Anda selalu berfikir tentang keburukan di tempat kerja, fikiran Anda akan menarik keburukan lain datang dimunculkan dalam hidup Anda. Lama kelamaan Anda hilang semangat nak pergi bekerja!.
Penyelesaianya, niatkan kerja Anda sekarang ni satu cara untuk Anda berbakti. Lebihkan tolong orang, ringankan beban orang sedaya Anda.
Jika Anda seorang beragama Islam, eloklah kiranya gunakan kerja sekarang ni sebagai cara untuk menambah taqwa. Berbuat baiklah pada orang lain dengan niat untuk meningkatkan tahap taqwa, supaya apa yang Anda buat di redhai Allah, iaitu berbuat baik dalam perhubungan sesama manusia agar mendapat perhatian Allah.
Moga dari situ, rezeki Anda murah jadinya hingga membuat Anda beroleh rezeki dari sumber tak disangka-sangka.
Langgan:
Catatan (Atom)
Awalan meN-
Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...
-
Tweet Asaalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Hari ini saya nak berkongsi cerita menarik dengan anda. Seseora...
-
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, perkataan “kepada” dan “pada” tergolong dalam kata sendi nama. Perkataan “kepada” terletak di hadapa...
-
KUALA LUMPUR - Syarikat Malaysia mesti melaksanakan program pemeriksaan pekerja sebagai prosedur operasi standard sebelum memilih cal...