Isnin, 31 Oktober 2011

Lelaki mengaku salah atas 11 tuduhan menipu


Utusan Borneo
31.10.2011



MIRI: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat lalu atas 11 tuduhan menipu seorang wanita membabitkan kerugian berjumlah RM4,910.
Pun begitu, mahkamah menetapkan 31 Oktober (hari ini) untuk sebutan lanjut kes bagi membolehkan pegawai pendakwa mengemukakan barang kes.
Manakala, tertuduh dibenarkan dibebas dengan ikat jamin RM20,000 berserta lapan orang penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.
Mohammad Razmi Bakhtiar, 27, dari Jalan Pengiran Kadir, Sarikei telah didakwa atas 11 tuduhan menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan 11 tuduhan itu, tertuduh dengan curang telah menipu seorang perempuan, Emasullia Ali Numin dengan memperdayakan mangsa agar mempercayai bahawa dia (tertuduh) berkeupayaan untuk membekalkan komputer riba dan telefon bimbit kepadanya dan pada masa sama mendorong mangsa mendepositkan wang yang keseluruhannya berjumlah RM4,910 ke dalam akaun Public Bank miliknya menerusi 11 transaksi.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh antara 15 April 2010 hingga 20 April 2010 di Public Bank Berhad, Jalan China di sini.





RUANGAN DUNIA YANG UNIK





Rumah Berbentuk Unik(2)





Forest Spiral – Hundertwasser Building (Darmstadt, Germany)








The Hundertwasser house “Waldspirale” (”Forest Spiral”) was built in Darmstadt between 1998 and 2000. Friedensreich Hundertwasser, the famous Austrian architect and painter, is widely renowned for his revolutionary, colourful architectural designs which incorporate irregular, organic forms, e.g. onion-shaped domes.
The structure with 105 apartments wraps around a landscaped courtyard with a running stream. Up in the turret at the southeast corner, there is a restaurant, including a cocktail bar.

Mahkamah: Seksyen 15(5) AUKU tidak sah


malaysiakini.com
Hafiz Yatim
11:48AM Okt 31, 2011





Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

Dalam keputusan penanda itu, dua hakim menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan AUKU sebagai sah di sisi perlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.



Keputusan majoriti ini diperoleh apabila Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Linton Albert membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Seorang lagi hakim Datuk Low Hop Bing yang mengetuai panel itu, bagaimanapun berbeza pendapat.

Mahkamah Tinggi pada 28 September menolak saman pemula yang dikemukakan empat pelajar jurusan sains politik UKM bagi mencabar tindakan tatatertib terhadap mereka yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April tahun lalu.

Keputusan dibuat oleh Hakim Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Datuk Aziah Ali.
Pelajar-pelajar terbabit, semuanya bekas ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, ialah Hilman Idham (presiden), Ismail Aminuddhin (naib presiden), Azlin Shafina Adzha (setiausaha agung), Wong King ChaƬ (exco).
Mahkamah dengan itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September 2010 yang memutuskan seksyen berkenaan tidak melanggar Perlembagaan selepas menolak saman pemula mereka.


RUANGAN DUNIA YANG UNIK


Rumah Berbentuk Unik(1)

The Crooked House (Sopot, Poland)


Construction of the building started in in January 2003 and in December 2003 it was finished. House architecture is based on Jan Marcin Szancer (famous Polish artist and child books illustrator) and Per Dahlberg (Swedish painter living in Sopot) pictures and paintings.

GAJI BARU DG 41 BERASASKAN SBPA/SISTEM GAJI SEBARIS



Sumber:
cikgu Rahman a.k.a aman arab
http://harrazdani.blogspot.com

Assalamualaikum kepada semua pembaca,

Apapun tunggu PEKELILING . Sifir gaji sebaris ini banyak terdapat di dalam blog atas perkiraan dan ramalan blogger-blogger.


1. Gaji Maksimum DG 48 = RM 8710.00
2. Kenaikan Gaji = 7 - 13 %
3. Sistem Gaji Sebaris.
4. Mata Gaji akan dipanjangkan.
5. Kenaikan tahunan RM 80 - RM 360 

Lepas tu cuba analisa gaji DG 48 dalam SSM pulak...

1. Gaji DG 48 P1T1 = RM 4355.00
2. Ada 2 tangga gaji iaitu  P1 dan P2 
3. Kenaikan Tahunan maksimum gred pada T8 
4. Kenaikan Tahunan antara P1T1 dan P1T2= RM 203.16


Berpandukan data tu, kita akan dapat..

1. Gaji permulaan bagi DG 48 pada mata gaji T1 = RM 4355.00 + (7% x RM 4355.00) = RM 4659.85
(aku gunakan 7% sebab biasanya kenaikan gaji untuk kumpulan P&P adalah sikit berbanding kumpulan sokongan. )
2. Mata gaji maksimum akan berada pada tangga T16 kerana ketika dalam SSM kenaikan tahunan gaji maksimum DG 48 hanyalah sehingga T8 saja tetapi terdapat 16 mata gaji kerana mempunyai  2 tangga gaji...Maksudnya dalam SBPA, mata gaji DG 48 T16 = RM 8710.00

Ok sekarang berdasarkan semua maklumat, so kita boleh cari berapa kadar kenaikan tahunan bagi DG 48 dalam SBPA tu..

         Tn = a + (n-1) d
8710.00 = 4659.85 + (16 -1) d
           d =  8710.00 - 4659.85 / 15
           d =  270.01

Maka kenaikan tahunan bagi gred DG 48 dalam SBPA adalah RM 270.01

Sekarang cuba kita analisis gaji DG 41 SSM pulak..

1. Gaji DG 41 (SSM) P1T1 = RM 1695.85
    maka, gaji DG 41 (SBPA) T1 = RM 1695.85 + (7% x RM 1695.85) = RM 1814.56
2. Kenaikan tahunan P1T1 dan P1T2 = RM 90.45
3. Peratus perbezaan kenaikan tahunan antara DG41 dan DG 48 adalah 124.61%...Dengan mengambilkira peratus perbezaan kenaikan tahunan antara DG 41 dan DG 48 dalam SBPA adalah sama dengan SSM..maka kita akan dapat agak kenaikan tahunan dalam DG 41 (SBPA)..
       
katakan,      a = kenaikan tahunan DG 41
                   b = beza kenaikan tahunan DG 41 dan DG 48

maka,           a x 1.2462 = b .....(1)
                    270.01 - b = a ......(2)

masukkan (1) dalam (2)
                    
                     a = 270.01 - (a x 1.2461)
                     a + (a x 1.2461) = 270.01
                     a ( 1 + 1.2461) = 270.01
                     a = 270.01 / 2.2461
                     a = 120.21

akhirnya dapatlah kenaikan tahunan DG 41 dalam SBPA tu..RM 120.21

Media mengundi awal dialu-alukan



http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/



Presiden Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) Pang Boon Soon berkata sudah tiba masanya SPR memperluaskan skop itu kepada mereka yang boleh dibenarkan mengundi lebih awal.
“Ia akan lebih memudahkan kami kerana pada hari mengundi kami sudah tentu tidak dapat mengundi kerana terlalu sibuk dengan acara dari masa pengundian sehinggga pengumuman keputusan,” katanya yang juga bendahari Persatuan Wartawan Sibu (SJA) kepada Bernama di sini semalam.
FSJA yang ditubuhkan pada 1981 oleh Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) dan Institut Wartawan Rejang dan Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) mewakili lebih 300 wartawan di Sarawak.
Pengerusi KDJA Alice Wee berkata media diberi peluang untuk menggunakan hak demokratik semasa pilihan raya tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan komitmen rasmi.
“Media hendaklah diberikan hak keistimewaan (mengundi awal atau undi pos) kerana mereka akan dihantar lebih awal atau bertugas di luar kawasan semasa pilihan raya dan dan agak menyedihkan mereka tidak dapat pulang ke kawasan pilihan rayanya untuk mengundi disebabkan komitmen kerja,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas cadangan itu di sini semalam.
Beliau berharap SPR boleh mempercepatkan pelaksanaan cadangan itu agar ia dapat dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.
Presiden NSJA Rick Wong juga memuji cadangan itu bukan hanya meliputi media tetapi juga sektor kritikal lain seperti perubatan.
Jumaat lepas, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan berkata selain media, ia juga bercadang membenarkan komuniti perubatan, syarikat penerbangan dan pesisiran minyak dan gas mengundi lebih awal seperti pasukan polis dan angkatan tentera pada PRU ini.
Beliau berkata cadangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung Penambaikan Proses Pilihan Raya yang sebelum ini telah menilai beberapa cadangan lain seperti penggunaan dakwat dan sistem biometrik. — Bernama

Lelaki nyaris kehilangan Hilux



Sumber:
Utusan Borneo
31.10.2011




BATU NIAH: Hanya sedikit kealpaan, seorang lelaki nyaris kehilangan kenderaan Hilux miliknya selepas cuba dilarikan seorang lelaki tidak dikenali semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi di Simpang Ngu di Jalan Miri-Bintulu di sini, mangsa dikatakan memarkirkan kenderaannya itu dalam keadaan enjin kenderaan masih hidup kerana mahu menyerahkan beg tangan kepada ibunya yang sedang menunggu di kawasan itu.
Namun, sebaik mangsa meninggalkan Hilux itu, seorang lelaki secara tiba-tiba masuk dan cuba melarikan kenderaan yang diparkir tidak jauh dari tempat pertemuan mangsa dengan ibunya.
Sebaik menyedari kenderaannya cuba dilarikan, mangsa terus mengejar dan berjaya membuka pintu Hilux itu dan menangkap suspek.
Suspek yang berusia 28 tahun kemudian dibawa ke Balai Polis Batu Niah untuk tujuan siasatan.



Kaji punca kanak-kanak belum kuasai kemahiran membaca



Sumber:
Utusan Borneo
31.10.2011


MESRA: Fatimah berinteraksi dengan kanak-kanak pada Konvensyen Prasekolah Siri 6 di Kuching, semalam.



KUCHING: Punca kanak-kanak yang masih belum dapat menguasai kemahiran membaca walaupun setelah mengikuti program Literasi dan Kemahiran Angka (LINUS) perlu dikaji segera bagi membantu usaha kerajaan mengurangkan jumlah buta huruf yang agak tinggi di Sarawak.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, kanak-kanak tersebut berkemungkinan besar menghadapi disleksia sekiranya gagal menguasai kemahiran membaca walaupun setelah mengikuti program LINUS yang dijalankan secara berperingkat sehingga tahap tiga.
“Bagi mengurangkan kadar buta huruf yang tinggi di Sarawak, intervensi yang betul perlu diberi kepada kanak-kanak berkenaan.
“Jadi, sekiranya ia berpunca daripada disleksia, maka intervensi lebih spesifik perlu digunakan, program LINUS tidak dapat membantu kanak-kanak disleksia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan upacara penangguhan Konvensyen Prasekolah Siri 6 yang berjaya mengumpulkan seramai 380 peserta di sini, semalam.
Fatimah yang juga penasihat Persatuan Disleksia Sarawak berkata, justeru semua guru, bukan sahaja guru pendidikan khas, perlu dilengkapi dengan kemahiran yang dapat mengenal pasti simptom disleksia.
Menurutnya, persatuan itu juga bersedia membantu golongan guru untuk mendapat kemahiran tersebut.
“Bagi saya kemahiran ini harus dikuasai semua guru.
“Kalau mereka lihat ‘Kenapa kanak-kanak ini belum dapat menguasainya walaupun sudah diberikan intervensi? Jadi ini simptomnya, ada perkataan salah eja.
“Guru kemudiannya akan maklumkan kepada ibu bapa dan ibu bapa harus menghantar anak-anak mereka ke hospital untuk mendapat pengesahan daripada doktor dan kita kemudiannya akan menggunakan intervensi lebih spesifik untuk membantu anak mereka membaca,” katanya.
Beliau berkata, murid-murid disleksia dan autisme akan kemudiannya dikehendaki menghadiri kelas keperluan khas untuk membantu pembelajaran mereka.
Beliau juga menjelaskan, semua sekolah perlu mempunyai kelas khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dengan keperluan khas, disleksia dan autisme.
Malangnya, tidak semua sekolah mempunyai kelas jenis itu yang menyebabkan kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas terpaksa menghadiri kelas biasa, katanya sambil menekankan seramai 600 murid daripada sebanyak 40,000 di peringkat Darjah Satu di seluruh negeri masih buta huruf.
“Sebab menyumbang kepada angka ini ialah kanak-kanak dengan keperluan khas terpaksa menghadiri kelas biasa walhal mereka sepatutnya berada di dalam kelas keperluan khas,” katanya.
“Oleh itu, Jabatan Pelajaran mengambil usaha agar murid-murid ini menjalani program LINUS,” katanya.
Fatimah juga memberitahu, pendidikan awal kanak-kanak adalah penting kepada kanak-kanak agar mereka dilengkapi dengan kemahiran asas sebelum memasuki pendidikan formal.
Menyedari kepentingan itu, kerajaan katanya mahu memastikan semua kanak-kanak menjalani pendidikan prasekolah yang akan melengkapkan mereka dengan kemahiran membaca, menulis, mengira dan berfikir.
“Kerajaan mahu memastikan pendidikan kanak-kanak merangkumi prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej kerana ia akan membantu generasi muda pada masa depan,” katanya.


Kita urus projek pendidikan



Sumber:
Utusan Borneo
31.10.2011
Muhyiddin


PENAMPANG: Kementerian Pelajaran bersetuju menurunkan kuasa kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah dan Sarawak untuk menguruskan pemberian kontrak projek pembangunan pendidikan di kedua-dua negeri itu.
Ketika mengumumkan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terdapat kewajaran untuk menurunkan kuasa itu memandangkan Sabah dan Sarawak merupakan dua negeri yang besar terutama daripada segi jumlah atau saiz sekolah.
“Sebenarnya dulu memang begitu…projek pendidikan di Sabah dan Sarawak di bawah jabatan kita yang ada di peringkat negeri tetapi beberapa tahun kebelakangan ini ia diurus pula oleh kementerian.
“Saya dapati memang ada kewajaran untuk kita turunkan balik kuasa kepada Sabah dan Sarawak.
“Satu cara ialah memberi kuasa kepada pengarah negeri untuk melihat bagaimana projek tertentu yang kita laksanakan di peringkat negeri boleh sama diuruskan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) Ke-26 di KDCA, dekat sini semalam.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dalam ucapannya agar kerajaan persekutuan memberi peluang kepada kontraktor-kontraktor Sabah untuk memperoleh kontrak bagi program yang mendapat peruntukan kerajaan Persekutuan.
Sehubungan itu, beliau meminta bahagian pembangunan kementerian supaya meneliti ‘keupayaan yang ada’ terutama bagi kedua-dua negeri itu untuk menguruskan kontrak pembangunan pendidikan.
“Walaupun kita sudah setuju pada dasar, kita mahu tahu ‘dia ada kapasiti’ kah atau tidak untuk uruskan…kita tidak mahu lepas tu terganggu kerana tak ada tenaga manusia atau sumber yang ada untuk menguruskannya.
“Tetapi secara prinsipnya saya sudah setuju dan mungkin pada peringkat awal projek kecil yang kita biasa buat yang ditawarkan di peringkat pusat kita boleh turunkan dulu…mungkin di bawah RM5 juta yang tak melibatkan kontrak yang besar…kontrak yang besar kita nak tengok kapasiti dulu,” katanya.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beberapa faktor yang perlu diambil kira termasuk kontraktor yang ditawarkan projek pendidikan mesti berwibawa.
“Juruperuding juga mesti ada. Setiap kerja ada juruperunding yang beri nasihat termasuk nilai kontrak dan bidang-bidang yang perlu diteliti sebelum kita laksanakan sesuatu projek (pembangunan pendidikan).
Mengenai gesaan Kumpulan Tindakan Ibu Bapa Bagi Pendidikan (PAGE) Sabah kepada kerajaan persekutuan untuk membenarkan sekolah kerajaan, jenis kebangsaan membuat pilihan mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, Muhyiddin berkata mereka berhak untuk menyampaikan pandangan mereka berhubung perkara itu.
“Tetapi kita pun dalam kerajaan dan badan-badan yang terlibat juga ada pandangan. Pandangan kita bukan sahaja setakat kehendak ibu bapa mungkin kalau ditanya mereka kata ‘ya’ sahaja mereka tidak mengetahui latar belakang…adakah keupayaan dan adakah guru-guru bahasa Inggeris cukup.
“Ini sudah kita uji sejak kita perkenalkan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris) bukan baru dan sebab itu kita buat keputusan sebegini (Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu). Kita ada 5.3 juta pelajar dan kita ada hampir 10,000 sekolah dan kita ada lebih kurang hampir 500,000 guru…jadi tentunya maklumat yang diperoleh itu menyeluruh dan mengambil semua faktor,” katanya.
Beliau berkata keputusan itu dibuat bukan secara terburu-buru tetapi melalui kajian yang mendalam demi kebaikan semua pihak. — Bernama



Ahad, 30 Oktober 2011

Peta minda mantapkan ingatan


Sumber:
Portal Pendidikan Utusan:ADAP




PETA minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat.

Ia boleh membantu untuk meningkatkan kecerdasan dan kemahiran untuk mengukuhkan daya ingatan serta pemahaman.

Peta minda merangsang pelbagai keupayaan yang ada dalam diri. Misalnya, anda perlu memikirkan mengenai maklumat yang diperlukan dan membuat pemilihan mengikut keinginan diri.

Secara langsung, anda berhubung secara aktif dengan maklumat yang ada dalam ingatan atau dalam perkataan lain, anda sebenarnya sedang berbicara dengan daya ingatan sendiri.

Peta minda juga boleh merangsang beberapa anggota anda yang mempunyai peranan tersendiri seperti berfikir, memerhati, memilih, melukis dan menentukan anda memahami apa yang anda inginkan.

Tangan anda ikut serta dalam kerja-kerja tersebut. Ia dapat memahirkan diri dengan disiplin yang penting dalam pembelajaran.

Menggunakan peta minda bermakna anda harus menggunakan kemahiran menyusun maklumat yang betul dan tepat dan mudah difahami.

Peta minda juga membolehkan anda membuat perkaitan dengan lebih mudah dan cepat.

Apa yang anda ingat akan dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan yang anda lakukan.

Kemudian anda mengaitkan pula dengan beberapa isi kecil yang lain.

Ini lama kelamaan akan membentuk idea keseluruhan mengenai apa yang anda inginkan daripada daya ingatan anda.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan peta minda akan menambahkan keseimbangan otak kiri dan otak kanan.

Anda telah ditunjukkan mengenai keperluan keseimbangan antara otak kiri dan otak kanan dalam rencana-rencana yang terdahulu.

Apa yang menarik mengenai peta minda ialah ia merangkumkan semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria dan sebagainya dalam usaha keseluruhannya.

Kelebihan lain yang terdapat pada peta minda ialah ia mudah digunakan serta sesuai untuk semua tujuan.

Peta minda amat sesuai untuk tujuan menelaah pelajaran, mengambil nota yang diajar oleh guru, membaca buku, persediaan sebelum berbahas, untuk bermesyuarat, malah untuk persediaan membeli-belah.

Anda tidak perlu menuliskan semuanya pada sekeping atau lebih kertas.

Anda tidak akan sukar untuk memikirkan secara mendalam kerana ingatan anda dibantu oleh hasil lukisan dan tulisan mata dan tangan anda.

Peta minda boleh disediakan dengan mudah. Pada buku tulis atau sekeping kertas, tulis topik utama yang menjadi perhatian anda. Topik tersebut, misalnya pembelajaran, eloklah dituliskan di bahagian tengah.

Dari sini, pelbagai perkara lain yang berkaitan dengan topik pembelajaran akan dihasilkan dalam bentuk cabang atau cawangan daripada pembelajaran tadi.

Daripada cabang-cabang tadi, anda boleh menghasilkan pelbagai fakta isi kecil yang lain bentuk ranting. 

Di samping itu, anda boleh juga menggunakan pelbagai imej lain yang boleh mencorakkan peta minda dengan lebih menarik.


Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...