Isnin, 31 Oktober 2011

Media mengundi awal dialu-alukan



http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/



Presiden Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) Pang Boon Soon berkata sudah tiba masanya SPR memperluaskan skop itu kepada mereka yang boleh dibenarkan mengundi lebih awal.
“Ia akan lebih memudahkan kami kerana pada hari mengundi kami sudah tentu tidak dapat mengundi kerana terlalu sibuk dengan acara dari masa pengundian sehinggga pengumuman keputusan,” katanya yang juga bendahari Persatuan Wartawan Sibu (SJA) kepada Bernama di sini semalam.
FSJA yang ditubuhkan pada 1981 oleh Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) dan Institut Wartawan Rejang dan Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) mewakili lebih 300 wartawan di Sarawak.
Pengerusi KDJA Alice Wee berkata media diberi peluang untuk menggunakan hak demokratik semasa pilihan raya tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan komitmen rasmi.
“Media hendaklah diberikan hak keistimewaan (mengundi awal atau undi pos) kerana mereka akan dihantar lebih awal atau bertugas di luar kawasan semasa pilihan raya dan dan agak menyedihkan mereka tidak dapat pulang ke kawasan pilihan rayanya untuk mengundi disebabkan komitmen kerja,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas cadangan itu di sini semalam.
Beliau berharap SPR boleh mempercepatkan pelaksanaan cadangan itu agar ia dapat dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.
Presiden NSJA Rick Wong juga memuji cadangan itu bukan hanya meliputi media tetapi juga sektor kritikal lain seperti perubatan.
Jumaat lepas, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan berkata selain media, ia juga bercadang membenarkan komuniti perubatan, syarikat penerbangan dan pesisiran minyak dan gas mengundi lebih awal seperti pasukan polis dan angkatan tentera pada PRU ini.
Beliau berkata cadangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung Penambaikan Proses Pilihan Raya yang sebelum ini telah menilai beberapa cadangan lain seperti penggunaan dakwat dan sistem biometrik. — Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...