Isnin, 31 Oktober 2011

Lelaki mengaku salah atas 11 tuduhan menipu


Utusan Borneo
31.10.2011



MIRI: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat lalu atas 11 tuduhan menipu seorang wanita membabitkan kerugian berjumlah RM4,910.
Pun begitu, mahkamah menetapkan 31 Oktober (hari ini) untuk sebutan lanjut kes bagi membolehkan pegawai pendakwa mengemukakan barang kes.
Manakala, tertuduh dibenarkan dibebas dengan ikat jamin RM20,000 berserta lapan orang penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.
Mohammad Razmi Bakhtiar, 27, dari Jalan Pengiran Kadir, Sarikei telah didakwa atas 11 tuduhan menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan 11 tuduhan itu, tertuduh dengan curang telah menipu seorang perempuan, Emasullia Ali Numin dengan memperdayakan mangsa agar mempercayai bahawa dia (tertuduh) berkeupayaan untuk membekalkan komputer riba dan telefon bimbit kepadanya dan pada masa sama mendorong mangsa mendepositkan wang yang keseluruhannya berjumlah RM4,910 ke dalam akaun Public Bank miliknya menerusi 11 transaksi.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh antara 15 April 2010 hingga 20 April 2010 di Public Bank Berhad, Jalan China di sini.





RUANGAN DUNIA YANG UNIK





Rumah Berbentuk Unik(2)





Forest Spiral – Hundertwasser Building (Darmstadt, Germany)








The Hundertwasser house “Waldspirale” (”Forest Spiral”) was built in Darmstadt between 1998 and 2000. Friedensreich Hundertwasser, the famous Austrian architect and painter, is widely renowned for his revolutionary, colourful architectural designs which incorporate irregular, organic forms, e.g. onion-shaped domes.
The structure with 105 apartments wraps around a landscaped courtyard with a running stream. Up in the turret at the southeast corner, there is a restaurant, including a cocktail bar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...