Sifat-sifat asas dalam mendidik pelajar perlu diambil berat oleh guru-guru |
Oleh:
MD RASUL BIN HARON
Bermula sesi persekolahan 2011, ramai guru baru mula melaporkan diri di sekolah-sekolah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Berikut adalah 2 perkara asas yang perlu ada dalam diri seseorang guru:
1. IKHLAS
Setiap guru perlu ikhlas hatinya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik. Ianya sama ada perintah, larangan, nasihat, perhatian ataupun hukuman. Ini akan memudahkan proses mendidik yang dilakukan tanpa gangguan perasaan negatif seperti letih, bosan, marah, benci dan sebagainya. Hasilnya, pelajar akan lebih mengasihi dan menghormati guru mereka.
2. BERTANGGUNGJAWAB
Rasa tanggungjawab perlu dipupuk dalam diri setiap guru supaya dapat membentuk pelajar dengan cemerlang sama ada dari segi jasmani mahupun rohani. Sifat ini hendaklah sentiasa ada ketika memimpin, mengawasi dan memerhatikan pelajar, memberi tunjuk ajar, membiasakan dan juga mendidiknya. Rasa bimbang akan wujud sekiranya guru yang mempunyai sifat tanggungjawab ini lalai atau cuai dalam mendidik pelajar. Sebaik-baiknya, rasa tanggungjawab ini dilaksanakan dengan penuh persediaan dan azam yang kuat.
Selamat menempuh alam perguruan kepada guru-guru baru.