MD RASUL BIN HARON mrasulharon@yahoo.com |
Kenapa harga barang naik? Banyak jawapan yang disenaraikan oleh pemimpin negara. Antaranya, bukan harga naik, kita cuma selaraskan. Kita nak elak smuggling minyak ke negara jiran. Harga minyak kita murah kalau nak compare dengan Singapura dan Thailand. Kita ingin majukan pengangkutan awam sebab itu kita hapuskan subsidi minyak. Naik pun tak banyak, 5 sen seliter sahaja. Itulah jawapan pemimpin negara kepada rakyat bawahan.
Janganlah kita compare dengan Singapura dan Thailand, kedua-dua negara itu bukan negara pengeluar minyak seperti Malaysia. Compare lah dengan Brunai , Iran , Bahrain dan Arab Saudi. Di Venezuela, harga minyak hanya RM 0.16/liter. Malaysia(RON 95) RM 1.90/liter. Walaupun minyak mahal di Singapura, rakyatnya masih mampu kerana pendapatan rakyat yang tinggi. Rakyat Malaysia nak naik gaji macam golek tayar keretapi. Pemimpin negara tidak pernah merasai kesan kenaikan apa-apa harga. Mereka hanya berpura -pura merasainya semasa kempen pilihanraya. Pemimpin sejati ialah pemimpin yang memiliki kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati.
Apabila pemimpin negara kata tak apa harga gula naik. Rakyat perlu kurangkan manis dalam minuman. Itu jawapan manja pemimpin negara. Tidak tahukah mereka, kenaikan harga gula turut membabitkan peniaga dan pengilang makanan yang pasti menaikkan harga jualan. Suka atau tidak, roti canai dan teh tarik mamak akan lebih mahal tahun 2011. Pengusaha restoran muslim tidak tahan dengan kenaikan harga gula dan bahan api, mereka akan menaikkan harga kesemua hidangan yang dijual di semua restoran sehingga 10 peratus. Kita tidak boleh salahkan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma). Pelarasan harga subsidi gas asli cecair (LPG) sebanyak 5 sen sekilogram, gula dinaikkan 20 sen kepada RM 2.10 sekilogram, begitu juga dengan kenaikan harga petrol dan diesel telah memberi kesan langsung kepada semua pihak. Pemimpin negara kata tak apa. Naik sikit sahaja. Pemimpin negara yang poket sentiasa penuh melimpah tidak akan merasainya. Mereka seperti biasa akan merasainyai dalam kempen pilihanraya. Kalau tak apa tinggallah celepa. Utamakan rakyat bawahan yang sentiasa menantikan khabar gembira pemimpin negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan