Selasa, 1 Mei 2012

Dua remaja lelaki hilang selepas perahu mereka naiki karam


Sumber:
Utusan Borneo
Berita Tempatan

SEDIH: Ahli keluarga remaja yang hilang tidak dapat menahan sebak mereka setelah mendengar berita yang menyayat hati itu, manakala gambar kecil menunjukkan anggota pencari dan penyelamat yang terlibat dalam operasi berkenaan.


KUCHING: Dua remaja lelaki hilang di Sungai Sarawak dekat Kampung Sourabaya Hilir di sini petang semalam selepas perahu yang mereka naiki karam.
Mereka ialah Mohd Nazrin Kassim, 13, dari RPR Fasa II dan Nir Hisham Osma, 14, dari Kampung Sungai Bedil Besar.
Tiga lagi rakan mereka yang turut sama menaiki perahu berkenaan berjaya menyelamatkan diri. Mereka ialah Abang Amirul Sukri Abang Mohd Ismail dan Mohd Hamizul Borhan Bohari dari Kampung Sungai Bedil Besar serta Mohd Nur Shazri Abdullah dari Kampung Lintang.
Kelima-lima remaja berkenaan menggunakan perahu kecil dari Kampung Sungai Bedil Besar dan ketika menghampiri Kampung Sourabaya Hilir, perahu berkenaan tidak semena-mena dimasuki air sebelum karam sekitar  jam 5.30 petang semalam.
Perahu berkenaan dipercayai terlalu kecil dan hanya muat untuk dua orang.
Selain itu, keadaan perahu yang sudah using turut menjadi punca ia tenggelam kerana air memasuki perahu menerusi rekahannya.
Menurut petugas bomba, Mohd Raffy Saibi yang turut serta dalam operasi mencari dua remaja malang itu, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan hingga lewat malam tadi. Namun jika keadaan masih buntu, khidmat penyelam skuba akan digunakan bagi membantu dalam operasi.
Setakat berita ini ditulis, kedua-dua remaja berkenaan masih lagi belum ditemui.


Semakan Keputusan Panggilan Temuduga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012





Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Keputusan Panggilan Temuduga  bagi  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012  boleh dibuat mulai jam 2 petang, pada 30 April 2012 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my

Sekian, terima kasih.

Sumber:
Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...