Isnin, 6 Jun 2011

Cikgu Belajar Cara Menjimatkan Duit Dan Masa Dengan Online Banking

Oleh:
Blog Cikgu Blogging In Malaysia

Bagaimana menjimatkan duit dan masa cikgu dengan online banking? Kenapa cikgu harus berasak dalam kesesakan trafik dan bersusah-payah mencari ruang letak kereta semata-mata untuk menjelaskan bil atau melakukan urusan perbankan? Dengan online banking atau mobile banking, cikgu boleh mengatasi tekanan dan kerumitan ini. Malah cikgu boleh berjimat purata RM5 untuk petrol dan bayaran letak kereta setiap bulan, bererti tambahan RM60 setahun untuk dibelanjakan.
Jimat masa. Cikgu tidak perlu meluangkan masa berjam-jam untuk melakukan urusan rutin. Dengan online banking dan mobile banking, cikgu boleh berjimat purata 2 jam seblan, bererti 24 jam dalam hidup cikgu yang boleh diluangkan bersama orang tersayang.
Apakah Kelebihannya:
1. Percuma: Jelaskan bil kad kredit melalui akaun semasa/simpanan bila-bila masa secara percuma.
2. Ganjaran & Penebusan: Setiap ringgit yang digunakan untuk menjelaskan bil anda akan mendapat mata ganjaran (bonos point) atau wang rebat serta dapat menikmati diskaun untuk barangan yang ditebus.
3. Pengurusan aliran tunai yang lebih unggul: Cikgu boleh menjejaki butiran penyata seawal 12 bulan terdahulu untuk meneliti aktiviti akaun anda. Wujudkan sistem bil automatik dan pastikan tiada bil yang terlpa dibayar setiap bulan.
4. Ketenangan Fikiran: Online banking kalau dapat digunakan dengan cara yang betul, ia memang akan membantu cikgu dalam kehidupan harian terutama yang melibatkan duit. Sekarang semua servis online banking telah menggunakan Kod Kebenaran Dalam Talian (OAC), dan langkah keselamatan berbilang facet seperti kata laluan dan soalan keselamatan di setiap peringkat kemasukan. Maka cikgu jangan takut lagi, cubalah online banking.

Jangan Asyik Salahkan Guru dan orang lain

Oleh:
MD RASUL BIN HARON

Dunia kini dilanda pelbagai masalah sosial dalam kalangan remaja. Buang anak. Buli anak orang. Mencuri. Bertumbuk. Berdansa liar. Mabuk todi. Merempit. Macam-macam lagi. Ibu dan bapa kepada remaja yang terbabit memiliki tabie untuk menyalahkan guru. Kata, "Cikgu tak tau ajar". Persoalannya, adakah guru di sekolah mengajar anak-anak remaja itu cara menunggang motosikal dengan teknik meniarap? Di mana keupayaan ibu bapa yang pandai bercakap ini untuk mengawal tingkah laku anak-anak mereka? Sekiranya ditangkap oleh polis, dicercanya polis. Sekiranya anak cedera parah kemalangan, dihamunnya pemandu kereta yang dilanggar oleh anak. Sekiranya doktor yang merawat anaknya gagal memulihkan cedera yang telah parah, disalahkan pula doktor yang merawat. Sekiranya tidak mendapat tuntutan insurans akibat kemalangan, dikatakan syarikat insurans tidak bertanggung jawab. Ibu bapa ini tidak pernah menyalahkan diri sendiri yang galak membenarkan anak menunggang motosikal. Malah dengan bangga mencanangkan pada rakan taulan yang dia telah membeli motosikal untuk anaknya.
Kadang-kadang remaja yang mendapat pembelaan istimewa daripada ibu bapa yang sangat istimewa ini telah diracuni mindanya. Mereka tidak segan silu bercakap kasar dengan guru. Mereka bangga melihat titisan air mata guru wanita mereka. Bukan apa, di rumah sudah menjadi kebiasaan untuk mereka menitiskan air mata ibu mereka. Bapa yang pandai bercakap pula tunduk membisu takut diherdik dan ditengking anak kesayangan yang akan mewarisinya perwatakan. Generasi sebegini akan berterusan. Salah di sana, salah di situ. Orang lain semuanya salah.  Hiduplah mereka ini dalam acuan sendiri. Bangga sendiri. Gembira sendiri. Semuanya sendiri.
Sama-samalah kita renungkan diri. Anak adalah anugerah Allah SWT. Kita sebagai ibu bapa bertanggung jawab mencorakkannya. Kita kagum dengan ibu bapa yang berjaya melahirkan remaja yang terbilang. Disayangi rakan dan taulan serta guru-guru. Ibu bapa ini tidak pernah salahkan guru dan orang lain.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...