Sabtu, 21 April 2012

Disiplin jangan diabai




Guru tidak harus mengabaikan aspek disiplin dan penerapan nilai murni pelajar semata-mata ingin mengejar kecemerlangan akademik dan nama baik sekolah. keharuman nama dan kecemerlangan pencapaian ilmu semata-mata, tidak akan memberi makna yang mendalam sekiranya pelajar kurang berdisiplin, kurang adab sopan dan akal budi.

Pelaksanaan amalan Guru Penyayang bertujuan agar pendidik membudayakan sikap kasih sayang di sekolah iaitu memiliki sikap kepedulian tinggi tehadap pelajar. Hasrat kita bukan sekadar menzahirkan ‘outcome’ intelektualisme masyarakat terpelajar, malah harus terdidik jiwa dan raga selaras dengan apa yang tersurat dan tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Usaha melahirkan pelajar yang  berketerampilan dan keperibadian mulia yang diisi dengan ilmu dan kemahiran adalah cabaran terbesar guru untuk mempersiapkan pelajar dengan transformasi pembangunan negara. Pengenalan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan ialah sebahagian daripada proses transformasi dalam sistem pendidikan negara untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan negara. 

Kita sepatutnya menjadi contoh teladan yang baik kepada murid, ibu bapa dan komuniti. Sebagai guru, perlulah bertindak secara terarah dengan menjadikan etika profesion keguruan sebagai panduan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Kaedah pengajaran harus terus sentiasa ditambah baik agar mampu berdepan perubahan dan kehendak semasa kesan perubahan globalisasi dan hidup moden.Pemimpin sekolah dan guru mestilah berupaya membawa perubahan dan penambahbaikan yang berterusan kepada sekolah mereka melalui multi pendekatan yang mengambil kira aspek inovasi dan kreativiti.



Susun gaya hidup...




Penting bagi kita sebelum melangkah lebih jauh, untuk merujuk kembali kepada apa yang telah dipelajari semasa kursus rumahtangga dahulu iaitu perancangan kewangan. Apa yang dinamakan sebagai priority, needs & wants atau keperluan dan kehendak. Kita perlu menyusun semua perbelanjaan dan menetapkan gaya hidup yang bersesuaian dengan pendapatan kita sekeluarga. 

Sebagai langkah pertama, baik sekiranya kita dapat mencatit semula ke mana wang-wang gaji dihabiskan. Dengan mengambil langkah pro aktif bagi menganggarkan perbelanjaan suami dan isteri untuk mengesan pengaliran wang.  Sebaiknya langkah ini dilakukan bukan bagi mencari kesalahan di antara kedua pihak tetapi lebih kepada mencari jalan keluar agar suami dan isteri lebih jimat merancang perbelanjaan.



10 peratus daripada gaji mesti disimpan setiap bulan. Sebagai manusia yang lemah kita perlu menentang nafsu menunjuk-nunjuk kepada sesama manusia. Orang lain pakai pakaian yang mahal berjenama, kita pun terangsang ingin milikinya. Orang lain berkereta mewah, kita pun sanggup mendapatkannya. Sedangkan hampir 3/4 gaji kita digunakan untuk memenuhi nafsu untuk memiliki jentera yang bergerak dari A ke B. Simpanan pendidikan untuk anak-anak adalah mandatori. Simpanan 'emergency' sekiranya berlaku kemerosotan kesihatan dalam kalangan keluarga juga adalah mandatori. 

Adakah berbaloi seorang suami atau bapa melaram kereta berharga RM 100.000 tetapi masih belum memiliki rumah sendiri? Adakah kita menjadi bapa yang bertanggung jawab apabila anak memerlukan wang untuk pendidikan, kita jawab tidak mempunyai wang sedangkan di tangan kanan menjawab pertanyaan anak dengan memegang gajet berharga ribuan ringgit. Tidak salah untuk kita bergaya dan berjenama, asalkan kita berusaha mencari dan menambah pendapatan. 

Jangan kita bergantung kepada kad kredit kerana ia tetap dipanggil hutang. Jangan kita memaniskan mulut meminjam daripada kawan. Keseronokan mendapat wang sebegitu hanya lah sementara. Tidak ada usaha.  Ia bukan lagi gaya tetapi bala. Ia berpunca daripada sikap kita yang suka menonjolkan kehebatan diri. Sepatutnya semangat suka menunjuk-nunjuk ini digunakan secara positif, lanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Guna pelabagai kaedah pembelajaran, online, PJJ, Executive Mode dan bermacam-macam lagi. Dengan peningkatan akademik, kerjaya dapat ditingkatkan dan pendapatan turut meningkat. Kita jangan asyik menyalahkan takdir tentang ketidakcukupan pendapatan. Kalau tidak berminat cara sebegitu, cari pendapatan kedua. Direct selling, agen insurans dan macam-macam lagi kerja yang dapat menyuntik pendapatan.

Kita mempunyai pilihan di dalam hidup kita. Rumah sendiri atau kereta? Pendidikan anak-anak atau untuk kehebatan diri? Terus dibebani masalah kewangan atau ingin keluar daripadanya?

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...