Sabtu, 21 April 2012

Disiplin jangan diabai




Guru tidak harus mengabaikan aspek disiplin dan penerapan nilai murni pelajar semata-mata ingin mengejar kecemerlangan akademik dan nama baik sekolah. keharuman nama dan kecemerlangan pencapaian ilmu semata-mata, tidak akan memberi makna yang mendalam sekiranya pelajar kurang berdisiplin, kurang adab sopan dan akal budi.

Pelaksanaan amalan Guru Penyayang bertujuan agar pendidik membudayakan sikap kasih sayang di sekolah iaitu memiliki sikap kepedulian tinggi tehadap pelajar. Hasrat kita bukan sekadar menzahirkan ‘outcome’ intelektualisme masyarakat terpelajar, malah harus terdidik jiwa dan raga selaras dengan apa yang tersurat dan tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Usaha melahirkan pelajar yang  berketerampilan dan keperibadian mulia yang diisi dengan ilmu dan kemahiran adalah cabaran terbesar guru untuk mempersiapkan pelajar dengan transformasi pembangunan negara. Pengenalan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan ialah sebahagian daripada proses transformasi dalam sistem pendidikan negara untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan negara. 

Kita sepatutnya menjadi contoh teladan yang baik kepada murid, ibu bapa dan komuniti. Sebagai guru, perlulah bertindak secara terarah dengan menjadikan etika profesion keguruan sebagai panduan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Kaedah pengajaran harus terus sentiasa ditambah baik agar mampu berdepan perubahan dan kehendak semasa kesan perubahan globalisasi dan hidup moden.Pemimpin sekolah dan guru mestilah berupaya membawa perubahan dan penambahbaikan yang berterusan kepada sekolah mereka melalui multi pendekatan yang mengambil kira aspek inovasi dan kreativiti.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...