Ahad, 30 Januari 2011

Bos dan Anak Buah

Oleh:
MD RASUL BIN HARON

Semua manusia adalah sama tarafnya di sisi Allah. Kelebihan dan keistimewaan mereka adalah berdasarkan ketakwaan dan ketaatan mereka kepada Allah semata-mata bukan kerana bangsa, keluarga dan warna kulit. Berasaskan kepada realiti inilah maka hubungan antara bos dan anak buahnya hendaklah berpaksikan asas-asas kemanusiaan, bertimbang rasa dan bekerjasama. Mereka hendaklah memainkan peranan mengikut hak dan tugas masing-masing. Hubungan ini boleh diibaratkan seperti hubungan juruterbang dengan krew penerbangan dan juga penumpang. Masing-masing mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan keselamatan kapal terbang. Sekiranya ini tidak diikuti maka kesemua mereka akan menerima akibatnya. Meletup di udara atau terhempas ke darat. Dalam menjalankan peranan masing-masing mereka semua tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Allah. Bos juga tidak terkecuali daripada hukum walaupun beliau merupakan pemimpin tertinggi di dalam sesuatu organisasi.

Setelah meneliti pendapat beberapa orang terkemuka Islam dan luahan rasa anak-anak buah mengenai bos yang mereka dambakan, dapat disimpulkan seperti berikut;
1.   Takwa kepada Allah
2.   Sihat tubuh badan
3.   Berpengetahuan luas
4.   Mempunyai keyakinan untuk mencapai tujuan
5.   Memiliki stamina untuk bekerja
6.   Rajin berusaha
7.   Suka bekerjasama
8.   Peramah
9.   Menjalin dan mempertahankan kebenaran
10. Penyabar
11. Suka menghubungkan silaturrahim
12. Tidak gentar atau berani di atas kebenaran
13. Pintar dan fasih berbicara
14. Kuat pendirian
15. Melaksanakan apa yang dikata
16. Tidak membezakan orang dalam pergaulan
17. Suka memberi dan menerima nasihat
18. Berpakaian kemas dan bersih
19. Rendah hati
20. Ikhlas
21. Cepat memberi keputusan
22. Berfikir secara rasional bukan dengan emosi
23. Adil
24. Tahan dikritik
25. Bertimbang rasa dan memiliki sedikit ilmu jiwa secara umum

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...