Ahad, 20 Februari 2011

Program Pemantauan Murid Cemerlang SMK Selayang Bharu

Oleh:

MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com
Selayang Bharu, 19 Februari 2011- Satu sesi pertemuan dengan ibu bapa pelajar murid cemerlang SMK Selayang Bahru telah diadakan di Dewan Mutiara Budi. Program Pemantauan Murid Cemerlang SMK Selayang Bharu dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan diselaraskan oleh Puan Norlilah bt Ismail, Guru Penolong Kanan HEM SMK Selayang Bharu.
Sejak pukul 8.00 pagi lagi ibu bapa sudah mula memenuhkan ruang di dalam dewan. Menurut salah seorang kaunselor yang ditemubual oleh penulis, Puan Sarina bt Ishak, "ibu bapa yang cemerlang akan dapat mengekalkan kehebatan yang dibekalkan oleh Allah sejak lahir. Kehebatan yang ada pada seorang anak sebenarnya ada pada ibu bapanya". Syarikat Just 015 Sdn.Bhd. dan Pusat Tuisyen Prestij turut memberi sumbangan cenderamata dan banner program. Puan Arfah bt Abdul Rahman, Pengetua SMK Selayang Bharu dalam ucapan beliau menyatakan bahawa peranan ibu bapa untuk memimpin, merangsang dan menggerak pelajar cemerlang amat diharapkan oleh pihak sekolah. Potensi kecemerlangan anak sering terpendam dan gagal dikenalpasti untuk dirangsang oleh ibu bapa. Menurut beliau lagi, semua ibu bapa sayang pada anak dan mahukan anak mereka menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Tuan Hj.Abdul Aziz bin Hj Abu, Yang DiPertua PIBG SMK Selayang Bharu yang turut berucap menyatakan rasa gembiranya apabila ramai ibu bapa yang datang memberi sokongan untuk menjayakan program tersebut. Beliau menegaskan ramai ibu bapa yang mencuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat ini tetapi kurang berjaya lantaran menggunakan pendekatan yang sesuai. Justeru, ibu bapa digalakkan untuk terus bersama-sama mengikuti ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Ustaz Haji Ahmad Zamri bin Shamsudin dari Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam.
Puan Norlilah bt Ismail yang merupakan Penyelaras Program Pemantauan Murid Cemerlang(PMC) SMK Selayang Bharu yang memberi taklimat pelaksanaan program turut melahirkan rasa bangganya dengan kehadiran begitu ramai ibu bapa murid cemerlang. Beliau mengungkapkan kata, "orang yang cemerlang sentiasa menunjukkan hasil manakala orang yang tidak cemerlang selalu memberi alasan." Beliau menambah, "tanggapan dan penghargaan ibubapa dan guru-guru akan menghasilkan apa yang ditanggap dan diharap. Oleh itu ibubapa dan guru-guru perlu bekerjasama membentuk tanggapan dan pengharapan yang positif dan cemerlang.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...