Isnin, 14 Mac 2011

Aktiviti mampu rangsang pencapaian akademik, wujud semangat bersaing

Boleh tuisyen, tapi usah abai kokurikulum

 
Ramai guru kini membuka pusat tuisyen sendiri. Tidakkah akan wujud konflik antara tugas hakiki untuk membimbing murid menjadi cemerlang dalam masa yang sama memastikan pusat tuisyen juga cemerlang?
MUHYIDDIN: Itu pun boleh diistilahkan sebagai beban juga. Apabila dia punya tugas ditokok lagi dengan tugasan lain walaupun di luar waktu persekolahan secara tak langsung untuk menambahkan pendapatan, maka akan ada tugas lain yang perlu dilaksanakan. Kita hendak lihat perkara ini. Mungkin akan disyaratkan berapa jam seminggu guru boleh diizinkan beri tuisyen (ini cuma pandangan peribadi saya). Saya tidak kata saya mahu menyekat sebab ini telah menjadi kebiasaan kerana kadang-kadang masyarakat pun memerlukan guru untuk membimbing anak mereka sama ada dibayar atau tidak. Tetapi yang penting dalam menentukan batasan sejauh mana difikirkan sesuai. Kadang-kadang kerana mahu mengejar tuisyen tugas di sekolah seperti mengendalikan aktiviti kokurikulum terganggu. Kita kena lihat perkara ini dengan lebih seimbang dan bukannya samar-samar.
Adakah Tan Sri melihat imbuhan bagi profesion perguruan sekarang ini mencukupi? Jika cukup mengapa trend membuka pusat tuisyen semakin menjadi-jadi?
MUHYIDDIN: Nak katakan profesion perguruan tidak diimbuh dengan gaji yang setimpal tidak juga, kerana telah ada beberapa kali keputusan yang dibuat oleh kerajaan menambah baik ganjaran kepada guru, malah guru adalah profesion yang dibayar gaji yang lumayan. Contohnya seorang guru besar dengan 1,500 hingga 1,800 murid dan tempoh waktu bekerja yang kita tahu dibayar gaji lebih tinggi daripada pegawai daerah yang jaga satu daerah, dia jaga satu sekolah saja, dan dia diberi peluang kenaikan pangkat yang tidak terbatas walaupun dia hanya guru besar atau pengetua. Kalau dikatakan bayaran tidak setimpal saya tidak setuju tetapi yang pastinya sesiapa pun akan cakap gaji tidak cukup. Mesti ada keseimbangan dari segi tugas dan imbuhan yang dibayar. Malahan di kementerian saya lebih 80 peratus bajet dibayar dalam bentuk gaji untuk guru.
Apa pandangan Tan Sri tentang dakwaan bahawa guru-guru dibebankan dengan kerja-kerja pentadbiran sehingga mengganggu tugas-tugas hakiki mereka?
MUHYIDDIN: Perkara ini memang kita telah bincangkan. Satu jawatankuasa jawatankuasa yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran sedang mengkaji permasalahan tersebut dan hasil kajian akan diserahkan minggu depan. Dalam kajian itu kita nak pastikan apa sebenarnya tugas guru. Kalau ikut definisi biasa tugas guru adalah mendidik, mengajar. Tetapi di samping itu bagaimana pula dalam perjawatan-perjawatan lain. Biasanya ada bidang-bidang lain yang dipertanggungjawabkan kepada guru misalnya disiplin, kokurikulum, peperiksaan dan kita tahu sejak dari dulu ia telah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab guru. Jadi apabila dikatakan beban, maka kita nak tahu apa sebenarnya yang dikatakan beban, di peringkat mana kerja itu berlipat kali ganda banyaknya dari segi kuantum kerja itu sehingga menyebabkan mereka tidak mampu menjalankan tugas seperti biasa. Jadi kita hendak establish betul-betul, sebab itu apabila saya putuskan menubuhkan jawatankuasa itu ia bertujuan untuk memastikan proses P&P itu sesuatu yang dinamik, ia bukan statik. Kita juga hendak pastikan proses pembelajaran itu sentiasa ke hadapan di samping kita tahu juga kadang-kadang ada pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh sekolah, jadi guru besar atau pengetua seorang tidak mampu melaksanakannya dan memerlukan bantuan guru-guru lain atau tenaga lain di sekolah seperti kerani. Yang penting kita nak tentukan apakah bidang tugas sama ada ‘guru++’ atau guru semata-mata.
Kalau benarlah mereka terpaksa menanggung kerja yang lebih daripada sepatutnya dan dakwaan itu dapat dibuktikan berasaskan fakta, maka langkah-langkah lain boleh diambil. Misalnya boleh disediakan tenaga pentadbiran di sekolah supaya kerja-kerja pengkeranian yang terpaksa dipikul oleh guru boleh juga dikongsi oleh pembantu-pembantu tadbir di sekolah. Kalau bukan tugas hakiki sebaliknya tugas tambahan yang sewajarnya tidak ditanggung oleh guru maka mungkin kita boleh tentukan cadangan tenaga pentadbiran diwujudkan di sekolah. Di samping itu kita perlu ambil kira jika seseorang guru itu benar-benar dedikasi dan saya tahu memang ramai guru yang dedikasi mereka tidak akan melihat tugas tersebut sebagai satu beban. Istilah beban itu sesuatu yang tidak disukai, kalau dia minat walaupun tugas itu berat, saya fikir dia bersedia untuk berkorban. Konsep pengorbanan dalam profesion perguruan penting juga dan saya tahu ada guru-guru sanggup datang ke sekolah tanpa disuruh oleh guru besar untuk melaksanakan tugas membimbing pelajar terutama di kalangan sekolah berprestasi tinggi (SBT). SBT ini tiada kelebihan banding dengan sekolah-sekolah lain tetapi kelebihannya adalah dari segi kepimpinan dan komitmen guru yang jauh lebih tinggi daripada sekolah-sekolah lain. Mereka sanggup datang ke sekolah dan mengadakan tuisyen tanpa diminta oleh ibu bapa.
Sejauh mana usaha kerajaan menambah baik kursus perguruan sedia ada supaya relevan dengan tuntutan semasa?
MUHYIDDIN: Kita membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Hubungan antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang menyediakan program ijazah perguruan sentiasa berlangsung dengan baik kerana kita hendak pastikan latihan atau kursus perguruan yang ditawarkan di peringkat ijazah mempunyai kepakaran-kepakaran yang bersesuaian dengan keperluan masa depan. Di peringkat kita pula misalnya di Institut Pendidikan Guru, kurikulumnya sentiasa diperbaharui, lebih-lebih lagi sekarang kita dimasukkan komponen-komponen baru dalam erti kata interaksi dan pedagogi yang digunakan untuk mengajar anak-anak mesti sentiasa tepat. Bagaimanapun kita tidak berharap ia akan berubah selalu. Perubahan yang kerap akan mendatangkan masalah. Bagaimanapun perlu ada pembaharuan, transformasi dari sudut kurikulum sebagai contoh, guru-guru mesti dilatih supaya mereka faham sasaran atau matlamat berkhidmat dalam bidang perguruan tercapai.
Pesanan Tan Sri kepada semua guru?
MUHYIDDIN: Profesion guru amat mulia. Guru-guru mesti memberi sumbangan kepada anak watan dan menyifatkan tanggungjawab mereka itu sebagai sumbangan dan pengorbanan yang dilakukan secara sukarela. Penting di mana guru jalankan tugas dengan rasa senang hati. Saya ingin memberitahu bahawa kerajaan iktiraf peranan guru dan menghargai sumbangan mereka. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua cikgu. Kita tahu mereka telah menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang. Kita mahu supaya mereka berikan tenaga serta masa mereka untuk menjadikan profesion guru sesuatu yang dimuliakan.
Selamat Hari Guru

Utusan Malaysia Online: 16 Mei 2010

Stress-menangani stress dengan cara lalu dan buat

Oleh:

iMotivasi

 

 

 

 

 

 

 

Salah satu cara menangani stress adalah dengan melalui (get trough) perkara yang membuat kita stress.

Contohnya, jika kita stress sebab kita banyak kerja, cara untuk menangani stress adalah dengan buat saja kerja tu. Usah tidak berbuat apa-apa simply sebab kita stress, itu akan membinasakan kita. Kunci untuk menangani stress adalah dengan “get trough it”. Lalu dan buat. Usah melawan stress, tapi fokuslah pada melaluinya dengan emosi yang ditenangkan. Damaikan jiwa, tenangkan hati, teruskan bekerja. Lama-kelamaan stress berkurang dengan sendirinya sebab fikiran kita tidak lagi terfokus pada stress.
Jika kita stress sebab tekanan hidup, masalah keluarga, masalah kewangan, masalah rumah tangga, masalah cinta, fokuslah pada penyelesaian, bukan pada perkara-perkara yang membuat kita stress. Makin kita fokus fikiran pada perkara yang men’stress‘kan kita, makin tertekan kita jadinya. Jangan lawan satu perkara dengan perkara yang sama, akibatnya kita akan kalah jua.
Apabila kita selalu memikir stress, kesannya kita akan dapat lebih banyak stress. Sebaiknya, lawan satu perkara dengan perkara lain.Jika stress, lawan stress dengan memfokuskan pada ketenangan.Ibarat melawan api dengan menyimbah air. Apabila merasa tertekan, bawak bertenang, latih diri supaya berada di dalam zon ketenangan.Kesannya, kita akan menemui ketenangan lantas membuat stress menghilang sedikit demi sedikit.

Motivasi Cinta-4 Tips Bagaimana Berdepan Dengan Lelaki Pemalu

Oleh:
iMotivasi


Lelaki pemalu adalah lelaki yang kurang bercakap sebab lelaki yang banyak bercakap biasanya dapat mengawal rasa malu mereka apabila berdepan seorang gadis buat pertama kali. Jika Anda seorang wanita dan Anda menyukai seorang lelaki tapi lelaki tu pemalu, berikut adalah 4 tips bagaimana untuk berdepan dnegan lelaki pemalu. Apa nak buat bila Anda berdepan lelaki pemalu?
1. Anda kena berani memulakan.
Walaupun Anda perempuan, Anda kena berani memulakan. Lebih baik berani meluah dari membiar si lelaki tak tahu selama ni Anda sukakan dia. Jika Anda seorang perempuan Anda menyukai seseorang, luahkan, sebelum dia jadi orang lain yang punya. Dalam sesetengah ketika, perempuan perlu berani mencuba untuk kebahagiaan masa depan. Dari lama membujang, baik berani memulakan.
2. Gunakan cara non-verbal.
Hari ini, cara meluah perasaan suka, perasaan cinta semakin berubah. Dulu, meluah rasa suka biasanya pakai surat sama ada tulis tangan atau bertaip. Sekarang, Anda boleh meluah pakai sms, pakai video call, pakai email, luah melalui Facebook, luah menggunakan video YouTube. Cara ni semua dipanggil non-verbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Bila Anda buat cara ni, pasti si lelaki kagum dengan keberanian Anda. Dia akan faham Anda betul-betul suka kat dia.
3. Malu biasanya cuma sementara.
Lelaki pemalu biasanya pemalu pada saat permulaan perkenalan sahaja. Bila Anda sudah berani memulakan dan si lelaki sudah mula selesa berbual dengan Anda, rasa malunya mengurang sedikit demi sedikit. Mereka ni pemalu sebab mereka kurang biasa dengan Anda, gugup dan kurang yakin berdepan dengan Anda. Setelah terbiasa, lelaki pemalu ni bertukar menjadi kawan,bahkan akan bertukar menjadi rapat. Dari sinilah bermulanya cinta seorang teman.
4. Cakap pasal topik umum.
Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu ni bercakap mengenai topik umum. Topik umum biasanya adalah berkenaaan cuaca, isu semasa (contohnya isu minyak kereta, kenaikan harga barang, banjir), berkenaan filem-filem terbaru, lagu-lagu terbaru atau simply bercakap tentang sesebuah hobi. Lelaki pemalu biasanya banyak menyendiri. Bila mereka menyendiri, biasanya mereka melakukan hobi yang mereka suka buat misalnya membaca, melukis, berblog, berFacebook,mengedit gambar,mengarang cerita atau bertukang kayu. Cuba tanya si lelaki pemalu ni apa yang dia suka buat di masa lapang, selepas tu, bila dia sudah galak bercerita, Anda sudah boleh masuk ke topik seterusnya – cinta!
5. Santaikan wajah, santaikan suara.
Ajak si lelaki pemalu dengan nada santai. Jangan cuba kuasai dia dengan memandang padanya terus menerus atau merendah-rendahkan dia sebab dia pemalu, sebaliknya bawa dia bercerita-cerita cara santai, sepertimana Anda bercerita-cerita dengan kengkawan lain, tetapkan bercerita walau mata Anda melihat ke arah lain bukan ke arah anak mata si lelaki sepanjang masa. Nada suara Anda kena di santaikan – elak jadi terlalu nyaring dan terlalu perlahan. Anda sebagai perempuan kena banyak main peranan. Jarak diri Anda dengan diri si lelaki jangan terlalu jauh dan jangan pula terlalu dekat. Biar dalam jarak selesa, janji dia boleh dengar suara Anda.
Lelaki pemalu adalah lelaki yang baik hati, pada hari ini lelaki sebegini dah semakin kurang. Malu adalah sifat orang beriman.

Cara Terbaik Untuk Elak Diri Dijangkiti Pemikiran Negatif Dari Orang Sekeliling

Oleh:
imotivasi


Bila Anda berada di persekitaran yang dikelilingi oleh orang-orang bermindset negatif dan mereka sedang mengatakan sesuatu yang negatif, sebenarnya Anda sedang menyediakan diri Anda untuk dijangkiti pemikiran negatif.
Anda akan terjangkit pemikiran negatif mereka, Anda akan terbawa-bawa oleh cakapan negatif mereka sebab Anda rasa seronok bercakap begitu seperti mereka.
Cara terbaik untuk mengelakkan Anda dijangkiti pemikiran negatif adalah dengan berdiam diri, cuma memberi respon ketika di minta atau ketika dirasakan perlu. Elakkan untuk menyertai perbincangan bersifat negatif.
Elak menyertai perbualan bersifat negatif. Mengumpat, mengeji, memburuk-burukkan dan mentertawakan seseorang adalah contoh perbualan bersifat negatif.
Anda tak akan dapat mengelak habis dari perbualan negatif sebab orang-orang yang menyertai perbualan sebegini adalah kawan-kawan Anda sendiri. Anda akan dianggap sombong dan membenci apabila tidak menyertai mereka. Untuk mengambil hati mereka, Anda kena join. Bila sudah join, bahayanya Anda akan jadi orang berfikiran negatif seperti mereka.
Diam adalah cara terbaik. Diam lebih baik dari bersuara untuk mengata dan dari mengutarakan rasa -tidak puas hati. Bila sudah tidak puas hati, Anda akan tidak puas hati berkali-kali untuk hari-hari seterusnya.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...