Ahad, 15 Mei 2011

Kami menanti berita gembira Tan Sri

Oleh:
MD RASUL BIN HARON


Sambutan Hari Guru yang berlangsung saban tahun bertujuan untuk menghargai jasa insan yang bergelar guru dalam mendidik anak bangsa. Seorang guru bertanggungjawab bukan kepada seorang murid. Sebaliknya seorang guru berhadapan dengan ratusan murid setiap hari. Justeru hanya individu yang tabah, ikhlas, kreatif dan sabar sahaja layak bergelar guru.
Kami menunggu berita gembira daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin:-
-akan umum berita gembira untuk seluruh warga guru.
Kami minta naikkan gaji. Gula dan Petrol dan barangan lain sudah lama menikmati kenaikan harga. Harga barang dan perkhidmatan dengan rakus 'mencuri' sumber pendapatan guru.
Suntiklah semangat para guru yang sanggup berkorban demi mendidik bangsa.

Berita Ringkas Pendidikan Sedutan Kosmo

Kosmo, 15 Mei 2011

Kementerian Kaji Kelas Tambahan BI
KUANTAN - Kementerian Pelajaran akan mewujudkan kelas tambahan Bahasa Inggeris (BI) di sekolah kebangsaan dan menengah sekiranya penguasaan pelajar sekolah terhadap bahasa itu dilihat masih tidak memuaskan.

UUM anjur forum bantu pelajar selebriti masuk sekolah











KUALA LUMPUR – Kira-kira 300 pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah, Cheras di sini semalam teruja kerana berpeluang belajar mengenai etika penampilan diri bagi menghadiri temu duga daripada barisan selebriti terkenal tanah air.

Menaiki bas


NOSTALGIA. Menaiki bas sekolah mengelilingi pekan Gemas, Negeri Sembilan merupakan salah satu gimik yang diadakan sempena pertemuan semula bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman (SKTAR) dan Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman (SMTAR) baru-baru ini.
 
Pendidik remaja terlanjur
 
MENGAJAR di Sekolah Harapan yang terletak di daerah Jasin, Melaka, bukan seperti mengajar di sekolah lain.

SELAMAT HARI GURU-UCAPAN IKHLAS KU

Oleh:

Norlilah Ismail
Ku pegang erat tangan anak ku
Marilah kita jelajahi dunia, wahai sayang ku
Dunia besar..yang dimulai dari suatu tapak kecil di situ

Dalam kelas…ada seorang insan yang cekal mengajar mu
Seorang insan yang cekal menandai kehadiranmu
Seorang insan yang cekal menghubungi ayah juga ibu
Seandainya tiada kamu di situ
Seandainya lemah pelajaran mu
Seandainya kesihatan mu terganggu
Seandainya silap langkah mu
Sehingga bijak ,pandai bersahsiah jadinya kamu
Kenali dia, hormati dia, sayangi dia…..wahai anak ku
Dia lah Guru mu……

Di padang….ada seorang insan yang cekal melatih mu
Seorang insan yang cekal mengiringi mu,
Panas dan hujan, tanpa mengira waktu
Seorang insan yang cekal menyorak kemenangan mu
Sehingga nama mu dijulang megah mengatasi lawan-lawan mu
Kenang jasa nya, ingat pesanan nya …wahai anak ku
Dialah Guru mu…..

Di dewan periksa…ada seorang insan yang cekal mengawasi mu
Juga seorang insan yang cekal memulai hari itu
Dengan doa, pesanan juga tips untuk mu
Agar tenang, senang kamu menjawab soalan itu
Mohon ampun darinya, doakan kesejahteraannya…..wahai anak ku
Dia lah Guru mu…

Guru yang tiada bandingan kecekalannya meladenimu,
Guru yang sentiasa memikirkan jalan kejayaan mu
Guru yang mengatur susun pelajaran sekolah mu
Guru yang terkadang lebih mengenali mu
Guru yang sudi mendengari suara mu
Guru yang mengganti ayah dan ibu…

Ucapkan dengan seikhlas hati mu….
Ucapan ikhlas terima kasih mu
Ucapan keramat…
“SELAMAT HARI GURU
TERIMA KASIH CIKGU”

Nukilan
Norlilah Binti Ismail

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...