Khamis, 29 Disember 2011

Tanah runtuh, banjir dan titi kayu hanyut di Kampung Karu



Sumber:
Utusan Borneo
http://www.theborneopost.com/2011/12/29/tanah-runtuh-banjir-dan-titi-kayu-hanyut-di-kampung-karu/













Pora Kiup, 43, antara yang menjadi mangsa apabila rumahnya terputus hubungan disebabkan titi kayu menuju ke rumahnya dihanyutkan arus deras pada malam 25 Disember.
PENRISSEN: Hujan lebat tanpa henti sejak malam Hari Krismas lepas telah menyebabkan siri runtuhan tanah, banjir serta titi kayu yang menjadi penghubung rumah-rumah penduduk di Kampung Karu, di sini dihanyutkan air.
Beberapa jalan raya terputus hubungan di-sebabkan tanah runtuh, lebih 10 keluarga terperangkap kerana titi kayu yang menjadi laluan utama mereka dihanyutkan arus deras dan rumah-rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air.
Pora Kiup, 43, antara yang menjadi mangsa apabila rumahnya terputus hubungan disebabkan titi kayu menuju ke rumahnya dihanyutkan arus deras pada malam 25 Disember.
“Air begitu deras menyebabkan titi kayu yang menjadi laluan utama kami dihanyutkan.
“Malah, rumah saya yang juga dinaiki air setinggi satu kaki ketika itu menyebabkan kami tidak dapat berpindah kerana terperangkap,” katanya yang ditemui.

Ekoran itu, pada keesokan harinya, dia bersama saudaranya yang juga tinggal di situ segera membina titi daripada buluh sebagai laluan sementara.
“Namun, titi buluh ini amat tidak selamat digunakan terutamanya oleh emak saya yang sudah tua serta anak-anak saya yang masih kecil kerana keadaan buluh yang licin,” ujarnya sambil mengharapkan bantuan segera daripada pihak berkaitan untuk membina jambatan kayu baru bagi kemudahan mereka.
Turut terputus hubungan ialah sebanyak sembilan keluarga apabila satu lagi titi yang menghubungkan mereka turut dihanyutkan air.
Salah seorang penduduk yang ditemui berkata, kejadian berlaku pada 26 Disember iaitu sekitar jam 1.30 pagi apabila hujan lebat ketika itu menyebabkan air sungai berhampiran naik dengan cepat.
“Kami sekeluarga sedang tidur apabila air ketika itu sudah memasuki rumah kami pada paras tiga inci.
“Tidak lama selepas itu, air sungai yang naik dengan cepat telah menghanyutkan titi menyebabkan sembilan keluarga terputus hubungan,” katanya.
Tinjauan semalam turut mendapati kerja-kerja pembersihan tanah runtuh di jalan raya sedang dijalankan.





Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...