Khamis, 23 Disember 2010

Lindungilah Kanak-Kanak

Oleh:

MD RASUL BIN HARON

Kerajaan telah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk menggalakkan pemulihan fizikal dan psikologi dan pengintegrasian semula sosial kanak-kanak yang menjadi mangsa dalam apa jua bentuk pengabaian, eksploitasi atau penderaan atau apa jua bentuk penghinaan atau hukuman. Penyembuhan dan pengintegrasian semula ini berlaku dalam suasana yang meningkatkan kesihatan, harga diri, maruah dan kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak ditakrifkan sebagai individu di bawah 18 tahun menurut Akta Kanak-Kanak Malaysia 2001. Memandangkan kanak-kanak adalah kelompok yang mudah dipengaruhi dan lemah, undang-undang amat cakna terhadap sebarang kes salah laku terhadap golongan tersebut. Bukan semua orang sedar apa itu penderaan sehingga kanak-kanak itu mendapat kesan yang tidak dapat diubati sepanjang hayat. Bagi kanak-kanak yang terseksa secara emosi, mereka memerlukan seseorang untuk bergantung, bercakap, berkongsi atau berkomunikasi.
Kanak-kanak berhak untuk dilindungi daripada sebarang bahaya. Kepentingan mereka harus diutamakan. Tidak kira sama ada kita mengenali kanak-kanak itu atau tidak, kita bertanggungjawab untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa. Kita sebagai orang dewasa perlu mendengar isu atau masalah yang dibawa oleh kanak-kanak. Kita tidak boleh membutakan mata kita dan memekakkan telinga semata-mata tidak mahu terlibat dalam masalah penderaan.
Setiap kanak-kanak berhak mendapatkan suatu tarf hidup yang sesuai untuk perkembangan fizikal, mental, kerohanian, moral serta sosial kanak-kanak itu. Ibu bapa kanak-kanak atau mereka yang bertanggungjawab terhadap mereka diberi amanah besar untuk menjamin, mengikut kemampuan dan keupayaan mereka dari segi kewangan, keadaan dan suasana yang diperlukan untuk perkembangan kanak-kanak itu.


Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...