Sabtu, 2 April 2011

Sumbang


Norlilah Ismail
Penolong Kanan HEM SMK Selayang Bharu/
Grup SeruPuisi




























suara sumbang
masih kedengaran
tak makan pujukan
tak lut dengan pertimbangan
laungan
yang membingit

sakit.....
sakit di luar
sakit di dalam
padah menyumbang
suara nan sumbang


























nukilan
Norlilah ismail

Tema Hari Guru 1972-2011














2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Anak penjaja ikan hargai pengorbanan bapa

KUALA TERENGGANU 24 Mac - Hampir saban hari seorang bapa, Ngah Othman, 56, tidak pernah jemu menjaja ikan dengan motosikalnya dari kampung ke kampung selama 17 tahun demi menyara keluarganya. Menyedari keperitan Ngah yang tinggal di Kampung Tok Dir di sini dalam diam, seorang daripada anaknya, Nur Akmal, 17, menyimpan niat dan tekad untuk belajar bersungguh-sungguh bagi membalas jasa bapanya itu.

Berkat doa dan kesungguhan, Nur Akmal, anak ketiga daripada enam beradik akhirnya berjaya 'menghadiahkan' bapanya serta ibu, Rakiah Sulaiman, 45, keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 9A dalam semua subjek. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Mansor dekat sini itu mendapat A+ dalam Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik selain A dalam Kimia, Biologi dan Sejarah manakala A- untuk Bahasa Inggeris.

"Saya sedih apabila mengenangkan bapa bersusah payah mencari rezeki untuk kami sekeluarga dengan menjaja ikan dari satu tempat ke satu tempat selama kira-kira 17 tahun. "Begitu juga pengorbanan besar ibu yang tak pernah jemu-jemu membesar dan menyekolahkan kami adik beradik.

''Kini saya amat bersyukur kepada Allah atas kejayaan ini dan saya berjanji akan bantu keluarga," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini semalam. Hadir sama, ibunya Rakiah. Nur Akmal yang bercita-cita menjadi seorang doktor seterusnya berkata, kejayaannya itu adalah hasil kesungguhannya menelaah dan mengulang kaji pelajaran tiga jam setiap hari.

Malah jelasnya, dia sentiasa memberi lebih tumpuan kepada mana-mana subjek lemah menerusi kaedah latih tubi selain tumpuan sepenuhnya ketika di dalam kelas turut mendorong kejayaannya. "Saya tetap berterima kasih kepada guru-guru yang banyak membimbing saya selama ini dan begitu juga dorongan ibu, bapa, keluarga serta rakan-rakan," katanya yang sebelum ini turut cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah dengan mendapat 8A 1B dan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Buat masa ini, Nur Akmal bercadang untuk menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan di Institut Teknologi Mara (UiTM) di samping turut memohon kemasukan ke universiti tempatan lain. Dalam pada itu, Pengetua SMK Sultan Mansor, Zakaria Abd. Rahman berkata, pencapaian cemerlang Nur Akmal telah mengharumkan nama sekolah setelah mendapat 9A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Tambahnya, daripada kesemua 298 calon SPM tahun lalu, seorang pelajar mendapat 9A (Nur Akmal), 8A (seorang), 7A (seorang), 6A (lima orang) dan 5A (11 orang).

Arkib
25 Mac 2011
Utusan Online

Ekspresi diri dalam Sekolahku Berbakat

DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) memperkenalkan program DiGi Live Sekolahku Berbakat dengan kerjasama Kementerian Pelajaran untuk membangunkan potensi pelajar sekolah menengah menerusi aktiviti kokurikulum tambahan.Ketua Pemasaran Segmen DiGi, Moharmustaqeem Mohammed berkata, ia merupakan program berasaskan sekolah dengan tumpuan untuk memupuk bakat anak muda yang berumur antara 12 hingga 19 tahun, di samping menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dalam acara yang menyeronokkan dan kreatif melalui muzik serta tarian.

"Berbeza dengan program pencarian bakat yang lain, kami akan menganjurkan bengkel kreativiti, tatarias dan persembahan bukan sahaja untuk pelajar malah juga guru pilihan KPM," jelasnya pada pelancaran program itu di Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Untuk menyertai pertandingan ini, pelajar perlu membentuk kumpulan yang mempunyai dua hingga enam ahli. Kemudian daftarkannya melalui sekolah masing-masing atau secara dalam talian di www.digi.com.my/digilive.

Pilih salah satu daripada lima kategori iaitu nyanyian, kugiran, kugiran instrumental, tarian atau tradisional. Uji bakat diadakan di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Sepuluh kumpulan akan dipilih dari setiap negeri untuk bertanding ke peringkat akhir di negeri-negeri tersebut. Selain itu, penyertaan boleh dilakukan dengan memuat naik video uji bakat ke laman sosial www.facebook.com/digiyouths.

Video dua kumpulan daripada penyertaan Facebook ini akan dipilih untuk bertanding di peringkat akhir kebangsaan berdasarkan undian popular daripada orang ramai.


2 April 2011
Utusan Online

Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia tak sesuai diadakan di sekolah

2011/04/02
Berita Harian Online

SAYA terpanggil untuk berkongsi masalah guru yang mengendalikan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) yang diadakan di sekolah. MUET adalah ujian yang diwajibkan untuk melayakkan mahasiswa mendapat ijazah.

Apa rasionalnya MUET diambil ketika di sekolah sedangkan mereka boleh mengambilnya ketika berada di universiti nanti? Hal ini saya bangkitkan kerana wujud banyak masalah yang terpaksa ditanggung pihak sekolah untuk mengendalikan ujian berkenaan. Jika ujian itu diadakan tiga kali setahun, bertambahlah masalah dihadapi sekolah. Antaranya, jumlah guru yang diperlukan untuk menjadi pengawas peperiksaan turut bertambah. Ini membebankan tugas guru walaupun mereka dibayar elaun.

Agihan guru perlu seimbang

2011/04/02
Berita Harian Online

AGAK mengejutkan apabila kita didedahkan dengan berita berlakunya lambakan guru opsyen Matematik dan Sains dalam negara kita. Lambakan ini dilaporkan membabitkan 14,000 orang guru subjek Sains dan 12,000 orang guru Matematik. Akibatnya, mereka dikatakan terpaksa mengajar pelbagai subjek lain, termasuk Pendidikan Jasmani dan Pengetahuan Agama Islam.

Ia satu pendedahan yang cukup memeranjatkan semua pihak. Pendedahan ini sekali gus membawa kita kepada beberapa persoalan yang penting yang perlu dijawab pihak yang berkaitan. Antaranya bagaimana isu ini boleh berlaku? Bukankah sepatutnya Kementerian Pelajaran, bersama-sama dengan pihak institusi pengajian perlu berbincang dan memperincikan terlebih dulu jumlah keperluan guru Matematik dan Sains di seluruh negara sebelum membuat pengambilan? Justeru, bagaimana lambakan ini boleh berlaku apatah lagi ia membabitkan satu jumlah yang sangat besar dan seolah-olah tidak masuk akal. Apa yang lebih menghairankan dan pelik ialah mengikut laporan itu juga, UPSI sudah dimaklumkan mengenai lebihan guru untuk dua subjek berkenaan dan UPSI dikatakan telah meminta pelajar jurusan itu bertukar opsyen antaranya subjek Sejarah atau Kemahiran Hidup.

Bukankah ia satu tindakan merugikan semua pihak yang berkaitan seperti pelajar itu sendiri yang terpaksa menukar opsyen di samping kerugian di pihak tenaga pengajar yang terbabit.

Apa yang nyata di sini ialah jika benar lambakan ini berlaku seperti didedahkan media, pihak kementerian perlu bertindak segera dengan mengambil langkah sewajarnya.

Seperti kata Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, kementerian perlu memanfaatkan lebihan guru itu untuk memperkasakan subjek Sains dan Matematik kepada pelajar luar bandar dan pedalaman dengan menghantar mereka ke sana. Tambah beliau, subjek Sains dan Matematik penting untuk mencapai sasaran negara maju menjelang 2020.

Dalam hal ini, kita yakin bahawa pendedahan ini sedikit sebanyak boleh melemahkan semangat dan motivasi pelajar yang mengikuti kursus pengajian Matematik dan Sains lebih-lebih lagi apabila mereka diminta menukar kepada opsyen lain.

NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED,
Universiti Putra Malaysia.

Kementerian perlu tangani lebihan guru elak pembaziran tenaga pengajar berulang

2011/04/02
Berita Harian Online

 
ADUAN mengenai kekurangan guru di sekolah bukan suatu yang asing. Apabila masalah itu timbul, ia bukan saja menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malah turut membebankan guru lain. Suatu ketika dulu, kekurangan guru sering ditimbulkan terutama membabitkan subjek kritikal, khususnya Sains dan Matematik. Bagi mengatasi masalah itu, pelbagai langkah dan pendekatan diambil Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi. Antara usaha dilakukan ialah menambah pengambilan guru pelatih membabitkan dua bidang berkenaan. Akhirnya, kekurangan guru dua subjek berkenaan dapat diatasi sepenuhnya. Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila akhbar ini kelmarin melaporkan terdapat pula lebihan kira-kira 26,000 guru di seluruh negara, terutama yang mengajar dua subjek berkenaan. Bilangan yang ramai itu masing-masing membabitkan 14,000 guru Sains dan 12,000 lagi guru Matematik. Keadaan itu jika tidak ditangani segera boleh menyebabkan pembaziran tenaga kerana kepakaran guru terbabit tidak dimanfaatkan secara optimum. Selepas guru berkenaan mendapat latihan khusus bagi mengajar subjek berkenaan, malangnya kemahiran mereka tidak digunakan sepenuhnya bagi mengajar dua mata pelajaran yang dianggap penting itu.

Disebabkan guru subjek berkenaan berlebihan, ada antara mereka terpaksa mengajar subjek lain yang tiada kena-mengena dengan opsyen mereka ketika menjalani latihan. Guru yang memiliki kepakaran mengajar subjek Fizik, Kimia dan Biologi diarah mengajar subjek lain seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani dan Bahasa Inggeris, sudah tentu menimbulkan masalah dari segi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Keadaan itu juga pastinya mengecewakan ibu bapa yang mengharapkan anak mereka diajar oleh guru yang mahir dan pakar dalam subjek tertentu. Kita percaya, tentunya ada guru yang kecewa dan hilang semangat kerana terpaksa mengajar subjek yang bukan menjadi kepakaran mereka. Jika dipaksa mengajar bidang yang tidak diminati, ia bukan saja boleh menghilangkan semangat guru terbabit, malah prestasi pelajar juga akan turut terjejas. Penjelasan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa lebihan guru terbabit bukan membabitkan guru yang sedang berkhidmat, sedikit sebanyak memberi gambaran sebenar kedudukan masalah itu. Lebihan guru itu berlaku sebenarnya disebabkan penempatan untuk mengajar belum dibuat. Graduan bagi opsyen Sains dan Matematik itu belum ditawarkan penempatan berikutan lebihan penawaran guru subjek terbabit di seluruh negara. Justeru, kita harap Jawatankuasa Bersama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang diwujudkan dapat mencari penyelesaian bagi menangani masalah itu.

Kedua-dua kementerian perlu membuat unjuran yang lebih tepat bagi memenuhi permintaan guru opsyen berkenaan di semua sekolah. Jika unjuran semasa bagi memenuhi kuota pengambilan guru opsyen berkenaan hanya 50 orang, adalah tidak wajar pengambilan guru pelatih dibuat melebihi daripada unjuran berkenaan. Sewajarnya guru pelatih itu ditawarkan opsyen lain yang dikenal pasti berlaku kekurangan, sebelum mereka diterima masuk menjalani latihan. Kita berharap jawatankuasa bersama antara dua kementerian terbabit dapat mencari kaedah dan penyelesaian terbaik agar masalah lebihan guru tidak berulang pada masa depan.

Cadangan naik gaji guru bertugas luar waktu disokong


SAYA ingin memberi maklum balas kepada komen Guru Jujur, Kuala Lumpur dalam ruangan ini yang disiarkan 26 Mac lalu.

‘Guru Jujur’ amat tidak berpuas hati atas cadangan CUEPACS menaikkan gaji guru yang sering bertugas di luar waktu sekolah. Alasan yang diberikan, guru lain yang terpaksa mengganti guru yang bertugas di luar.

Saya amat bersetuju dengan cadangan CUEPACS itu. Jika Guru Jujur ingin mendapat kenaikan gaji, sila berkecimpung dalam aktiviti di luar waktu sekolah. Pengalaman saya berbelas tahun aktif dengan aktiviti luar ini amat memerlukan pengorbanan diri dan ahli keluarga.

Mana tidaknya, setiap hujung minggu pasti akan keluar membawa murid untuk berkhemah bagi memberi peluang murid mendapat sijil demi masa depan mereka. Apabila bergerak di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), guru tidak diberi sebarang elaun, malah perlu mengeluarkan duit poket sendiri untuk minyak kereta, makan dan sebagainya.

Tidak cukup dengan itu, pada Ahad habis bertugas, Isnin pula perlu ke sekolah seperti biasa. Persoalannya, bila guru ini bercuti, bila guru ini berpeluang untuk bersama keluarga dan siapa yang hendak bagi bayaran gaji lebih masa apabila berkhemah guru perlu bertugas 24 jam sehari bersama murid.

Di mana Guru Jujur waktu hujung minggu?, mungkin sedang berada di rumah menonton televisyen atau ke pusat beli-belah bersama keluarga. Sedangkan guru yang bertugas ini berhempas pulas menjaga murid dan meninggalkan anak dan isteri di rumah tanpa apa-apa balasan.

‘Guru Jujur’ perlu berkecimpung dalam bidang ini supaya berasa apa yang kami rasa. Ramai yang tidak sanggup bertugas di luar waktu persekolahan. Kalau semua guru ini tidak lagi mahu berkerja di luar waktu pejabat, maka murid yang akan rugi.
Harap Kementerian Pelajaran pandanglah masalah kami. Sediakan seorang guru khas setiap sekolah untuk menggalas tugas seperti ini dan berikan hak cuti apabila bertugas pada Sabtu dan Ahad.

Apapun, terima kasih CUEPACS kerana mengambil berat masalah guru seperti kami ini yang jarang sekali dipandang oleh pihak pentadbiran sekolah untuk diberi anugerah cemerlang.

CIKGU NGO,
Perak
Berita Harian Online: 28 Mac 2011

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...