Sabtu, 2 April 2011

Ekspresi diri dalam Sekolahku Berbakat

DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) memperkenalkan program DiGi Live Sekolahku Berbakat dengan kerjasama Kementerian Pelajaran untuk membangunkan potensi pelajar sekolah menengah menerusi aktiviti kokurikulum tambahan.Ketua Pemasaran Segmen DiGi, Moharmustaqeem Mohammed berkata, ia merupakan program berasaskan sekolah dengan tumpuan untuk memupuk bakat anak muda yang berumur antara 12 hingga 19 tahun, di samping menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dalam acara yang menyeronokkan dan kreatif melalui muzik serta tarian.

"Berbeza dengan program pencarian bakat yang lain, kami akan menganjurkan bengkel kreativiti, tatarias dan persembahan bukan sahaja untuk pelajar malah juga guru pilihan KPM," jelasnya pada pelancaran program itu di Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Untuk menyertai pertandingan ini, pelajar perlu membentuk kumpulan yang mempunyai dua hingga enam ahli. Kemudian daftarkannya melalui sekolah masing-masing atau secara dalam talian di www.digi.com.my/digilive.

Pilih salah satu daripada lima kategori iaitu nyanyian, kugiran, kugiran instrumental, tarian atau tradisional. Uji bakat diadakan di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Sepuluh kumpulan akan dipilih dari setiap negeri untuk bertanding ke peringkat akhir di negeri-negeri tersebut. Selain itu, penyertaan boleh dilakukan dengan memuat naik video uji bakat ke laman sosial www.facebook.com/digiyouths.

Video dua kumpulan daripada penyertaan Facebook ini akan dipilih untuk bertanding di peringkat akhir kebangsaan berdasarkan undian popular daripada orang ramai.


2 April 2011
Utusan Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...