Phishing adalah cubaan untuk mendapatkan maklumat sensitif pengguna yang dimasukkan ke dalam komputer peribadi tanpa disedari. Kebanyakan penjenayah siber menggunakan laman sosial sebagai tempat menghantar link ringkas ke laman web yang berniat jahat. Link ringkas ini membawa pelayar internet ke laman web yang berbeza seperti yang dipaparkan manakala destinasi sebenar link tersebut disembunyikan daripada pengetahuan pelayar Internet. Link tersebut kebanyakannya menggunakan paparan dan imej yang seksi tujuannya untuk menarik pelayar untuk klik pada link tersebut.
Terdapat dua jenis link yang sering dipapar dalam laman sosial atau sesawang seseorang itu. Kedua-dua bersifat mengelirukan pelayar internet dengan paparan wanita seksi atau berbentuk soalan kuiz tetapi berbeza tahap bahayanya. Antaranya ada tujuan pengiklanan sahaja. Ia dapat dikesan apabila arahan terakhir adalah untuk memasukkan nombor telefon sebagai pengesahan.
Link ini merupakan dalang syarikat-syarikat tertentu untuk memanipulasi orang ramai supaya melawat laman web mereka. Link tersebut tidak akan merbahaya kepada pengguna jika ditekan berbanding dengan jenis link yang satu lagi. Link kedua sangat berbahaya kerana ia menyebabkan gangguan Adware walaupun masih menggunakan teknik yang sama sebagai tarikan. Untuk kenal pasti link tersebut, apabila setiap kali pelayar internet menekan link tersebut untuk menonton video akan menjadikan lebih cepat.
Serangan Adware tidak memberi kesan kepada komputer atau telefon bimbit tetapi berkemampuan mengumpul semua data yang pengguna masukkan. Data-data seperti kata laluan untuk Log In laman sosial, kata kunci, nombor akaun bank yang lebih dikenali sebagai Cookies boleh dikumpul dan dihantar kepada individu yang mencipta link tersebut.
Pelayar perlu berhati-hati dengan arahan memuat turun fail yang mempunyai nama domain .exe dan buat .bat kerana pabila sesuatu perisian secara tidak sengaja dipasang, pengambilan data menjadi lebih mudah. Serangan Adware boleh dikesan apabila setiap kali laman web dibuka, amaran pop up akan muncul.
Pelayar juga dinasihatkan agar tidak melakukan aktiviti membeli-belah dan perbankan menggunakan komputer awam seperti kafe internet atau sambungan WI-FI awam. Selain itu, dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga dengan terma free. Cracked dan Pirated kerana ia mungkin mengandungi malware.
Untuk langkah yang lebih selamat jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi atau informasi kewangan selagi tidak pasti permintaan tersebut sah.
Disunting Daripada Kosmo