Ahad, 9 Oktober 2011

SIKAP PEMANDU LELAKI DAN PEMANDU WANITA





Sikap wanita:
•    Wanita lebih cenderung menukar lorong secara tiba-tiba dan membahayakan orang lain.
•    Membuat pusingan U secara tiba-tiba, tanpa memikirkan akibatnya kepada orang lain.
•    Memberhentikan kereta secara tiba-tiba dan meletak kereta sesuka hati hingga menghalang laluan.
•    Bersifat pelindung kerana mereka ialah ibu. Oleh itu mungkin mereka pentingkan diri bila berada di jalan raya, misalnya tidak beri laluan kepada kereta lain. 
•    Lebih bersikap berhati-hati dan mereka bergerak lambat pada jalan lapang dan tidak banyak kereta menyebabkan gangguan kepada pemandu lain.

Sikap Lelaki:
•    Pemandu lelaki tiga kali ganda lebih cenderung menekan hon bila kenderaan di depannya dipandu terlalu lambat berbanding perempuan.
•    Pemandu lelaki dua kali ganda melanggar peraturan jalan raya berbanding pemandu perempuan. Malah, sebanyak 83 peratus pemandu lelaki cenderung menunjukkan perangai memandu laju manakala perempuan hanya sebanyak 17 peratus.
•    Lelaki lebih cenderung memandu tujuan mencari sensasi iaitu menunjukkan kepada rakan sebaya dan orang ramai mengenai kemahirannya memandu di jalan raya.


Sumber:

Prof Dr Abd Rahim Md Nor
Pakar Pengangkutan Awam Dan 
Pengerusi Puasta Pengajian Sosial, Pembangunan, Persekitaran
Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan 
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...