Ahad, 16 Januari 2011

Pentingnya Pilihanraya...Hak Rakyat

Oleh:
MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com

Pilhanraya bukan sahaja penting dari segi praktis demokrasi tetapi penglibatan rakyat sebagai pengundi amat penting dalam menentukan kerajaan yang memerintah serta formasi sistem dan proses keadilan sosial negara kita. Rakyat menyuarakan kehendak mereka melalui wakil yang mereka pilih dalam pilihanraya.
Parti politik yang memperoleh kerusi terbanyak di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri akan membentuk kerajaan. Jika tidak ada mana-mana parti yang menguasai mana-mana Dewan, maka boleh ditubuhkan sebuah kerajaan campuran.
Warganegara Malaysia adalah bebas menyertai mana-mana parti politik, diikuti pula dengan penglibatan mereka dalam pilihanraya sebagai pengundi. Dalam sesuatu pilihanraya, pelbagai isu dibangkitkan bagi meyakinkan pengundi supaya menyokong parti yang bertanding. Isu perkauman dan kepentingan negara adalah dua perkara penting yang mencorakkan sejarah kempen pilihanraya di negara kita.
Pilihanraya adalah penting kepada semua warganegara kerana merekalah yang akan menentukan kerajaan. Keputusan pilihanraya menunjukkan sikap pengundi terhadap parti yang memerintah dan parti pembangkang. Pembangkang menjalankan fungsi sebagai pemeriksa dan pengimbang kepada parti pemerintah. Dengan adanya pilihanraya, sama ada pilihanraya umum atau pihanraya kecil, rakyat adalah terlibat dan ikut serta dalam proses demokrasi negara kita.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...