Jumaat, 8 Julai 2011

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Mengenai Perhimpunan Haram 9 Julai




Berikut adalah teks penuh Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin:

"Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan kumpulan BERSIH untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan menyerahkan memorandum kepada beta selaku Yang di-Pertuan Agong dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terbabit. Namun, beta yakin kepemimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.
Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanaan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara”
Sumber: Berita Harian

Kenali Kaum-kaum di Malaysia

 


Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.

Orang Melayu
Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : congkak, gasing, wau..
Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu
Orang Cina
Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..
Orang India
Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan  : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam
Baba dan Nyonya
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka.
Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi rakyat British dan berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".

Terdapat banyk suku di Malaysia. Antaranya:-

Suku Bajau
Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara. Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat. Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia.
Seratus persen suku kaum Bajau menganut agama Islam. Suku kaum Bajau sangat menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah. Sesuai dengan perkembangan masa kini, kini ramai masyarakat Bajau dikahwini dan/atau mengahwini bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan di Malaysia.
Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama. Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang-kurangnya terdapat 26 subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli). Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam.

Suku Momogun Rungus
Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Secara tradisi suku Momogun Rungus adalah pengamal sistem pemerintahan kesukuan yang di bentuk oleh Kesatuan Bobolizan Rinovusan pada zaman lampau sebelum zaman penjajahan British di semenanjung Kudat dan Teluk Marudu dan Pitas.
Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum Rungus adalah penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali sebagai Momogun, Dayak Dusun, Dayak Laut, Momogun Rungus, Melobong Rungus, Momogun Laut atau Dusun Laut. Rungus merupakan nama nenek moyang mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud. Aki Rungsud adalah tokoh bangsa Momogun Rungus yang telah membuka Teluk Bandau sebagai Pusat Perdagangan Sistem Barter pada zaman lampau.
Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat, dengan kepadatan tertinggi di kawasan Kudat, Kota Marudu, Pitas, Paitan, Telupid, Kinabatangan dan Beluran.
Pada hari ini kira-Kira 79% suku kaum Momogun Rungus adalah menganut agama Kristian, kira 20% adalah penganut Agama Labus (Lzabvus) iaitu agama nenek moyang Momogun Rungus dan kira-kira 1% Momogun Rungus yang beragama Islam hasil perkawinan campur. Suku kaum Momogun Rungus sangat menekankan adat-adat nenek moyang, hukum-hukum agama labus serta hubungan kekeluargaan.
Bahasa Momogun Rungus dikenali sebagai Boros Momogun atau Bahasa Rungus. Kata Momogun adalah kata terbitan daripada kata akar "pogun" dengan menyambungkan sebutan -mom- sehingga membentuk kata "momogun" yang bermaksud "pemilik tanah". Perkataan ini terhasil dari doktrin agama tradisi bangsa Momogun Rungus iaitu Agama Labus. "Agama Labus" adalah terhasil dari 2 perkataan dari bahasa Momogun Rungus iaitu "AGAMA" dan "LABUS".
AGAMA dalam bahasa Momogun Rungus adalah berasal dari kata asas iaitu "A" dan "Gama". "A" merujuk kepada "boleh". Manakala "gama" bermakna "lakukan", "buat" atau "amalkan".
LABUS (bunyi sebutan ialah Lzabvus) dalam bahasa Momogun Rungus adalah dari kata asas "Labus" yang bermakna "keluar".
Jadi Agama Labus bermakna "satu set atau satu himpunan Hukum-Hukum, amalan-amalan dan peraturan-peraturan moral dari bangsa Momogun Rungus yang mampu mengelakkan atau mengeluarkan masyarakat mereka dari hukuman-hukuman Kinoringan iaitu Tuhan bangsa Momogun Rungus".
Suku kaum Momogun Rungus sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Ini berikutan berdasarkan kesamaan dari segi bahasa, seni arkitektur, kepercayaan, pandangan alam serta segi etnologinya Momogun Rungus di dapati mempunyai persamaan dengan rumpun Dayak Kalimantan, Dayak Sarawak dan Kadazan Dusun di Sabah. Tidak hairanlah Momogun Rungus ini sering kali juga di kenali sebagai Dayak Laut atau Dayak Dusun.
Selain di Malaysia, bangsa Momogun juga turut di temui di negara-negara jiran seperti Indonesia dari rumpun Dayak Uud Danum dan Brunei iaitu Dusun Brunei di dapati bahawa bahasa mereka juga mempunyai kesamaan dengan bahasa Momogun.
Apa yang jelas bangsa Momogun merupakan penduduk asli kepulauan Borneo iaitu kepulauan ketiga terbesar di dunia.

Suku Brunei
Salah satu bangsa Melayu

Suku Tidong
Suku kaum ini banyak terdapat di sabah, terutamanya di tawau.

Suku Tombonuo
Tombonuo juga di kenali sebagai Dusun Sungai.

Suku Iban
Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang.
Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati.
Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini.

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Dikekalkan Demi Menjamin Kesejahteraan Negara

 


PENGENALAN
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuat kuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.

Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri  Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad. Akta ini merupakan satu alat yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam demi kesejahteraan dan keamanan negara.
Sejarah

ISA Malaysia mula digunakan pada tahun 1960-an yang mempunyai satu tujuan iaitu untuk mengekang ancaman komunis pada ketika itu. Peruntukkan pencegahan yang terkandung dalam ISA dikatakan begitu efektif kerana ia telah mampu mengekalkan kestabilan negara yang baru merdeka walaupun sedang menghadapi ancaman bersenjata komunis.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.
Perundangan
Relevant sections of the legislation are as follows:
Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."
Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."
Tempat Penahanan
Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kemunting, Perak
Penahanan 60 hari pertama
ISA bukanlah undang-undang draconian. Undang-Undang tersebut mengandungi peraturan-peraturan memelihara hak tahanan antaranya:

1) Tahanan ISA bukannya ditahan tanpa sebarang pembelaan. Semasa tempoh tahanan 60 hari, orang tahanan akan dimaklumkan alasan-alasan di sebalik penangkapan dan penahanannya. Pada masa yang sama orang tahanan turut diberi kebenaran berjumpa dengan keluarganya serta peguam yang dipilih sendiri oleh beliau. Dalam tempoh tersebut pihak Polis Diraja Malaysia setelah berpuas hati, Menteri Dalam Negeri boleh sama ada mengeluarkan perintah tahanan atau perintah sekatan terhadap orang itu.

2) Selepas perintah tahanan dikeluarkan dan diserahkan kepada orang tahanan, beliau akan dimaklumkan mengenai haknya untuk membuat representasi kepada Lembaga Penasihat dengan diberi tiga salinan borang (sama ada untuk membuat representasi sendiri atau diwakili peguam) dan turut dibekalkan dengan pengataan fakta serta penahanan. Lembaga Penasihat dikehendaki mendengar representasi orang tahanan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penerimaan permohonan tersebut.

3) Pengerusi Lembaga Penasihat adalah merupakan seorang individu yang layak untuk menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi. Setelah mempertimbangkan representasi tersebut Lembaga Nasihat akan membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong dan akan memberi arahan sama ada untuk mengekalkan perintah YB Menteri Dalam Negeri atau membebaskan orang tahanan berkenaan.
4)  Setiap perintah tahanan dan perintah sekatan  akan dibuat ulang kaji oleh Lembaga Penasihat, sekurang-kurangnya sekali dalam setiap 6 bulan.

5) Dalam tempoh tersebut orang tahanan  boleh melantik peguam sendiri mewakili dirinya. Laporan ulang kaji serta sebarang syor akan dikemukakan kepada Menteri Dalam negeri sekiranya difikirkan perlu.
Dakwaan Terhadap PenahananPenyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka.
Bantahan Dalam Negara
Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai di antara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR.

Bantahan Luar Negara
Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengkritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan. Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasikan Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot USA ( USA Patriot Act) selepasnya untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.
PEMBEBASAN TAHANAN ISA
Pembebasan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kali kedua di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sejak 4 April lalu. Pembebasan terbaru membabitkan 13 individu yang dilihat oleh Kementerian Dalam Negeri sebagai tidak lagi memberikan ancaman kepada negara. Ia juga menunjukkan sifat prihatin kerajaan terhadap perspektif keperluan dan mengimbanginya dengan kesan penahanan ke atas negara.

CADANGAN KAJIAN TERHADAP ISA
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah wujud hampir separuh abad lamanya, memerlukan kajian semula supaya sesuai dengan tuntutan dan kehendak semasa.

YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan YB Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah membuat kenyataan bahawa kerajaan sedang dalam proses mengkaji semula ISA. Pada 4 Ogos 2009 Perdana Menteri juga telah memaklumkan bahawa dalam melaksanakan kajian semula ke atas ISA semua pihak termasuk pembangkang dan pelbagai pertubuhan sivil akan diberi peluang untuk mengemukakan pandangan, cadangan dan idea bagaimana untuk memperbaiki undang-undang dan bukan mempolitikkannya.

Dasar dan pendirian Kerajaan adalah untuk mengkaji dan bukannya memansuhkan ISA. Ini bertujuan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada dan menutup ruang penyalahgunaan kuasa dan lain-lain perkara yang menimbulkan pertikaian
TUJUAN ISA DIKEKALKAN
Kerajaan telah mengumumkan bahawa adalah mustahil untuk Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, tetapi ia boleh dipinda supaya lebih bersesuaian dengan keadaan semasa. Antaranya tujuan ia dikekalkan adalah seperti berikut:

1. Akta tersebut masih relevan bagi memelihara keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini. Sekiranya dimansuhkan golongan yang mempolitikkan ISA akan lebih berani mendesak supaya dihapuskan perkara-perkara lain yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

2. Dapat mempertahankan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Undang-undang ini mencegah tindakan menukar sistem pemerintahan negara secara tidak demokratik

3. Bersifat preventif atau pencegahan dan bukannya kuku besi.

4. Hanya dikenakan ke atas individu untuk mencegah mereka daripada bertindak menjejaskan ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.

5. ISA adalah undang-undang yang bersumberkan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan itu sangat penting untuk mencegah kegiatan subversif dan terorisme.

6. Akta ini penting untuk keselamatan pribumi, keselamatan etnik, keselamatan masyarakat dan keselamatan ekonomi. 

7. Ia adalah undang-undang yang diperlukan oleh sesiapa sahaja yang memerintah Malaysia kerana negara ini adalah majmuk dan sentiasa berdepan dengan masalah etnik dan agama.

8. ISA juga berjaya memberikan keinsafan kepada beberapa tahanan agar terus mencintai negara. Akta ini juga menyelamatkan bukan sahaja bakal mangsa, malah individu berpotensi ganas daripada terjebak dalam kancah keganasan.

9. Bukan satu undang-undang draconian tetapi mengandungi peraturan-peraturan yang memelihara hak tahanan.        
      
10. Sebagai sebuah negara majmuk ISA diperlukan sebagai undang-undang pencegahan untuk melindungi negara daripada insiden buruk yang mudah memusnahkan kaum dan negara.    
 
11. Ia juga untuk menjaga keselamatan diri individu yang terlibat kerana jika dibiarkan bebas nyawanya akan terancam.             
TENTANGAN TERHADAP ISA
1. AKTA Keselamatan Dalam Negeri atau ISA adalah undang-undang yang sering dijadikan polemik, dipertikai dan dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang mencari sokongan secara murahan

2. Mereka mengeksploitasikan ISA untuk menyerang kredibiliti pemerintah kerana undang-undang ini mudah untuk membakar emosi rakyat jika disorot secara cetek dan hanya sepintas lalu.

3. Kritikan dan kecaman terhadap ISA selalunya diperkukuhkan dengan penggunaan konsep-konsep asing seperti hak-hak asasi manusia sejagat dan demokrasi liberal.

4. Penahanan tanpa bicara selama  dua tahun.

5. Isu utama bukan soal hak asasi. Jika hak asasi, adakah mereka yang ditahan terbabit tidak diberikan makanan, tempat berteduh atau didera? Tetapi yang menjadi keutamaan pihak yang menentang ISA termasuk beberapa individu dalam pembangkang dan juga majlis guaman ialah mengenai hak politik.

6. Bagi ahli politik, ISA dilihat sebagai "ancaman" kepada gerakan dan aktiviti berpolitik. Mereka melihat ISA dalam perspektif bahawa kerajaan mampu menyalahgunakan kedudukan atas kuasa eksekutif untuk menahan mereka.

CADANGAN PINDAAN ISA
1. Memandangkan ISA telah digubal semasa mengalami darurat dan ia merupakan warisan penjajah, adalah baik ISA dikaji semula untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

2. Mewujudkan Suruhanjaya Diraja yang terdiri dari pakar undang-undang dan wakil-wakil tertentu bagi mencari kecacatan ISA.

3. Cadangan mengeluarkan Kertas Puteh ISA untuk dibincangkan di Parlimen dan ia nya lebih berkesan.
4. Menubuhkan Suruhanjaya Bebas utnuk mengkaji adakah bebar penganiayaan di bawah ISA berlaku?

5. Melaksanakan kajian dari perspektif Islam oleh pakar Islam dan Mufti sama ada ISA ini bercanggah atau tidak dengan justifikasi di sisi Islam sebagai agama rasmi Negara. Adakah Islam membenarkan seseorang orang ditahan sedemikian, jika wujud unsur yagn disyaki membahayakan Islam dn menganutnya.
PERHIMPUNAN MANSUHKAN ISA
Perhimpunan haram anjuran Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) telah diadakan di sekitar ibu kota pada 1 Ogos 2009. Pihak polis telah menahan seramai 589 individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).   Seramai 549 lelaki dan 40 perempuan ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah. Ianya melibatkan seramai 545 orang dewasa dan 44 remaja berusia bawah 18 tahun.

Sebanyak 26 organisasi Mahasiswa telah menyokong dan menegaskan pendirian  menyokong perhimpunan Mansuhkan ISA tersebut.

Penglibatan beberapa pemimpin parti pembangkang dalam perhimpunan ini telah mendapat perhatian antaranya ialah Ketua Pakatan Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pesuruhjaya Pas, Datuk Mustafa Ali, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Selain itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang; Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar Mat Ikin; Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar; Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.
Kira-kira 10,000 penyokong sebuah badan bukan kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terlibat dalam demontrasi ini dan menjadi punca banyak premis perniagaan ditutup selain kesesakan trafik yang teruk.
Antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India yang sepatutnya menjadi kawasan orang ramai membeli-belah pada hujung minggu.

Bagi mengelak keadaan tidak terkawal, polis bertindak menyuraikan perhimpunan haram itu dengan gas pemedih mata selain pancutan air.

Akibatnya, hampir 600 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan dalam perhimpunan anjuran Gabungan Memansuhkan ISA (GMI) itu yang didalangi parti pembangkang.

Dalam perhimpunan tersebut dapat dilihat melalui laungan yang dibuat ketika demonstrasi di ibu negara  berlangsung tidak ada kaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Walau bagaimana pun Kerajaan tidak akan tunduk dengan desakan melalui demonstrasi jalanan kerana ia dilakukan hanya untuk tujuan politik dan kepentingan peribadi.

Kesan Dari Perhimpunan  Mansuhkan ISA
1. Para peniaga di sekitar Jalan Masjid India  marah dengan tindakan pihak yang menganjur perhimpunan haram di sekitar ibu negara pada 1 Ogos baru-baru ini kerana tindakan itu menjejaskan perniagaan mereka.

2. Perhimpunan itu menimbulkan kemarahan peniaga di situ,  kebanyakan pelanggan tidak berani datang kerana takut terperangkap dalam perhimpunan haram.

3. Peniaga telah mengalami kerugian yang besar dengan penutupan premis peniagaan mereka semasa perhimpunan diadakan dan menjejaskan sumber pendapatan mereka.

4. Demonstrasi di tempat-tempat terbuka akan mengundang media antarabangsa membuat liputan negatif dan menyiarkan berita tersebut berulang kali.

5. Masyarakat antarabangsa akan menganggap bahawa negara ini berada dalam keadaan kucar kacir. Pelancong luar negara akan membuat keputusan tidak ke negara ini kerana berada dalam keadaan tidak aman. Ini menjejaskan industri pelancongan negara.

6. Para pelabur asing akan mengalihkan pelaburan mereka ke negara yang lebih aman dan mempunyai kestabilan politik. Ini mereka mungkin menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang berada dalam keadaan yang tidak stabil.
KESIMPULAN
• Kerajaan tidak menggunakan ISA dengan sewenang-wenangnya. ISA perlu dilihat dari perspektif yang lebih besar daripada hak asasi Individu. 
• Dasar dan pendirian kerajaan adalah untuk mengkaji dan bukan untuk memansuhkan terus ISA. Perkara ini perlu diberi fahaman kepada rakyat supaya tidak dikelirukan.

• Tidak menggunakan alasan hak asasi untuk berselindung di sebalik kegiatan dan hak politik bangkangan yang mereka perjuangkan. Jika mahu memperjuangkan hak politik, maka nyatakan dengan jelas dan nyata.

• Kerajaan dan pasukan keselamatan perlu memperbetulkan persepsi tentang ISA. Jika kerajaan hendak meliberalisasikan ISA, wajarlah dilaksanakan dahulu penerangan bersepadu kepada rakyat tentang ISA dan potensi ancaman kepada negara jika ISA tidak dilaksanakan sejak dari dahulu lagi.

• Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia ISA diperlukan sebagai undang-undang pencegahan untuk melindungi negara daripada insiden buruk yang dengan mudah boleh menjejaskan pembangunan dan kestabilan negara.

• Pihak yang menganjurkan perhimpunan haram itu sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyampaikan memorandum kepada kerajaan bagi menyuarakan pandangan mereka berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

• Sekiranya didapati pemimpin pembangkang menjadi tulang belakang kekecohan dalam perhimpunan haram baru-baru ini, tindakan yang tegas perlu diambil mengikut saluran undang-undang yang ada.

• Adalah sukar difahami pihak-pihak tertentu di kalangan masyarakat Cina yang menentang ISA, sedangkan majoriti tahanan ISA adalah kaum Melayu yang terlibat dengan kegiatan militan dan ekstremis.
• Dalam demonstrasi menentang ISA pada 1 Ogos 2009 majoritinya adalah kaum Melayu dan amat sedikit penyertaan kaum Cina. Ini menunjukkan masyarakat kaum Cina tidak mempunyai sentimen anti ISA yang kuat melainkan segelintir yang mempunyai kepentingan dan agenda peribadi atau politik.

• Semua negara mengamalkan penahanan tanpa bicara tetapi yang berbeza adalah tempoh tahanan, jadi tempoh tahanan adalah satu aspek yang akan diteliti dalam kajian semua ISA.

• Kebanyakan suara yang menggesa supaya akta ini dihapuskan lahir daripada gerakan pembangkang dan juga badan bukan kerajaan seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang keahliannya tidak seramai mana tetapi mencanangkan seolah-olah mereka mewakili suara seluruh rakyat Malaysia.

Rujukan : 
           Utusan Malaysia
           Berita Harian
           NST
           Wilkipedia
           KOSMO
           HARIAN METRO

STU kesal tindakan penganjur BERSIH

UTUSAN BORNEO
Posted on July 6, 2011, Wednesday
MIRI: Kesatuan Guru Sarawak (STU) kesal dengan tindakan penganjur BERSIH 2.0  yang ingin meneruskan niat mereka untuk mengadakan perhimpunan jalanan pada 9 Julai ini.
Naib Presidennya, Dundang Bantin berkata, pemimpin penganjur BERSIH 2.0 perlu menarik balik niat mereka itu, seterusnya patuh kepada titah Yang di-Pertuan Agong.
“Kita amat kecewa dengan tindakan yang diambil penganjur BERSIH yang cuba menimbulkan suasana tegang ketika ini, padahal rakyat Malaysia sudah lama menikmati keamanan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.
Menurutnya, beliau ada menerima panggilan telefon daripada saudara-mara yang bekerja di Semenanjung, khasnya mereka yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur, yang menyatakan kerisauan mereka tentang BERSIH.
“Saya hormati niat baik mereka untuk membawa sesuatu perubahan dalam urus tadbir negara, tetapi saya tidak bersetuju dengan cara dan pendekatan yang diambil oleh mereka (penganjur),” ujarnya.
Katanya lagi, pihak penganjur BERSIH seharusnya mendengar titah Agong, pemimpin politik, badan bukan kerajaan dan sebagainya agar membatalkan niat mereka untuk mengadakan perhimpunan haram.
“Saya amat berharap agar pihak BERSIH tidak memandang ringan terhadap titah diraja itu. Secara peribadi, saya percaya jalan penyelesaian terbaik adalah pertemuan di meja rundingan,” katanya.
Tambahnya, demonstrasi jalanan akan meninggalkan banyak impak negatif kepada golongan masyarakat yang secara langsung akan terheret sama menerima kesan perhimpunan ini nanti.
“Ia mungkin demonstrasi aman, tetapi kita tidak boleh menjangka apa yang berlaku nanti. Malaysia adalah sebuah negara membangun dan dalam apa jua perjuangan kita, ikutlah cara yang bersesuaian,” ujarnya.

SMK Lutong juara ‘Stair Climber’ Pertandingan Robotik bahagian Miri

UTUSAN BORNEO
Posted on July 7, 2011, Thursday



PEMENANG: Rosnani (berdiri lima kanan) bergambar bersama sebahagian
pemenang Pertandingan Robotik Kebangsaan peringkat bahagian Miri.
MIRI:  Pasukan B6 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong telah muncul sebagai juara bagi kategori ‘Stair Climber’ dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan peringkat bahagian Miri yang diadakan di sini semalam.
Manakala naib johan dan tempat ketiga dalam kategori sama masing-masing dimenangi Sekolah Menengah Sains Miri (B12) dan SMK Merbau (B2).
Sementara bagi kategori ‘Guide Robot’, johan dimenangi oleh pasukan A2 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Lutong dan diikuti pasukan A1 dari Sekolah Kebangsaan (SK) St Columba selaku naib johan. Tempat ketiga pula jatuh kepada pasukan A3 juga dari SJKC Chung Hua Lutong.
Kemenangan itu sekali gus membolehkan mereka membawa pulang hadiah berupa medal, sijil penyertaan dan sijil kecemerlangan.
Sebanyak 24 pasukan yang mewakili tiga sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah di bandar raya ini telah mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang merupakan anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Sasbadi Sdn Bhd dan Pusat Sains Negara dengan kerjasama LEGO Education.
Sekolah-sekolah terlibat terdiri daripada SJKC Chung Hua Lutong, SJKC Chung Hua Miri, SK St. Columba, SMK Lutong, SM Sains, SMK Merbau, SMK Chung Hua Miri, SMK Baru, SMK Luak dan SMK St. Columba dengan setiap pasukan bertanding terdiri daripada tiga orang pelajar dan seorang mentor (guru).
Menurut pihak penganjur, pertandingan itu telah dibahagikan kepada empat kategori iaitu Stair Climber untuk menengah rendah, Robot Recycler (menengah atas), Guide Robot (sekolah rendah) dan Terbuka.
Pun begitu, tiada pemenang bagi kategori Robot Recycler dan Terbuka memandangkan hasil ciptaan peserta tidak mencapai standard yang digariskan pihak penganjur dan peserta hanya diberikan sijil penghargaan sebagai sokongan moral.

Kepakaran sains, matematik, teknologi beri peluang besar kepada ekonomi

Utusan Borneo

by Abang Ismail Abang Su’ud. Posted on July 7, 2011, Thursday
BINTULU: Kepakaran dalam bidang sains, teknologi dan matematik memberi satu peluang besar memandangkan bidang itu amat penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara.
Menteri Muda Pelancongan, Datuk Talib Zulpilip berkata, lulusan sains dan teknologi mempunyai peluang yang amat besar untuk maju kerana apabila ekonomi berkembang mereka dapat menceburi kerjaya dalam bidang berkaitan untuk memajukan negara.
“Kerjaya dalam bidang itu juga akan mampu memberikan mereka pendapatan yang tinggi pada masa hadapan,” ujarnya berucap dalam Program Berambeh bersama beliau sempena Kem Penggalakan serta Penyelidikan Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2011 di Balai Raya Kampung Jepak semalam.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jepak berkata, saya melihat bidang sains dan teknologi merupakan jalan terbaik kepada masa hadapan yang lebih cerah khususnya untuk para pelajar yang minat dalam bidang itu.
Justeru katanya, dengan kemudahan dan teknologi yang ada para pelajar diharap dapat mempergunakan sebaiknya kemudahan yang disediakan itu untuk belajar kerana generasi pelajar hari ini cukup bertuah berbanding keadaan pelajar pada satu ketika dahulu.
“Saya menyeru agar para pelajar menjadi seorang pelajar yang berdedikasi untuk terus berjaya dan menjadi seorang warganegara yang baik,” katanya sambil menambah generasi pelajar hari ini juga cukup bertuah kerana kerajaan yang ada tidak mengabaikan kepentingan pendidikan di negara ini.
Terdahulu seramai 120 peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu dan Dua serta merupakan ahli Kelab Sains sekolah dari 16 negeri seluruh Malaysia menyertai kem yang berlangsung lima hari itu bermula 4 Julai hingga 8 Julai ini.
Ia turut disertai oleh 35 guru pengiring, 16 fasilitator dan tahun ini Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu untuk Sarawak diberi penghormatan sebagai tuan rumah program tersebut yang diadakan mengikut giliran bagi setiap negeri.
Hadir sama dalam program itu Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Ellen@Manium Engang, Penghulu Drahman Kawi dan pegawai-pegawai pelajaran peringkat negeri dan bahagian.

Orang ramai dijemput meriahkan Pesta Senadin 2011 Sabtu ini

UTUSAN BORNEO
Posted on July 7, 2011, Thursday
MIRI: Orang ramai adalah dijemput untuk sama-sama memeriahkan sambutan Pesta Senadin 2011 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Senadin yang akan diadakan pada 9 Julai (Sabtu) ini.
Pesta itu yang bermula seawal jam 7 pagi dan berakhir 1 petang akan diadakan bertempat di perkarangan sekolah itu.
Menurut pihak penganjur, objektif utama pesta itu diadakan adalah untuk mengutip dana bagi membiayai pelbagai aktiviti anjuran PIBG dan sekolah yang bertujuan untuk memantapkan serta menjayakan misi dan visi sekolah.
Di samping itu, ia juga diadakan bertujuan untuk memupuk kesefahaman serta kerjasama yang lebih erat di kalangan ibu bapa dan pihak sekolah.
Sebanyak 15 buah gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman termasuk aiskrim dan buah-buahan akan didirikan sepanjang pesta tersebut berlangsung.
Selain itu menurut penganjur, terdapat juga aktiviti lain yang menarik dan menjanjikan hadiah lumayan seperti pertandingan karaoke, melukis dan mewarna, pertandingan menyumpit, baling dan menang serta cabutan tiket bertuah untuk para pembeli kupon.
Dalam pada itu, majlis perasmian pesta tersebut nanti akan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau Jok.
Sehubungan itu, semua ibu bapa dan penduduk setempat adalah dijemput beramai-ramai untuk memeriahkan pesta tersebut nanti.

SALURAN KHAS ULANG KAJI SUBJEK PMR DAN SPM



TIMBALAN Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong (tengah) bersama Tan (tiga kiri)
bergambar bersama para guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Menengah Seafield,
Subang Jaya pada majlis pelancaran Tutor TV PMR dan SPM di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Astro All Asia Networks Plc. (Astro) melancarkan dua saluran baharu iaitu Tutor TV PMR (Saluran 602) dan Tutor TV SPM (Saluran 603) yang bertujuan membantu para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir tahun ini.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, kedua-dua saluran tersebut akan mula disiarkan kepada semua pelanggan Astro dan sekolah-sekolah kerajaan bermula 10 Julai ini.
“Saluran ini merupakan saluran ulang kaji peperiksaan pertama di Malaysia yang khusus untuk para pelajar sekolah menengah.
“Kandungan kedua-dua saluran ini berpandukan sepenuhnya kepada sukatan pelajaran sekolah Malaysia dan akan memaparkan contoh dan panduan soalan peperiksaan serta nota pembelajaran bagi membantu penonton,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Menjelas lanjut, Tan berkata, Tutor TV PMR disasarkan untuk para pelajar tingkatan satu hingga tiga dengan memberikan tumpuan kepada subjek-subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

30 kanak-kanak, guru jadi tebusan

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com


 
ANGGOTA polis membawa keluar murid-murid tadika selepas berakhir
drama tebusan di Taman Sungai Abong Cemerlang, Muar semalam.
MUAR – Seramai 30 kanak-kanak dan empat guru di Pusat Jagaan Serikids, Taman Sungai Abong Cemerlang, Sungai Abong di sini berhadapan saat-saat cemas semalam apabila dijadikan tebusan oleh seorang penagih dadah selama hampir tujuh jam.
Lelaki berusia 30-an yang dipercayai kurang siuman itu bagaimanapun cedera parah ditembak polis dan meninggal dunia pada pukul 9.15 malam tadi ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu dikatakan menceroboh pusat jagaan berkenaan yang berupa banglo dua tingkat pada pukul 9.15 pagi melalui pintu belakang bangunan berkenaan.
Katanya, sebaik berjaya masuk, lelaki berkenaan yang bersenjatakan sebilah parang dan tukul besi mengarahkan guru dan kanak-kanak terbabit diam jika tidak mahu dicederakan.
“Suspek kemudiannya mengunci kesemua tiga pintu pusat jagaan berkenaan dengan mangga yang dibawanya sebelum mengarahkan semua mangsa naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam sebuah bilik,” katanya.
Jelasnya, polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 10 pagi.
“Polis cuba berunding dengan suspek mulai pukul 11 pagi hingga 3 petang dan ahli keluarganya iaitu bapa saudara, kakak dan adiknya turut datang memujuk suspek agar menyerah diri tetapi gagal,” katanya kepada pemberita.
Katanya, sepanjang rundingan, suspek mengemukakan beberapa permintaan yang tidak munasabah seperti sepucuk pistol dan peluru.
Jelasnya, polis mendapat petunjuk keadaan mangsa apabila seorang guru mencampak sekeping nota dari bilik berkenaan.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...