Jumaat, 8 Julai 2011

SMK Lutong juara ‘Stair Climber’ Pertandingan Robotik bahagian Miri

UTUSAN BORNEO
Posted on July 7, 2011, Thursday



PEMENANG: Rosnani (berdiri lima kanan) bergambar bersama sebahagian
pemenang Pertandingan Robotik Kebangsaan peringkat bahagian Miri.
MIRI:  Pasukan B6 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong telah muncul sebagai juara bagi kategori ‘Stair Climber’ dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan peringkat bahagian Miri yang diadakan di sini semalam.
Manakala naib johan dan tempat ketiga dalam kategori sama masing-masing dimenangi Sekolah Menengah Sains Miri (B12) dan SMK Merbau (B2).
Sementara bagi kategori ‘Guide Robot’, johan dimenangi oleh pasukan A2 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Lutong dan diikuti pasukan A1 dari Sekolah Kebangsaan (SK) St Columba selaku naib johan. Tempat ketiga pula jatuh kepada pasukan A3 juga dari SJKC Chung Hua Lutong.
Kemenangan itu sekali gus membolehkan mereka membawa pulang hadiah berupa medal, sijil penyertaan dan sijil kecemerlangan.
Sebanyak 24 pasukan yang mewakili tiga sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah di bandar raya ini telah mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang merupakan anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Sasbadi Sdn Bhd dan Pusat Sains Negara dengan kerjasama LEGO Education.
Sekolah-sekolah terlibat terdiri daripada SJKC Chung Hua Lutong, SJKC Chung Hua Miri, SK St. Columba, SMK Lutong, SM Sains, SMK Merbau, SMK Chung Hua Miri, SMK Baru, SMK Luak dan SMK St. Columba dengan setiap pasukan bertanding terdiri daripada tiga orang pelajar dan seorang mentor (guru).
Menurut pihak penganjur, pertandingan itu telah dibahagikan kepada empat kategori iaitu Stair Climber untuk menengah rendah, Robot Recycler (menengah atas), Guide Robot (sekolah rendah) dan Terbuka.
Pun begitu, tiada pemenang bagi kategori Robot Recycler dan Terbuka memandangkan hasil ciptaan peserta tidak mencapai standard yang digariskan pihak penganjur dan peserta hanya diberikan sijil penghargaan sebagai sokongan moral.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...