Jumaat, 8 Julai 2011

Orang ramai dijemput meriahkan Pesta Senadin 2011 Sabtu ini

UTUSAN BORNEO
Posted on July 7, 2011, Thursday
MIRI: Orang ramai adalah dijemput untuk sama-sama memeriahkan sambutan Pesta Senadin 2011 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Senadin yang akan diadakan pada 9 Julai (Sabtu) ini.
Pesta itu yang bermula seawal jam 7 pagi dan berakhir 1 petang akan diadakan bertempat di perkarangan sekolah itu.
Menurut pihak penganjur, objektif utama pesta itu diadakan adalah untuk mengutip dana bagi membiayai pelbagai aktiviti anjuran PIBG dan sekolah yang bertujuan untuk memantapkan serta menjayakan misi dan visi sekolah.
Di samping itu, ia juga diadakan bertujuan untuk memupuk kesefahaman serta kerjasama yang lebih erat di kalangan ibu bapa dan pihak sekolah.
Sebanyak 15 buah gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman termasuk aiskrim dan buah-buahan akan didirikan sepanjang pesta tersebut berlangsung.
Selain itu menurut penganjur, terdapat juga aktiviti lain yang menarik dan menjanjikan hadiah lumayan seperti pertandingan karaoke, melukis dan mewarna, pertandingan menyumpit, baling dan menang serta cabutan tiket bertuah untuk para pembeli kupon.
Dalam pada itu, majlis perasmian pesta tersebut nanti akan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau Jok.
Sehubungan itu, semua ibu bapa dan penduduk setempat adalah dijemput beramai-ramai untuk memeriahkan pesta tersebut nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...