Jumaat, 14 Oktober 2011

Sultan mahu MAIS, JAIS tegas pelihara akidah


MALAYSIA KINI
Zeanaaima Mohd Yusof
12:52PM Okt 11, 2011



Maka Sultan Selangor pun bertitah bahawasanya baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

Titah ini menjadi khulasah pada episod di mana kebijaksanaan dan iltizam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melaksanakan tanggungjawabnya memelihara keluhuran akidah umat di Selangor dipertikaikan.Malah ini juga menegur sikap sesetengah pihak yang mengambil sikap negatif dan apologetik dan meletakkan JAIS di kandang orang salah apabila memohon maaf kepada pihak yang yang tidak bersangkut paut dengan kegiatan rutin JAIS itu seolah-olah mereka hanya bertindak menurut seleranya belaka.Baginda sultan dengan tekun meneliti laporan berhubung itu isu sebelum bertitah. Selaras itu, baginda mahu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakanpemantauan rapi isu akidah ini dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak.Kepemimpinan dan jiwa kental mempertahankan maruah dan keluhuran akidah orang Islam Selangor amat terserlah apabila tanpa berselindung atau cuba bertitah secara samar baginda menegaskan bahawa tindakan JAIS menjalankan pemeriksaan ke atas majlis “Thanksgiving” di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ramadan lalu adalah betul.Sewajarnya baginda menyuntik semangat kepada peneraju dan kakitangan penguatkuasaan MAIS dan JAIS supaya usah bersikap “mengalah” atau apologetik ketika berhadapan dengan sebarangpercubaan untuk melunturkan akidah orang Islam dengan semangat Islam yang bening dan tulen.Hemah baginda sebagai ketua agama Islam di bumi Darul Ehsan ini sudah pasti bertunjangkan hakikat bahawa secara teknikalnya undang-undang negeri Selangor dan juga perlembagaan persekutuan sudah cukup untuk merangsang MAIS dan JAIS sentiasa bersiap siaga memelihara dan memekarkan aqidah penduduk Selangor.Baginda arif bahawa Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988 dipayungi oleh Fasal (1) dan (4) Perkara 11perlembagaan persekutuan tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut agama Islam.Apa yang indah dan melapangkan dada daripada titah ini ialah kebeningan firasat yang dijelmakan dalam titah baginda yang bersalut ciri dan jiwa seorang pemimpin Islam yang kental.Ini diimbangi hakikat bahawa penghayatan Islam di Selangor selama ini memang sentiasa diadun dengan semangat toleransi dan rasa hormat terhadap penganut agama lain. Namun bagi baginda toleransi dan hormat perlu ada sempadannya. Usahlah ada pihak yang cuba mengeruhkan akidah ummah dan lebih penting lagi janganlah pula ada pihak yang cuba menafsirkan sifat lunak pengurusan dan penghayatan Islam di Selangor ini sebagai satu kelemahan yang boleh dijadikan satu pertaruhan politik.Tiada kompromi dalam soal akidah. Akur atau kufur terhadap tuntutan dan ketetapan Allah adalah barometer iman bukan sahaja untuk individu, sesebuah masyarakat Islam malah ia adalahpenyuluh iltizam atau komitmen Islam seseorang pemimpin seperti baginda Sultan.Sebagai pemimpin, baginda begitu tenang dan sabar dalam menangani isu DUMC ini dan tidak terburu- buru menjatuhkan hukum bersandarksan pertimbangan peribadi sahaja. Ulama dirujuk dan fakta dinilai. Mungkin kali ini keterangan untuk membuktikan kegiatan yang mencabar akidah umat Islam tidak mencukupi. Namun baginda mahu MAIS dan JAIS sentiasa bertegas dalam tugas.Atas nama kesaksamaan, baginda berpuashati tidak ada ada pendakwaan dilakukan ke atas mana-mana pihak.Namun usahlah ada pihak yang masih cuba menyuntik keraguan terhadap kecekapan dan komitmen JAIS menjalankan tugas dengan cuba memberi gambaran yang prosedur atau tatakelola JAIS lemah.Seperti titah baginda JAIS perlu terus menjalankan usaha dakwah lebih kerap terhadap orang Islam supaya aqidah mereka diperkukuhkan lagi.Selaras dengan itu, baginda mahu supaya jangan ada mana-mana pihak cuba meneruskan aktiviti mengembangkan ajaran agama lain pada orang Islam. Justeru setiap pihak eksekutif yang terbabitdengan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang di negeri Selangor seharusnya bukan sahaja mengambil maklum titah baginda ini malah perlu membuktikan mereka faham inti firasat baginda sebagai ketua agama Islam Selangor ini.Kegiatan yang memudaratkan aqidah umat mesti dihentikan segera. Kawalan kegiatan ini mesti dilakukan sekuat tenaga dan tidak harus berpura bersikap berlapang dada walhal yang bersarang di benak ialah hanya untuk mengaut laba politik.Akidah umat tidak boleh dipertaruhkan.

Sultan Kedah dipilih Yang di-Pertuan Agong baru






Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.


Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan hari ini.- Bernama

Jangan panik, beras cukup


THE BORNEO POST

by Jessica Jawing, dan Reno Benjamin. Posted on October 14, 2011, Friday

Wan Ahmad Uzir


KUCHING: Kewujudan pembelian panik di kalangan pengguna boleh mengakibatkan kekurangan bekalan beras di pasaran.
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sarawak Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman sehubungan itu menyeru pengguna di negeri ini agar tidak terlalu panik dengan barangan itu.
“Bagaimanapun setakat ini kita tidak menerima sebarang aduan serius mengenai perkara berkenaan dan saya rasa di Sarawak kita masih berada dalam keadaan terkawal,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemantauan harga ayam di Pasar Komuniti Stutong di sini, sema- lam.
Beliau mengakui bencana banjir yang berlaku di Thailand, peng- eksport utama beras ke negara ini mungkin secara tidak langsung akan memberi kesan.
Jelasnya ia sama situasi seperti kenaikan harga bawang merah dari India pada hujung tahun lepas, yang mencecah RM25 per kilogram di-sebabkan banjir besar yang melanda negara berkenaan.
“Ia (kekurangan bekalan beras) tidak mustahil berlaku disebabkan harga pasaran, permintaan dan bekalan,” tegasnya.
Dengan itu Wan Ahmad berkata, pengguna hanya dinasihatkan agar bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk kenaikan harga beras sama seperti situasi yang berlaku pada bawang.
Justeru bagi memastikan kekura-ngan beras tidak berlaku, KPDNKK dalam usaha itu katanya akan men-jalin kerjasama dengan bahagian kawal selia PadiBeras Nasional Berhad (BERNAS).
KPDNKK katanya, akan melakukan pemantauan dan jika didapati berlaku kekurangan, akan memaklumkan perkara berkenaan kepada bahagian terbabit.
Sementara itu, Wan Ahmad turut mengingkatkan para peniaga agar tidak menaikkan harga beras sewenang-wenangnya bagi mengaut keuntungan berlebihan.
Menurutnya, peniaga yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” ujar- nya.
Beliau turut memberitahu, adalah menjadi satu kesalahan kepada peniaga yang enggan menjual atau menyorokkan bekalan beras, de-ngan tujuan untuk mengaut ke- untungan lebih.
Sementara itu, tinjauan di pasar raya di Sibu mendapati bekalan beras adalah normal dan mencu kupi bagi menampung keperluan orang ramai.

Wanita pulang kerja dirompak


The Borneo Post


KUCHING: Seorang wanita yang bekerja sebagai ejen insurans mengalami detik-detik mencemaskan selepas dirompak dan diikat ketika berseorangan di pejabatnya di Kota Samarahan semalam.
Ketika kejadian, mangsa yang berusia 26 tahun sedang bersiap sedia untuk pulang ke rumah apabila didatangi dua lelaki tidak dikenali yang tiba-tiba memasuki pejabatnya yang terletak di rumah kedai di Desa Ilmu, sekitar jam 5.20 petang.
Kedua-dua lelaki itu kemudian mengikat mangsa sebelum melarikan wang tunai sebanyak RM4,000 dan beberapa barang seperti dua telefon bimbit dan komputer riba.
Mangsa yang berjaya melepaskan ikatan selepas ditinggalkan perompak kemudian bergegas membuat laporan polis sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak.
Sementara itu, Ketua Balai Polis Samarahan DSP Abdul Rahman Ahmad mengesahkan menerima laporan dan siasatan berhubung rompakan sedang dilakukan.
Jumlah kerugian akibat rompakan pula dianggarkan lebih RM6,000.
Dalam kes berasingan, seorang penduduk kerugian RM11,000 selepas rumahnya di Jalan Arang dekat sini dipecah masuk pencuri awal pagi semalam.
Mangsa yang berusia 31 tahun memberitahu polis bahawa rumahnya dipecah masuk pencuri sekitar jam 8.30 pagi selepas dimaklumkan oleh jirannya menerusi panggilan telefon.
Hasil pemeriksaan, pencuri melarikan gelang berlian, perakam, dua kamera digital dan beberapa barang lain. Kes sedang disiasat.

Kata laluan laman web jadi wasiat



Sumber:MyMetro
KELLY...banyak simpan dokumen digital.


LONDON: Amalan menuntut pusaka dengan mendaftar masuk ke sistem komputer bakal menjadi amalan lazim apabila semakin banyak kata laluan Internet dimasukkan ke surat wasiat.
Hasil kajian itu diterbitkan ketika ramai pengguna menyimpan pelbagai barangan berharga, termasuk filem, video dan muzik, dalam dunia maya melalui pelbagai perkhidmatan seperti Hotmail, Facebook, iCloud dan Flikr.


Kajian menunjukkan, 25 peratus daripada 2,000 orang dewasa menyimpan harta mereka yang bernilai lebih �200 (RM986) di dalam talian.

Hampir satu pertiga menganggap, nilai itu memadai untuk diwariskan kepada orang tersayang dan 11 peratus pula sudah menuliskan kata laluan Internet dalam wasiat masing-masing.


Tanpa kata laluan dalam wasiat, semua harta berkenaan akan hilang.



Kajian itu - dilakukan syarikat komputer Rackspace - mendapati 53 peratus responden menyimpan “harta” dalam perkhidmatan Internet.

Rackspace menganggarkan warga Britain mengumpulkan kira-kira RM11.3 bilion wasiat digital setakat ini.


Jumlah itu diperoleh dengan mendarabkan 24 peratus daripada 11,568,000 populasi Britain berusia lebih 18 tahun dengan �200, iaitu nilai purata fail yang ada dalam talian.


Satu pertiga responden berkata, mereka menyimpan “gambar istimewa” dalam talian.


Seorang daripada 10 responden menyimpan video mereka dalam Internet, selain jumlah sama menggunakan perkhidmatan itu bagi menyimpan e-mel daripada orang disayangi.



Sementara itu, peguam berkata, amalan mewariskan kata laluan itu sebagai perubahan besar dalam penulisan wasiat.



Peguam, Matthew Strain, berkata timbul persoalan apa akan berlaku kepada pelbagai barang bernilai itu di masa depan.



“Pemilikan secara dalam talian - daripada gambar dan video digital - memiliki nilai wang dan emosi kepada pemiliknya.



“Orang ramai belum menghargai harta digital ini dan ia mungkin hilang apabila pemiliknya mati, malah mungkin menjadi bebanan,” katanya.



Tukang masak dari Hitchin, Hertfordshire Kelly Harmer, berkata aset digitalnya kini bernilai hampir RM50,000 dan ia dimasukkan ke wasiatnya.



“Saya menyimpan banyak kenangan berharga dalam talian, termasuk gambar digital.



“Biasanya saya tidak memiliki salinan cetak untuk gambar itu.



“Saya mahu pastikan - jika ada sesuatu berlaku ke atas saya - keluarga dan rakan boleh memiliki akses kepada harta digital itu,” katanya. - DM



Seramai 55,546 peminjam PTPTN pilih sistem Ujrah: Dr Hou






KUALA LUMPUR: Seramai 55,546 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memilih untuk menukar pinjaman pendidikan mereka kepada sistem pinjaman Islam atau Ujrah sehingga September lepas.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung berkata, berdasarkan rekod PTPTN, peminjam mengembalikan dokumen perjanjian mereka dalam tempoh tiga bulan selepas tawaran Ujrah diberi manakala seramai 130,267 peminjam masih dalam proses semakan.
“Pembiayaan pendidikan kaedah Ujrah yang menawarkan upah satu peratus setahun atas kadar rata berkuatkuasa 2008 adalah kaedah pembiayaan berlandaskan prinsip syariah bertujuan mengurangkan beban peminjam,” katanya ketika menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat, di sini, semalam.
Fong ingin mengetahui tujuan PTPTN menawar pembiayaan pendidikan kaedah Ujrah dan jumlah tunggakan oleh peminjam setakat kini.
Dr Hou berkata, jumlah tunggakan keseluruhan bayaran balik daripada peminjam ialah RM2.89 bilion sehingga 31 Ogos lepas.
Mengenai kelewatan maklum balas kaedah Ujrah itu, beliau berkata, proses pertukaran itu tidak boleh dilakukan secara ‘terus’ sebaliknya PTPTN perlu membuat semakan dan pengumpulan data secara manual dengan lebih teliti.
Semasa menjawab soalan Datuk Dr Tekhee@Tiki Lafe (BN-Mas Gading) berhubung jumlah graduan terkini Kolej Komuniti di seluruh negara, Dr Hou berkata, seramai 39,650 penuntut lulus daripada kolej itu sejak 2003 hingga 2010.
“Berdasarkan Sistem Kajian Pengesanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi 2010 ataupun ‘TRACER Study’, seramai 3,444 orang atau 52.8 peratus lulusan kolej telah bekerja dan 463 orang atau 7.1 peratus melanjutkan pengajian.
“Seramai 56 orang (0.9 peratus) meningkatkan kemahiran dan 184 orang atau 2.8 peratus menunggu penempatan pekerjaan,” katanya. — Bernama

Lihat ke atas lihat ke bawah


Portal Pendidikan Utusan




SEHEBAT-HEBAT Anda, ada orang yang lebih hebat daripada Anda. Sepandai-pandai Anda, sebenarnya ada orang lebih hebat daripada Anda.
Sebodoh-bodoh Anda, ada orang yang lebih bodoh daripada Anda. Sesusah-susah Anda, ada orang yang lagi susah daripada Anda, cuma Anda saja lum jumpa.
Pengajaran dari situasi ini adalah:
1. Bila kita tahu ada orang lebih hebat, lebih pandai daripada kita, dekatilah dia lalu pelajari sebanyak mungkin ilmu dari dirinya.
Mungkin dia mengajar dengan cara yang kasar, jadi Anda kena tahan hati serta bersabar. Mungkin juga dia akan mengajar dengan cara yang lembut, jadi anda kena berbesar hati dengan kelembutannya. Belajarlah supaya Anda jadi orang yang luas ilmu pengetahuan. Elak belajar semata-mata untuk bersaing atau untuk mengalahkan seseorang yang lain.
2. Sesusah-susah Anda, sebodoh-bodoh Anda (jika Anda merasa Anda kurang pandai), Ada orang yang lagi bodoh dan lagi susah dari Anda. 
Ubah kehidupan mulai saat ini juga. Setiap orang ada hak untuk merasai kejayaan. Rugilah kita kalo asyik berada dalam kesusahan dan kebodohan juga kekurangpandaian yang berkekalan. Ubahlah hidup kerana hanya kita saja yang boleh mengubah tahap hidup kita sendiri, bukan orang lain.
Jika Anda merasa hidup Anda susah, ada orang lain yang hidupnya lebih susah daripada Anda, cuma Anda belum jumpa. Jadi, bersyukurlah ngan hidup Anda yang sedia ada sekarang ni.
Untuk kita mencetus perubahan hidup, lihat ke atas kita. Lihat orang-orang yang berada di tahap atas iaitu orang-orang berjaya, bos-bos dan taiko-taiko besar. Lihatlah supaya kita ada semangat untuk menjadi seperti mereka lalu merasai cetusan inspirasi untuk kita mencapai tahap pencapaian mereka.
Untuk kita mencetus keinsafan supaya kita mensyukuri betapa OK nya hidup kita, lihat orang-orang yang berada di bawah kita iaitu orang-orang biasa yang hidupnya cari duit di waktu pagi, kasi habis duit diwaktu pagi tu juga. Kita kena bersyukur kerana kita tak menjadi seperti mereka. Kita perlu bersyukur, sebab sekurang-kurangnya kita tak lah sesusah mana seperti susahnya mereka.
Jangan terlalu bangga denagn kedudukan Anda sekarang, elak terlalu bangga dengan tahap pendapatan yang anda ada sekarang juga dengan kejayaan-kejayaan yang Anda dah capai. Capailah lebih banyak kejayaan, kemudian dalam masa yang sama, ajak orang lain untuk turut berjaya sama-sama Anda berusaha mencapai kejayan. Dalam perjalanan menuju kejayaan, selalulah lihat ke atas dan selalulah lihat ke bawah.
Tujuannya, supaya kita sedar siapa kita, apa gunanya kita.

Bukan senang jadi guru



Guru kerjanya sangat mudah. Datang pagi, tengah harinya sudah melenggang pulang.  Kerjanya separuh hari.  Cutinya setiap hujung minggu.  Cutinya panjang.  Guru wanita dapat pula tambahan cuti bersalin.  Gajinya, aduh lumayan sekali.  Itulah guru pada anggapan sesetengah masyarakat umum.  Sebenarnya, kerjaya sebagai seorang guru lebih daripada yang disangkakan.  Tambahan pula dengan hambatan budaya teknologi maklumat yang begitu pantasnya sekali. 

Kerjaya sebagai seorang guru bukannya senang.  Memang benar, semua orang boleh mengajar.  Contohnya, guru sandaran tidak terlatih.   Hari ini dilantik, esoknya terus mengajar di kelas tanpa mendapat apa-apa latihan.  Hanya penerangan ringkas oleh Guru Besar atau Pengetua sewaktu dia melapor diri di sekolah.   Itupun kalaunya berlaku sedemikian, kalau tidak pandai-pandailah sendiri bertanya daripada guru-guru lain.

Kerjaya mengajar ada seninya.  Namanya seni mengajar.  Guru yang ada  seni mengajar akan mampu memahamkan  anak ajarnya (selalu disebut anak didik) dengan mudah apa-apa sahaja yang diajarkannya.  Inilah yang tidak dapat dilakukan oleh kebanyakkan orang di luar lingkungan sekolah. 

Selalu kita dengar ungkapan, guru umpamanya lilin yang sanggup membakar diri bagi menerangi kegelapan orang lain.   Guru umpama obor atau kini lampu kalimantang yang menerangi alam kegelapan.  Tanpa guru, tidak mungkin lahirnya seorang doktor, peguam, polis, jurutera ataupun Perdana Menteri.  Setiap tahun semasa sambutan Hari Guru, sajak yang ditinggalkan Sasterawan Usman Awang sentiasa dilaungkan.

Untuk menjadi guru yang baik,  hubungan dan interaksinya bukan sekadar di bilik darjah.  Lebih daripada itu, guru mampu berinteraksi dengan ibu bapa, murid-murid, pemimpin setempat, ahli belia, dan anggota masyarakat.   Di samping itu, guru mesti sanggup menghambakan diri untuk memikul sebarang tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak sekolah.  Tiada ungkapan ‘tidak boleh’ atau ‘tidak sanggup’ dipaculkan dari mulut seorang guru, lebih-lebih lagi dari mulut seorang guru muda yang baru setahun jagung dalam dunia pendidikan.

Walau bagaimanapun, dalam kita sentiasa berjaga-jaga dan menjaga keluhuran dunia keguruan, tanpa kita sedari dunia keguruan telah melalui pelbagai rintangan sesuai dengan arus globalisasi dan kemodenan negara.   Guru-guru telah menjadi sasaran dan tohmahan serta sering dipersalahkan sekalipun dalam hal-hal yang kecil.  Banyak isu yang membabitkan guru di dedahkan di dada-dada akhbar walaupun isu yang boleh diselesaikan secara permuafakatan.

Guru-guru perlu sedar dan akur bahawa ilmu keguruan adalah ilmu sepanjang hayat.  Ilmu keguruan tidak statik.  Ilmunya tidak tamat apabila saja menerima segulung diploma atau ijazah dari Institut Perguruan atau universiti.  Maksudnya, seseorang guru hendaklah sentiasa berada di dalam suasana pembelajaran secara formal ataupun tidak formal.  Semakin lama seseorang itu berada dalam dunia keguruan, semakin matang dan bertambah fahamlah dia akan peranannya sebagai seorang guru.  Dengan kematangan dan kefahaman tugas yang jelas, segala isu yang timbul akan dapat diperbetulkan.   Masyarakat tidak lagi keliru dengan peranan guru dan boleh menerima seadanya.

Peranan guru bukan sahaja sebagai mengajar, tetapi pendidik.  Sebagai pengajar, guru menyampaikan segala ilmu yang berkaitan sukatan pelajaran.  Mereka mengajar untuk memastikan murid-murid lulus dalam peperiksaan.  Sebagai pendidik, peranannya bukan sekadar mengajar tetapi memastikan murid-murid mempunyai sahsiah peribadi dan tahap disiplin yang unggul.  Guru mahu melihat anak-anak didiknya bukan sahaja cemerlang akademiknya tetapi lebih dari itu cemerlang budi bahasa dan tingkah-laku. Walau bagaimanapun, guru jangan lupa untuk memperbetulkan dirinya terlebih dahulu. Jangan jadi seperti pepatah Melayu, ‘Ketam mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan dirinya berjalan mengiring’.

Untuk mencapai tahap disiplin yang unggul di kalangan murid,  guru-guru terpaksa melaksanakan pelbagai peraturan dan menghadapi pelbagai rintangan.  Adakalanya peraturan tersebut mendapat tentangan daripada ibu bapa dan masyarakat.   Sebagai seorang yang professional, guru perlu melaksanakan peranannya dengan berhemah.   Guru tidak cepat melatah apabila timbul sesuatu isu atau kontraversi.  Guru umpama span yang sentiasa menyerap air. Guru perlu banyak berdiplomasi dan mengelakkan hal-hal yang sensasi.   Akhirnya, guru akan kembali berada di tahap tinggi dan dihormati dalam masyarakat.- TAMAT-
Kiriman:
ABD MANAF BIN MAT,
Kuala Lipis, 
Pahang Darul Makmur.

Seludup, jual kereta mewah dari Brunei


by WILLIE JUDE JUNAIDI, wjudeub@gmail.com. Posted on October 14, 2011, Friday

DISELUDUP... Hamza (kiri sekali) memeriksa kenderaan-kenderaan mewah yang dipercayai diseludup dari Brunei untuk dijual di negeri ini.
Anggota polis antara lapan diberkas


KOTA KINABALU:  Seorang anggota polis antara lapan individu yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket menyeludup dan menjual kereta mewah dari Brunei ke negeri ini.
Anggota polis berusia 36 tahun itu dikatakan membantu seorang perancang utama sindiket dari Brunei yang berusia 54 tahun membawa masuk dan menjual kereta mewah dari negara itu dengan harga yang murah ke negeri ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata kesemua suspek yang berusia 26 hingga 54 tahun ditahan dalam beberapa serbuan pada bulan lalu.
“Suspek yang ditahan terdiri daripada tujuh warganegara Malaysia dan seorang warga Brunei.
“Polis turut merampas 38 buah kereta mewah bernilai RM4 juta yang dijual dengan harga murah seperti Mercedes Benz Kompressor dengan harga RM60,000, BMW (RM40,000) dan Toyota Vios (RM18,000),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini kelmarin.
Menurut Hamza, kes itu disiasat mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 10 tahun.
Dalam pada itu, beliau berkata polis menerima aduan daripada pihak berkuasa Brunei mengenai kegiatan sindiket berkenaan pada Julai lalu.
Beliau memberitahu berdasarkan siasatan, modus operandi sindiket itu ialah dengan menyewa kereta dari Brunei dan membawa masuk ke Sabah sebelum menukar nombor pendaftaran.
“Mereka juga didapati memalsukan cukai jalan kereta berkenaan sebelum menjualnya kepada pembeli di negeri ini,” katanya.
Sementara itu, kata Hamza, kebanyakan kenderaan berkenaan ditemui di Kota Kinabalu, Penampang dan Keningau.
Tambahnya, setakat ini polis telah mengenal pasti 18 pembeli kereta berkenaan yang terdiri daripada pelbagai golongan termasuk golongan profesional dan guru.
“Polis masih menyiasat berapa lama sindiket ini beroperasi dan menunggu maklumat daripada polis Brunei sekiranya terdapat lagi kereta yang dilaporkan hilang di negara itu,” ujarnya.

Beri peruntukan PLKN kepada sekolah


Muhammad Faizal
Harakah daily.net 



KUALA LUMPUR, 13 Okt: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mendesak agar kerajaan menghentikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilihat gagal membuahkan hasil positif kepada negara selain dapat mengurangkan defisit negara. 
Beliau semasa membahas Belanjawan 2012 di Parlimen hari ini berkata, sepatutnya kerajaan mengemaskan intitusi pendidikan dengan menerap balik subjek yang diajar di PLKN bukannya melaksanakan program tersebut.


"Peruntukan sebanyak RM5 bilion yang digunakan untuk PLKN sepatutnya diserap kepada sekolah-sekolah atau membina lebih banyak sekolah-sekolah teknikal dan serapkan juga pelajaran yang diajar ke sekolah dan dengan cara ini penjimatan dapat dilakukan.

"Bagi saya peruntukan yang besar dibelanjakan itu amat merugikan kerana kita tidak nampak hasil yang diperolehi, ia bukan satu angka yang kecil malah saya mendesak agar kerajaan menutup PLKN dengan secara tidak langsung defisit negara dapat dikurangkan," jelasnya.

Tambahnya lagi melalui perancangan yang terancang dilakukan pada awal persekolahan akan lebih baik dari apa yang dilakukan pada program PLKN itu.

"Jika program selama tiga bulan itu berjaya dilakukan dalam membaiki jati diri remaja sepatutnya ia diserap ke dalam alam persekolahan lebih awal lagi bukannya melalui PLKN dengan ini peruntukan yang besar itu boleh digunakan untuk manfaat bagi sektor lain juga selain menaikkan martabat persekolahan," katanya.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...