THE BORNEO POST
by Jessica Jawing, dan Reno Benjamin. Posted on October 14, 2011, Friday
Wan Ahmad Uzir |
KUCHING: Kewujudan pembelian panik di kalangan pengguna boleh mengakibatkan kekurangan bekalan beras di pasaran.
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sarawak Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman sehubungan itu menyeru pengguna di negeri ini agar tidak terlalu panik dengan barangan itu.
“Bagaimanapun setakat ini kita tidak menerima sebarang aduan serius mengenai perkara berkenaan dan saya rasa di Sarawak kita masih berada dalam keadaan terkawal,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemantauan harga ayam di Pasar Komuniti Stutong di sini, sema- lam.
Beliau mengakui bencana banjir yang berlaku di Thailand, peng- eksport utama beras ke negara ini mungkin secara tidak langsung akan memberi kesan.
Jelasnya ia sama situasi seperti kenaikan harga bawang merah dari India pada hujung tahun lepas, yang mencecah RM25 per kilogram di-sebabkan banjir besar yang melanda negara berkenaan.
“Ia (kekurangan bekalan beras) tidak mustahil berlaku disebabkan harga pasaran, permintaan dan bekalan,” tegasnya.
Dengan itu Wan Ahmad berkata, pengguna hanya dinasihatkan agar bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk kenaikan harga beras sama seperti situasi yang berlaku pada bawang.
Justeru bagi memastikan kekura-ngan beras tidak berlaku, KPDNKK dalam usaha itu katanya akan men-jalin kerjasama dengan bahagian kawal selia PadiBeras Nasional Berhad (BERNAS).
KPDNKK katanya, akan melakukan pemantauan dan jika didapati berlaku kekurangan, akan memaklumkan perkara berkenaan kepada bahagian terbabit.
Sementara itu, Wan Ahmad turut mengingkatkan para peniaga agar tidak menaikkan harga beras sewenang-wenangnya bagi mengaut keuntungan berlebihan.
Menurutnya, peniaga yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” ujar- nya.
Beliau turut memberitahu, adalah menjadi satu kesalahan kepada peniaga yang enggan menjual atau menyorokkan bekalan beras, de-ngan tujuan untuk mengaut ke- untungan lebih.
Sementara itu, tinjauan di pasar raya di Sibu mendapati bekalan beras adalah normal dan mencu kupi bagi menampung keperluan orang ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan