Jumaat, 18 Mac 2011

Ini Sebab Kenapa Kami Sarankan Anda Berhenti Mengomplen, Mengomel, Mengomen dan Mengkondem

Oleh:
iMotivasi












Jangan selalu kritik orang dan mengkondem orang.
Ketahuilah apa yang Anda buat, ada balasannya. Buat baik, pasti di balas baik.
Benda ni semua berlaku sebab kita di kelilingi tenaga. Tenaga yang Anda keluarkan, tenaga serupa itu jugalah yang akan Anda dapat sebagai balasan
Ia bertindak sebagai satu DOA dalam diam. Minda Anda menerbitkan tenaga dari Anda bangun sampailah Anda tidur. Tenaga itu bergerak bersimpang siur dalam bentuk gelombang.
Bila Anda bersangka baik,mengagumi dan menghargai, minda Anda akan menerbitkan tenaga positif. Tenaga tu keluar dari minda Anda lalu bergerak ke persekitaran Anda dalam bentuk gelombang.
Gelombang minda Anda akan ditangkap masuk oleh minda orang lain. Orang di sekeliling Anda turut menerbitkan gelombang tenaga dari minda masing-masing.
Bila gelombang minda mereka sudah terlepas ke persekitaran Anda, minda Anda akan menyerap masuk kesemua gelombang minda orang lain yang serupa dengan Anda punya.
Gelombang baik akan menarik gelombang baik, lantas dizahirkan pada perbuatan, direalisasikan dalam situasi kehidupan.
Untuk orang lain senang nak terima Anda serta menerima Anda seadanya sekarang, ubah sikap Anda terlebih dahulu.
Nak mengubah aspek luaran (suasana pergaulan Anda) Anda kena ubah dulu aspek dalaman (isi hati dan fikiran Anda). Tinggalkan sikap suka mengomen apa yang orang buat. Tiap kali nampak orang lain buat something, biarkan. Jangan memberi respon buruk, komplain apatah lagi mengomen buruk.
Berhenti mengomen dalam apa jua keadaan. Elak mengkondem, mengutuk kesilapan sesiapapun apatah lagi mentertawakan mereka sama ada secara terbuka atau dalam situasi bersifat privasi.
Sebab, sikap sebegini menerbitkan energi negatif.
Kesannya, Anda akan di kelilingi gelombang negatif kerana minda Anda menarik gelombang negatif yang terbit dari orang lain. Biasanya gelombang negatif ni berisi kebencian, iri hati, dengki, marah, geram, dendam.
Sebaliknya, appreciate and give thanks.
Lakukan ini selalu. Berilah respon baik, komen baik, hargai dan ucap terima kasih.
Gelombang minda Anda akan berubah jadi gelombang kegembiraan, yang mana ini akan menaikkan tahap emosi Anda menjadi positif, Anda pun akan berjumpa dengan orang-orang bersikap positif yang selalu saling bantu-membantu antara satu sama lain secara kebetulan. Positive mind attaracts another positive mind. A happy person attracts an another happy person.
Dalam istilah lebih tepat, ia dipanggil “uplifting energy” terutama emosi Anda kurang stabil.
Bila emosi Anda dah menaik, Anda akan rasa bersemangat dalam apa jua perkara yang Anda lakukan – sama ada menyiapkan kerja-kerja di rumah, di pejabat, di tempat kerja, ketika berjalan-jalan, ketika belajar, ketika memasak atau ketika mencuci kereta.
Anda akan rasainya serta merta. Dengan syarat Anda kena hargai dan berterima kasih sepenuh hati, bukan di lakonkan.
Pengharagaan dan rasa berterima kasih yang dilakonkan semata-mata untuk membuat diri Anda nampak berkasrima akan membangkitkan rasa ego.

Azam mendidik anak












Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?
Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.
Jadikan contoh
Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.
Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.
Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.
Mendisiplinkan anak
Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.
Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.
Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar.
Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.












Memahami anak
Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?
Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.
Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.
Pemakanan sihat
Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.
Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.
Aktiviti fizikal
Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.
Berkomunikasi secara efektif
Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.
Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.
Sentiasa bersedia
Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.
Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://pediatrics. about.com.

DIPETIK DARIPADA KOSMO ONLINE 19 MAC 2011

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...