Selasa, 19 Oktober 2010

Aktiviti Selepas PMR

Pelajar Tingkatan 3 SMK Selayang Bharu, mempunyai masa yang terluang selepas menduduki peperiksaan PMR. Oleh itu, satu program perlu dijalankan agar masa yang terluang itu dapat dimanfaatkan kepada perkara-perkara berfaedah khususnya untuk kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.

Guru-Guru Tingkatan 3 SMK Selayang Bharu
yang sentiasa memberi sokongan setiap
program yang dirancang

Objektif mewujudkan aktviti selepas peperiksaan PMR adalah untuk menarik minat pelajar ke sekolah walaupun selepas peperiksaan. Memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat dan kebolehan dalam bidang yang diminati. Memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang sukatan baru untuk semua subjek tahun 2011. Memberi peluang kepada pelajar untuk membuat persiapan lebih awal bagi menghadapi sesi akademik pada tahun 2011. Memberi pendedehan peluang kerjaya mereka dan menceriakan kawasan sekolah.




Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah:
A. Aktiviti SPBT (Pemulangan Buku Teks)
B. Pertandingan Permainan Luar-RIMUP
-Futsal
-Sepak Takraw
-Futsal(Perempuan)
-Bola Jaring
-Badminton (L/P)
C.Ceramah/Aktiviti Bidang
D.Pertandingan/Persembahan Kebudayaan
E.Aktiviti Pusat Sumber dan Permainan Dalam
F.Lawatan Sambil Belajar

Aktiviti yang dijalankan diharapkan dapat memberi faedah kepada semua pelajar. Aktiviti seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang agar pelajar dapat maklumat dan pengetahuan baru walaupun sedang menunggu keputusan peperiksaan PMR. Kerjasama serta komitmen daripada pentadbir, guru-guru dan pelajar-pelajar perlu bagi melancarkan perjalanan program yang telah dirancang.

SELAMAT MELAYARI BLOG WADAH PAJAK SONG(CIKGU RASUL)

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...