Selasa, 8 November 2011

Tolak Pemansuhan Undang-Undang Melarang Hubungan Sejenis



Pembaca yang dirahmati Allah SWT.



Marilah kita sama-sama membulat hati menyatakan pendirian untuk menolak sekeras-kerasnya pemansuhan undang-undang yang melarang hubungan sejenis.
Menurutnya, pemansuhan undang-undang ini belum sesuai untuk negara ini kerana ia bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran yang menjadi amalan rakyat Malaysia.
Menerusi satu jawatankuasa Parlimen yang ditubuhkan pada 2004-2005, didapati rata-rata rakyat Malaysia telah bersetuju untuk tidak membenarkan hubungan sejenis.
Meskipun ia dibenarkan di negara-negara barat namun bagi kita di Malaysia ia adalah bertentangan dengan nilai-nilai agama kita dan tidak boleh diterima di negara kita,

Saya turut tidak bersetuju dengan penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 di Semenanjung Malaysia yang dilihat sebagai bertentangan dengan nilai-nilai rakyat Malaysia. Meskipun negara-negara barat membenarkan perkara ini tetapi nilai agama Malaysia tidak boleh disamakan dengan barat.
Bimbang dengan perkara itu, ibu bapa turut diseru untuk menasihati anak-anak agar tidak menyokong program-program yang bertentangan dengan nilai-nilai agama negara kita.
Penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang  sepatutnya bermula 2 hingga 13 November namun tidak dapat diteruskan berikutan tentangan hebat daripada pelbagai pihak. Penganjuran program tersebut turut membabitkan bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga.


Penjawat awam mesti cukup



Sumber:
Utusan Borneo


by Sandy Mark Luna. Posted on November 8, 2011, Tuesday



UNTUK ANDA: Fadillah (dua, kanan) menyampaikan daging kepada salah seorang penerima semasa program ibadah korban di Surau Darul Ibadat, Kampung Astana Lot, Petra Jaya semalam.

Pengurangan kakitangan awam boleh jejas kualiti penyampaian: Fadillah


KUCHING: Pendekatan yang mahu diambil oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk mengurangkan kakitangan awam bagi mengurangkan perbelanjaan negara disifatkan sebagai tidak wajar kerana boleh menjejaskan kualiti penyampaian dalam sektor tersebut.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof berkata, parti tersebut sepatutnya menjalankan kajian secara terperinci sebelum mengemukakan sesuatu perkara.
“Bercakap memang senang. Kalau dikurangkan adakah ia baik kepada negara? Apa yang lebih penting ialah bagaimana untuk menambah baik perkhidmatan kerana mengurangkannya tidak semestinya akan menambah baik walaupun dari segi perbelanjaan, kita (perlu berbelanja) besar.
“Dalam kerajaan kalau nak mengadakan sesuatu program, kita buat secara menyeluruh, sebab itulah kita laksanakan program transformasi… jadi bagi saya, pendekatan (DAP) itu mungkin tidak tepat kerana mereka tidak menyelidik dulu perkara yang sepatutnya diketahui mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan program ibadah korban di Surau Darul Ibadat, Kampung Astana Lot, Petra Jaya, di sini semalam.
Laporan akhbar menyebut, sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum akan datang dan berjaya memegang tampuk pemerintahan, perkara pertama yang akan dilakukan mereka ialah mengurangkan bilangan kakitangan awam.
Setiausaha DAP Tony Pua Kiam Wee yang dipetik berkata, perkara itu merupakan langkah pertama yang akan dibuat pakatan pembangkang dalam usaha mengurangkan perbelanjaan negara.
Fadillah yang juga ketua Pemuda Barisan Nasional berkata, pendapat pelbagai pihak juga perlu diambil kira dalam melaksanakan sesuatu perkara.
“Komitmen BN adalah melihat kepada pendekatan rancangan transformasi yang dibuat secara terperinci dan mengambil pendapat pelbagai pihak seperti swasta, kakitangan awam dan masyarakat kita sepenuhnya,” katanya.
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, beliau menyeru semua pihak menghayati maksud pengorbanan yang mempunyai peranan besar dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini.
Katanya, hidup dalam masyarakat yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama seperti di Malaysia memerlukan banyak pengorbanan yang perlu dilakukan ketika menuju pembangunan.
“Dalam usaha membangunkan masyarakat dan negara, kerajaan terpaksa mengambil keputusan mengikut kepentingan negara dan situasi semasa rakyat,” katanya.
Selain mengagihkan 300 kilogram daging kepada keluarga yang memerlukan dan anak yatim, majlis turut menyaksikan Fadillah me-nyampaikan geran berjumlah RM30,000 untuk tujuan penambahbaikan surau itu.



Logos Hope bawa pengetahuan, bantuan dan harapan



Sumber:

Utusan Borneo

8.11.2011




KUCHING: UNTUK membawa pengetahuan, bantuan dan harapan kepada komuniti seluruh dunia itulah ungkapan bagi ‘pameran buku terapung’ kapal Logos Hope.


Program telah diperkenalkan sejak tahun 1970 dan telah melawati lebih 1,400 pelabuhan di 160 negara dan wilayah di seluruh dunia serta 42 juta pengunjung di atas kapal.
Bagi pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dan berasal dari Jerman itu, mereka tidak terkecuali untuk memberi peluang kepada rakyat Sarawak sama-sama menjadi sebahagian daripada pelawat mereka.
Di Sarawak, bagi kapal Logos Hope ia merupakan julung kalinya lawatan mereka pada 28 Oktober hingga
13 November ini. Namun kapal mereka sebelum ini iaitu Doulos pernah melakukan lawatan sebanyak 36 kali ke Malaysia termasuk Sarawak sejak 1990 hingga 2009.
Logos Hope yang berlabuh di Pelabuhan Sim Kheng Hong di Kuching telah melancarkan pameran terapungnya itu yang dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri James Masing.
Pameran yang beroperasi pada Isnin hingga Sabtu itu dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam sementara Ahad (1 petang hingga 10 malam) dengan bayaran tiket hanya RM1 untuk dewasa dan percuma kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
Selepas Bumi Kenyalang, Logos Hope akan memulakan pelayarannnya untuk memberi peluang kepada rakyat di negeri di Bawah Bayu, iaitu Sabah dari 18 November hingga 4 Disember 2011.





Anak-anak kapal dan kakitangan Logos Hope terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya dari seluruh dunia. Walaupun mereka berbeza, mereka cuba untuk memahami dan menghormati antara satu sama lain dan bekerja bersama-sama untuk berkhidmat kepada rakyat di pelabuhan kapal yang mereka singgahi.
Antara aktiviti yang diadakan di atas kapal termasuk seminar dan persidangan mengenai topik-topik pelbagai seperti perkahwinan, kesedaran mengenai AIDS atau penjagaan kesihatan asas, memberi dorongan baru bagi perubahan.
Bagi kakitangan dan anak kapalnya mereka yang terlibat telah menerima latihan seperti kaedah komunikasi, penyelesaian konflik dan masalah, kepimpinan, etika dan kemahiran hidup.


Antara lain Logos Hope turut menumpukan kepada ‘Membawa Harapan’ terutama berkaitan dengan kemiskinan. Kemiskinan adalah perangkap. Mereka yang terperangkap dalam genggaman menderita bukan sahaja dari segi kewangan yang tidak mencukupi tetapi mereka juga tidak mendapat pendidikan dan penjagaan kesihatan asas.
Bagi kapal GBA, mereka percaya dengan kehidupan berkualiti untuk semua, tanpa mengira latar belakang peribadi. Justeru komuniti kapal berkenaan telah menjalankan pelbagai projek bantuan di seluruh dunia untuk manusia sejagat termasuk di Papua New Guinea, Myanmar, Liberia, Afrika Barat, Sudan dan banyak lagi.


Kapal Logos Hope mungkin tidak dapat memulakan pelayarannya tanpa kaptennya. Untuk mengenali lebih dekat, Logos Hope diterajui Kapten Chris Hughes dari United Kingdom yang berpengalaman dalam pelayaran lebih 40 tahun sejak meninggalkan bangku sekolah pada usia 17 tahun.
Beliau memulakan kerjaya dalam bidang kapal komersial sebagai kadet dan kemudiannya menjadi master. Pembabitan pertamanya dengan kapal GBA pada pelayaran kapal Doulos sebagai ketua pegawai selama dua bulan pada 2006.
Sejak itu Chris berkhidmat selama dua bulan di kapal setiap tahun termasuk sebagai pegawai latihan untuk Logos Hope di Copenhagen di Denmark pada 2008.
Sebagai master Logos Hope, Chris bertanggungjawab terhadap pengurusan, keselamatan dan kawalan kapal untuk anak kapal dan penumpangnya selain memenuhi undang-undang maritim antarabangsa.
Seorang lagi individu penting bagi kejayaan Logos Hope ialah Pengarahnya Gian Walser. Beliau memulakan khidmatnya dengan organisasi itu bersama isteri, Eveline di kapal Doulos.
Sebelum itu Gian merupakan pengarah urusan bagi kapal Logos II, mengetuai pasukan projek di atas kapal melalui projek Logos Hope selama dua tahun dan bertanggungjawb bagi bahagian perhotelan dan katering di atas Logos Hope.




Ramai setuju umur persaraan dinaikkan ke 60 tahun




Kebanyakan pencari kerja di negara ini bersetuju dengan cadangan menaikkan umur persaraan, langkah yang mereka jangka akan mengurangkan bebanan simpanan berikutan peningkatan jangka hayat.


Dalam kaji selidik yang dijalankan oleh Jobstreet.com pada bulan lalu, 72 peratus daripada responden menyokong gesaan untuk menaikkan umur persaraan daripada 55 tahun, dengan kebanyakan mereka (34 peratus) menyatakan mereka memilih untuk bersara pada umur 60 tahun.

Sebanyak 15 peratus menyatakan mereka memilih untuk bersara pada usia 65 tahun, manakala 12 peratus berkata mereka lebih suka jika tiada umur maksimum ditetapkan bagi persaraan.

Sebanyak 84 peratus berkata, adalah perlu untuk menaikkan umur persaraan berikutan peningkatan jangka hayat akan memberikan bebanan lebih tinggi kepada simpanan, manakala 73 peratus berkata langkah itu akan memastikan pengekalan pekerja mahir, khususnya dalam profesion yang memerlukan banyak pengalaman.

Bagaimanapun, kaji selidik itu mendapati mereka yang menyokong langkah berkenaan turut bimbang pekerja yang dikekalkan mungkin menjadi kurang efektif akibat semakin berusia (46 peratus) dan juga isu kesihatan akan menghalang mereka daripada bekerja secara berkesan (46 peratus).


Menurut kenyataan itu, 28 peratus yang tidak bersetuju dengan langkah menaikkan umur persaraan ialah daripada kumpulan umur lebih muda, antara 18 dan 35 tahun berikutan kebimbangan mereka bahawa pekerja akan menjadi kurang efektif apabila usia meningkat.

Sebab kedua ialah tawaran kerja di pasaran semakin sedikit untuk graduan, katanya.

“Sesetengahnya, berpendapat pekerja berusia sepatutnya menikmati persaraan lebih awal daripada memanjangkan tempoh kerja mereka,” menurut Jobstreet.

Sementara itu, 64 peratus responden juga bersetuju skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dipinda selaras dengan umur persaraan yang baru, dengan majoritinya berharap diberikan pilihan untuk mengeluarkannya pada umur 55 tahun.

Ramai juga mencadangkan pengeluaran simpanan KWSP patut dikawal oleh skim fleksibel yang membenarkan pengeluaran sebahagian bagi mencegah pekerja daripada kehabisan dana pencen mereka.

- Bernama


Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...