Selasa, 8 November 2011

Penjawat awam mesti cukup



Sumber:
Utusan Borneo


by Sandy Mark Luna. Posted on November 8, 2011, Tuesday



UNTUK ANDA: Fadillah (dua, kanan) menyampaikan daging kepada salah seorang penerima semasa program ibadah korban di Surau Darul Ibadat, Kampung Astana Lot, Petra Jaya semalam.

Pengurangan kakitangan awam boleh jejas kualiti penyampaian: Fadillah


KUCHING: Pendekatan yang mahu diambil oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk mengurangkan kakitangan awam bagi mengurangkan perbelanjaan negara disifatkan sebagai tidak wajar kerana boleh menjejaskan kualiti penyampaian dalam sektor tersebut.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof berkata, parti tersebut sepatutnya menjalankan kajian secara terperinci sebelum mengemukakan sesuatu perkara.
“Bercakap memang senang. Kalau dikurangkan adakah ia baik kepada negara? Apa yang lebih penting ialah bagaimana untuk menambah baik perkhidmatan kerana mengurangkannya tidak semestinya akan menambah baik walaupun dari segi perbelanjaan, kita (perlu berbelanja) besar.
“Dalam kerajaan kalau nak mengadakan sesuatu program, kita buat secara menyeluruh, sebab itulah kita laksanakan program transformasi… jadi bagi saya, pendekatan (DAP) itu mungkin tidak tepat kerana mereka tidak menyelidik dulu perkara yang sepatutnya diketahui mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan program ibadah korban di Surau Darul Ibadat, Kampung Astana Lot, Petra Jaya, di sini semalam.
Laporan akhbar menyebut, sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum akan datang dan berjaya memegang tampuk pemerintahan, perkara pertama yang akan dilakukan mereka ialah mengurangkan bilangan kakitangan awam.
Setiausaha DAP Tony Pua Kiam Wee yang dipetik berkata, perkara itu merupakan langkah pertama yang akan dibuat pakatan pembangkang dalam usaha mengurangkan perbelanjaan negara.
Fadillah yang juga ketua Pemuda Barisan Nasional berkata, pendapat pelbagai pihak juga perlu diambil kira dalam melaksanakan sesuatu perkara.
“Komitmen BN adalah melihat kepada pendekatan rancangan transformasi yang dibuat secara terperinci dan mengambil pendapat pelbagai pihak seperti swasta, kakitangan awam dan masyarakat kita sepenuhnya,” katanya.
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, beliau menyeru semua pihak menghayati maksud pengorbanan yang mempunyai peranan besar dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini.
Katanya, hidup dalam masyarakat yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama seperti di Malaysia memerlukan banyak pengorbanan yang perlu dilakukan ketika menuju pembangunan.
“Dalam usaha membangunkan masyarakat dan negara, kerajaan terpaksa mengambil keputusan mengikut kepentingan negara dan situasi semasa rakyat,” katanya.
Selain mengagihkan 300 kilogram daging kepada keluarga yang memerlukan dan anak yatim, majlis turut menyaksikan Fadillah me-nyampaikan geran berjumlah RM30,000 untuk tujuan penambahbaikan surau itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...