Selasa, 11 Januari 2011

Nasib Si Anak Berusia 3 Tahun

Oleh
MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com

Apabila penulis membaca berita tentang kekejaman ibu tiri yang mendera anak tirinya sehingga mati di dalam akhbar Kosmo pada hari ini, ia menimbulkan berbagai-bagai rasa. Rasa marah kepada sipendera. Rasa sedih melihat mayat si anak kecil Nur Dania Qistina. Begitu sengsara seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang terpaksa menanggung derita didera dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya. Selepas bedah siasat, badannya mempunyai 73 kesan lebam. Walau siapapun penderanya, anak kecil punyai jeritan batinnya sendiri. Allah SWT sentiasa menyayanginya . Al-Fatihah...

12 Tanda Sekolah Cemerlang

MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com


 

















Sekolah adalah institusi awam yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program pendidikan negara berlandaskan dasar dan falsafah yang telah ditetapkan. Sekolah menjadi tempat pelbagai pihak menunjangkan harapan masing-masing. Ibu bapa mengharapkan agar sekolah memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak mereka sama ada daripada aspek rohani mahupun fizikal. Masyarakat mengharapkan agar sekolah melahirkan generasi yang penuh dengan ketrampilan dan berkeupayaan memelihara serta mengusahakan kemajuan yang berterusan. Manakala negara mengharapkan agar sekolah menghasilkan insan yang intelek, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan menyemarakkan kesejahteraan diri di samping memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran bangsa dan negara. Salah satu faktor yang membezakan antara sebuah sekolah dengan sebuah sekolah yang lain ialah kreativiti pengurusannya. Hakikat pentingnya faktor ini tersirat di dalam kriteria yang dijadikan asas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengiktiraf kecemerlangan sesebuah sekolah.

12 tanda sesebuah sekolah itu layak diiktiraf cemerlang

1.   Zero Defect dalam semua aspek.
2.   Pengekalan prestasi akademik yang cemerlang dalam kalangan murid sekurang-kurangnya tiga
      tahun berturut-turut.
3.   Pengekalan pembabitan dengan pencapaian yang cemerlang dalam kalangan murid di dalam aktiviti
      kokurikulum sekurang-kurangnya tiga tahun berturut-turut.
4.   Pelaksanaan P&P menggunakan kaedah yang kreatif dan inovatif dengan sokongan pengurusan yang
      kreatif dan inovatif juga.
5.   Pengekalan kebersihan dan keceriaan sekolah.
6.   Pembabitan aktif pihak sekolah di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
7.   Penambahan bilangan murid yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
8.   Penghayatan prinsip-prinsip budaya penyayang.
9.   Pengurusan kewangan sekolah yang efektif.
10. Peningkatan semangat kerja dan dedikasi dalam kalangan guru dan kakitangan pengurusan.
11. Peningkatan kepuasan bekerja dalam kalangan guru-guru, kakitangan sokongan dan pentadbiran.
12. Pewujudan kepemimpinan yang efektif dan berketrampilan.

Anak-Anak Berpotensi Cemerlang

Faridah Bt Mohamad Saad
Pensyarah
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Teknik
Kampus Pendidikan Teknik
Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Assalamualaikum WBT. dan Salam Sejahtera...
Setiap insan dilahirkan dengan berbekalkan sumber-sumber personal dan bakat semulajadi. Ia boleh digerak dan dijana untuk menyerlahkan potensi sebenar seseorang pelajar. Pelajar yang cemerlang sentiasa menunjukkan hasil manakala pelajar yang tidak cemerlang selalu memberi alasan. Walaupun hampir kesemua anak-anak mempunyai potensi untuk cemerlang, kebanyakan mereka hanya membesar untuk untuk menjadi manusia yang sederhana. Kenapa?
1.  Pada usia anak 1 hingga 17 tahun, setiap anak akan menerima sekitar 148 000 lebih teguran yang
     negatif. Ia memberi implikasi yang negatif terhadap sahsiah, kelakuan dan kebolehupayaan anak-anak.
2.  Sejak anak itu dilahirkan, mereka memiliki koleksi idea-idea. Melalui ulangan, identiti negatif akan
     melekat kuat pada jiwa anak-anak.
3.  Tanggapan dan pengharapan ibu bapa dan guru-guru akan menghasilkan apa yang ditanggap dan diharap.
     Oleh itu, ibu bapa dan guru-guru perlu membentuk tanggapan dan pengharapan yang positif dan
     cemerlang.
4.  Anak-anak memerlukan bimbingan bukan kritikan.
5.  Pendekatan dalam mendidik anak-anak agar menjadi cemerlang adalah 80 % kaedah belaian positif dan
     20 % kaedah belaian negatif. Malangnya kebanyakan kita kerap menggunakan kaedah belaian negatif
     yang mengekang dan membenamkan kehebatan anak-anak.

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...