Selasa, 11 Januari 2011

12 Tanda Sekolah Cemerlang

MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com


 

















Sekolah adalah institusi awam yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program pendidikan negara berlandaskan dasar dan falsafah yang telah ditetapkan. Sekolah menjadi tempat pelbagai pihak menunjangkan harapan masing-masing. Ibu bapa mengharapkan agar sekolah memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak mereka sama ada daripada aspek rohani mahupun fizikal. Masyarakat mengharapkan agar sekolah melahirkan generasi yang penuh dengan ketrampilan dan berkeupayaan memelihara serta mengusahakan kemajuan yang berterusan. Manakala negara mengharapkan agar sekolah menghasilkan insan yang intelek, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan menyemarakkan kesejahteraan diri di samping memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran bangsa dan negara. Salah satu faktor yang membezakan antara sebuah sekolah dengan sebuah sekolah yang lain ialah kreativiti pengurusannya. Hakikat pentingnya faktor ini tersirat di dalam kriteria yang dijadikan asas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengiktiraf kecemerlangan sesebuah sekolah.

12 tanda sesebuah sekolah itu layak diiktiraf cemerlang

1.   Zero Defect dalam semua aspek.
2.   Pengekalan prestasi akademik yang cemerlang dalam kalangan murid sekurang-kurangnya tiga
      tahun berturut-turut.
3.   Pengekalan pembabitan dengan pencapaian yang cemerlang dalam kalangan murid di dalam aktiviti
      kokurikulum sekurang-kurangnya tiga tahun berturut-turut.
4.   Pelaksanaan P&P menggunakan kaedah yang kreatif dan inovatif dengan sokongan pengurusan yang
      kreatif dan inovatif juga.
5.   Pengekalan kebersihan dan keceriaan sekolah.
6.   Pembabitan aktif pihak sekolah di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
7.   Penambahan bilangan murid yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
8.   Penghayatan prinsip-prinsip budaya penyayang.
9.   Pengurusan kewangan sekolah yang efektif.
10. Peningkatan semangat kerja dan dedikasi dalam kalangan guru dan kakitangan pengurusan.
11. Peningkatan kepuasan bekerja dalam kalangan guru-guru, kakitangan sokongan dan pentadbiran.
12. Pewujudan kepemimpinan yang efektif dan berketrampilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...