Rabu, 30 Mac 2011

TARIKH PEPERIKSAAN AWAM 2011

SPM (U) : 13 Jun 2011- 14 Jun 2011 (2 hari)
UPSR : 13 Sept 2011- 15 Sept 2011 (3 hari)
PMR : 4 Okt 2011-6 Okt 2011
10 Okt 2011-11 Okt 2011 (5 hari)
STAM : 12 Okt 2011-13 Okt 2011
17 Okt 2011-19 Okt 2011 (5 hari)
SPM : 14 Nov 2011-14 Dis 2011 (16 hari)
STPM : 21 Nov 2011- 15 Dis 2011

KPI sebagai kayu pengukur kecemerlangan pendidikan

Oleh:
MD RASUL BIN HARON

Falsafah Pendidikan Guru menekankan kriteria seorang guru haruslah berperkerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Setiap guru juga bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan prihatin terhadap kemajuan dan kelemahan setiap anak didik mereka supaya generasi pelapis akan mampu mengorak langkah kearah kecemerlangan diri, bangsa dan negara.

Warga pendidik harus menyedari bahawa selain bertanggungjawab mengajar dan mendidik, guru juga menggalas amanah yang berat kerana mereka turut berperanan menbentuk akhlak serta jati diri anak didik. Guru mempunyai kelebihan dari aspek pengetahuan ilmu psikologi kanak-kanak dan kepakaran pedagogi. Guru harus dan mesti boleh mengimplementasikan kaedah pendidikan yang tepat di mana strategi pengajaran dan pembelajaran yang beliau lakukan memperhatikan situasi, kondisi dan karakter seseorang, sehingga nilai-nilai murni dapat di tanam dan dijelmakan dengan baik dalam diri anak didik. Saya penuh yakin dengan kewibawaan para guru di Malaysia dalam mempersiapkan diri anak didik agar menjadi insan yang cekal dan berupaya mengharungi tuntutan dan perubahan arus globalisasi.

Matlamat dan dasar yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Kementerian Pelajaran menyediakan pendidikan yang dapat menyemai nilai-nilai ini bermula di peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi.

Bagi merealisasikan hasrat ini agen perubahan yang utama adalah guru dan institusi pendidikan.Guru harus memainkan peranan untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan. Peranan guru adalah memastikan generasi pewaris negara iaitu anak didik diberikan pendidikan yang tidak berbelah bagi. Aspirasi negara terhadap guru sebagai pembina negara bangsa menuntut komitmen yang tinggi daripada semua warga pendidik. Guru harus menggalas tugas berat menghasilkan seorang insan yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT, berkemahiran tinggi seperti berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai bahasa dan mempunyai sahsiah yang positif agar dapat menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga dan negara.

Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri menekankan kesejahteraan rakyat dan keberhasilan yang dapat dinikmati seperti yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia “Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Bagi mencapai kesejahteraan, warga pendidik harus menghayati dan berkongsi bersama falsafah dan objektif ‘collegiality’ yang membawa maksud “the cooperative relationship with colleagues” (keserakanan). Kita harus faham bahawa prinsip keserakanan yang positif boleh mempercepatkan proses pencapaian kecemerlangan secara bersama. Prinsip keserakanan harus wujud dalam diri setiap pendidik supaya aspirasi negara dapat diterjemahkan dalam satu kefahaman bersama.

Marilah kita membulatkan tekad dan menguatkan azam untuk sama-sama bekerja bagi memartabatkan organisasi pendidikan kita. Kita  melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah dengan semangat keserakanan bagi memartabatkan profesion keguruan dan meningkatkan kualiti pendidikan yang diberikan kepada rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia yang menekankan ideologi rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Penerapan konsep 1Malaysia harus dipupuk di peringkat sekolah kerana pembentukan sahsiah dan karakter remaja adalah ketika di alam persekolahan. Sama-samalah kita berdoa agar apa yang direncana akan terlaksana mengikut rangka kerja dan perancangan.

Penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 meliputi semua agensi kerajaan. Sistem pengukuran prestasi menggunakan KPI di sekolah adalah penting dan perlu dilaksanakan. Tuntutan terhadap sekolah dalam kecemerlangan akademik, kokurikulum, disiplin yang baik, amalan-amalan pengurusan, kepimpinan, kompetensi guru yang tinggi dan lain-lain memerlukan sekolah menggunakan strategi serta amalan yang berasaskan prestasi. Penggunaan KPI dan sasaran prestasi boleh digunakan dalam setiap aspek pengurusan sekolah di mana prestasi boleh diukur dari segi proses yang disampaikan dan output yang dihasilkan di sekolah. Sasaran prestasi perlu mengambil kira perkara-perkara seperti keupayaan proses yang meliputi aliran kerja, keperluan sumber manusia, kewangan, peralatan, infrastruktur yang sesuai serta kepuasan dan kehendak pelanggan.

Saya yakin sistem pengukuran KPI sebagai kayu pengukur kepada kecemerlangan perkhidmatan pendidikan akan dapat meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan untuk rakyat Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan kualiti sistem pendidikan negara kekal dan bertaraf dunia.


Isnin, 28 Mac 2011

Cara Mengendalikan Stress Dalam Kalangan Guru

Oleh:
Kulanz
K- Semua Jadi Satu
Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

1. Kenal pasti reaksi emosional

Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.

2. Komitmen sosial

Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

3. Kehidupan fizikal

Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah. Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress.

4. Intelek

Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.

35 Ciri Guru Yang Berkesan

Oleh:
MD RASUL BIN HARON
Sumber blog inspirasimozac

1.Penerangan yang diberikan kepada pelajar-pelajar adalah jelas dan terang.

2.Sebelum memulakan sesuatu pengajaran mereka akan membuat persediaan yang rapi.

3.Pengajaran yang diberikan kepada pelajar adalah sangat mudah difahami dan sangat mudah diikuti.

4.Apabila disoal oleh pelajar, jawapan yang diberikan adalah jelas dan tepat.

5.Di akhir pengajaran mereka akan merumus isi-isi penting secara terperinci.

6.Objektif pengajaran mereka adalah jelas dan dinyatakan kepada pelajar sebelum memulakan sesuatu pengajaran.

7.Mereka memberi penekanan kepada perkara-perkara penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

8.Perbincangan di dalam kelas merupakan suatu yang amat digalakkan.

9.Pelajar-pelajar digalakkan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama rakan-rakan sedarjah.

10.Pelajar-pelajar digalak memberi pandangan dan pendapat semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.

11.Mereka tahu sama ada pelajar-pelajar mereka memahami apa yang telah diajar.

12.Mereka sentiasa peka dan mengambil berat tentang kualiti pengajaran mereka.

13.Pelajar-pelajar dapat mengamalkan konsep-konsep yang telah diajar.

14.Mereka mengambil berat ke atas pelajar-pelajar tanpa pilih kasih.

15.Pelajar-pelajar adalah sebagai sahabat mereka.

16.Mereka akan berhubung dengan pelajar-pelajar secara individu.

17.Mereka mengenali pelajar-pelajar mereka dan akan menegur sapa apabila bertemu di luar sekolah.

18.Mereka mudah dihubungi oleh pelajar-pelajar pada bila-bila masa.

19.Pelajar-pelajar dihormati sebagai seorang individu.

20.Mereka adalah orang-orang yang dinamik dan bertenaga.

21.Cara pengajaran mereka adalah amat menarik dan tidak membosankan.

22.Mereka amat berminat dan seronok menjadi guru.

23.Mereka mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi.

24.Kepantasan dan intonasi percakapan mereka dipelbagaikan.

25.Mereka mempunyai sifat berjenaka ( sense or humour ).

26.Mereka mahir dalam mata pelajaran yang diajar.

27.Pengajaran mereka dikaitkan dengan alam semesta dan kehidupan harian.

28.Mereka mengambil berat tentang kemajuan dan peningkatan pembelajaran pelajar-pelajar.

29.Alat Pandang Dengan dan Alat Bantu Mengajar digunakan secara meluas di dalam setiap pengajaran mereka.

30.Masa yang diperuntukkan untuk sesuatu mata pelajaran itu digunakan secara optimum dan berkesan.

31.Mereka mampu mengawal kelas dengan baik.

32.Pujian kerap diberikan kepada pelajar-pelajar yang dapat menjawab dengan tepat.

33.Mereka memberi penjelasan mengapa jawapan yang diberi pelajar adalah tidak tepat.

34.Semua pelajar diberi peluang sama rata dalam pengajaran dan pembelajaran.

35.Mereka memberi tindakbalas serta merta kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh pelajar-pelajar.

Adakah ANDA mempunyai ciri-ciri yang tersebut di atas? Jika jawapannya YA, Syabas saya ucapkan. Teruskan perkhidmatan anda dengan lebih berjaya dan berkesan. Jika jawapannya, YA sebahagian sahaja, maka anda masih boleh menambahkan usaha ke arah menjadi guru yang berkesan. Jika jawapan anda TIDAK, AWAS! anda akan merosakkan insan-insan kerdil yang anda didik. Berusahalah ke arah keberkesanan pengajaran anda sebelum lebih ramai insan-insan kerdil menjadi mangsa kedaifan anda. INGAT! anak anda mungkin akan diajar oleh guru seperti anda. Selamat berusaha.

Top 5 Things to Consider Before Becoming a Teacher

By:
 
 

FARIDAH BT MOHAMAD SAAD
Pensyarah
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
noniemsaad@yahoo.com
Teaching is truly a noble profession. It is also a very time consuming one, requiring a commitment on your part. Teaching can be very demanding but can also be extremely rewarding. Here are 5 things you should consider before taking up teaching as your chosen career.
1. Time Commitment In order to be an effective teacher, you need to realize that the time you are at work - those 7 1/2 to 8 hours - really must be spent with the kids. This means that creating lesson plans and grading assignments will probably take place on “your own time.” Further, to truly relate to your students you will probably be involved in their activities - attending sporting activities and school plays, sponsoring a club or a class, or going on trips with your students for various reasons.
2. Pay People often make a big deal about teacher pay. It is true that teachers do not make as much money as many other professionals, especially over time. However, each state and district can vary widely on teacher pay. Further, when you look at how much you are being paid, make sure to think of it in terms of the number of months worked.
3. Respect or Lack Thereof Teaching is an odd profession, both revered and pitied at the same time. You will probably find that when you tell others you are a teacher they will in fact offer you their condolences. They might even say they couldn’t do your job. However, don’t be surprised if they then go on to tell you a horror story about their own teachers or their child’s education. It is an odd situation and you should face it with your eyes wide open.
4. Community Expectations Everyone has an opinion of what a teacher should be doing. As a teacher you will have a lot of people pulling you in different directions. The modern teacher wears many hats. They act as educator, coach, activity sponsor, nurse, career advisor, parent, friend, and innovator. Realize that in any one class, you will have students of varying levels and abilities and you will be judged on how well you can reach each student by individualizing their education. This is the challenge of education but at the same time can make it a truly rewarding experience.
5. Emotional Commitment Teaching is not a desk job. It requires you to “put yourself out there” and be on each day. Great teachers emotionally commit to their subject matter and their students. Realize that students seem to feel a sense of “ownership” over their teachers. They assume that you are their for them. They assume that your life revolves around them. It is not uncommon for a student to be surprised to see you behaving normally in everyday society. Further, depending on the size of the town where you will be teaching, you need to understand that you will be running into your students pretty much everywhere you go. Thus, expect somewhat of a lack of anonymity in the community.

Tok Janggut...bukan penderhaka

Sumber Artikel:
Laman Motivasi Guru
affandimotivator
















Sewaktu Inggeris menyebarkan fitnah mengatakan bahawa Tok Janggut telah menderhaka kepada Ke bawah Duli Sultan Kelantan suatu waktu dahulu, Tok Janggut dengan beraninya menjawab,

"Patik bukan penderhaka, Tuanku, tiada sekelumitpun di hati patik niat untuk menderhaka kepada Tuanku, apatah lagi melanggar titah perintah Tuanku. Tapi Inggeris sudah melampau, Inggeris telah menabur fitnah, Inggerislah yang menjadi dalang, merekalah yang sepatutnya dihukum. Mereka mereka-reka cerita dan mengatakan patik membunuh. Patik hanya mempertahankan nyawa patik Tuanku. Patik mempertahankan hak dan maruah patik. Salahkah patik apabila melawan Inggeris semata-mata mempertahankan agama Islam dan orang Melayu??Salahkah Patik Tuanku?? Patik tidak rela mereka menghina agama Islam dan menghina bangsa Melayu. Bahkan mereka telah menghina Tuanku sebagai Sultan di negeri ini. Mengapa patik pula yang dianggap penderhaka??

Patik hanya rakyat biasa yang tak sanggup melihat orang putih meludah dan menghina Islam, mereka menghina Tuanku di belakang Tuanku. Tetapi mereka berpura-pura baik dan taat di hadapan Tuanku. Mereka mengadu-domba rakyat sehingga kita semua berada di dalam kacau-bilau. Mereka memfitnah patik dengan menyatakan patik ingkar perintah Tuanku. Mereka memfitnah dengan menyatakan bahawa patik gila kuasa dan mengajak rakyat pasir puteh mengamuk. Tidak Tuanku, rakyat Tuanku tidak akan mengamuk tanpa usul periksa. Rakyat Tuanku taat kepada Tuanku. Mereka keluar kerana benci kepada Inggeris. Berani sanggup mati mempertahankan pasir puteh dan agama Islam. Alangkah tidak munasabahnya fitnah mereka itu. Mereka telah mengaburi mata Tuanku. Mereka menyebar surat siaran di seluruh kota bharu mengatakan patik penderhaka. Sehingga ramai yang menyangka patik ingin mengambil kuasa Tuanku. Siapakah patik untuk bertindak begitu. Patik cukup sedih apabila Tuanku mengisytiharkan patik seorang penderhaka.

Jika Tuanku ingin patik menyerah, patik akan menyerah. Hukumlah patik. Jika itu yang akan memuaskan hati Tuanku. Tetapi jika Inggeris yang meminta patik menyerah..patik tidak akan menyerah...biar hancur badan patik ditembusi peluru bedil Inggeris, patik tidak akan menyerah Tuanku. Patik dan orang-orang pasir puteh akan menentang Inggeris. Kami akan berjuang menyelamatkan bumi pasir puteh dari dijajah oleh Inggeris. Biar patik seorang, patik gempur juga.

Ampun Tuanku, patik hamba yang hina, taat setia hanya kepada Tuanku. Agama Islam patik junjung di atas batu jemala patik. Allah hu Akbar.

catatan : Tok Janggut syahid mempertahankan Pasir Puteh.
AL FATIHAH

Ahad, 27 Mac 2011

Amalan Senyuman Dalam Penyampaian Perkhidmatan

Dalam Pekat Malam

Oleh:

Khaty Kate
Grup SeruPuisi














Dalam pekat malam...
Ada bintang-bintang...ada sinar bulan...
Ada satu senyum..terang dalam terang...
Ada resah hati...hilang dalam ada...
Ada titis air...sungai dalam jiwa...
Ada jasad-jasad...rupa tak bernama...
Ada cuma aku...sendiri dalam jemu....
Tafsir mimpi ini...kitab tak bertajuk....
Gelas-gelas itu...retak dalam tenung....
Baru aku tahu...kamu bukan kaca...!

Nukilan Rasa Abdul Rahim Abdullah

Oleh:


Abdul Rahim Abdullah
Grup SeruPuisi














Dari bicara matanya
ada sengsara yang menyiksa jiwa
saksi peristiwa ledakan perang
di bumi Afghan
yang tidak pernah menjanjikan kemenangan

dari bicara resah dan geram dimatamu
menukilkan ledakan dijiwa sekuat dentuman peluru meriam
bagai mahu saja menyerang ke medan perang
yang pasti menjanjikan syahid sebagai pejuang
menentang petualang dari genggaman

dari tusukan matamu
terukir bicara hati seorang wanita
yang mahukan kedamaian
namun yang tersayang
yang pergi berjuang menentang
masih belum pulang

Sabtu, 26 Mac 2011

Guru rayu kembalikan elaun pertukaran










































































Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Semporna, Sabah, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 22 Mac 2011 – Guru rayu kembalikan elaun pertukaran.
Elaun tuntutan perpindahan dan pertukaran merupakan satu kemudahan yang telah diberikan kepada semua pegawai awam di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995. Berdasarkan kepada aduan ini didapati bahawa, pengadu bercadang untuk memohon pertukaran dari Sabah ke Semenanjung bagi mendapatkan rawatan kesihatan anaknya yang memerlukan rawatan berterusan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, pengadu dimaklumkan tiada peruntukan disediakan bagi elaun pertukaran sesi Jun 2011.
Secara dasarnya, seseorang pegawai awam yang memohon pertukaran/perpindahan atas permohonan sendiri boleh merujuk kepada surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), ruj: JPA(S)63/163/(30) bertarikh 23 Ogos 1994, Tatacara Menimbangkan Permohonan Bayaran Perpindahan dan Pertukaran Bagi Kes-Kes Pertukaran Atas Permohonan Sendiri. Bagi kes pegawai yang memohon pertukaran atas sebab kesihatan pegawai atau ahli keluarga (anak dan isteri/suami) bagi membolehkan mereka mendapat rawatan dan jagaan rapi di stesen berkenaan adalah layak untuk dipertimbangkan untuk mendapat elaun pertukaran. Permohonan seperti ini hendaklah disokong dengan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan.
Selain itu, surat Arahan Pegawai Pengawal, KPM bertarikh 6 Januari 2011 telah menetapkan bahawa, “pertukaran/perpindahan atas permohonan sendiri hanya boleh diluluskan dan dibayar tertakluk kepada kedudukan peruntukan yang mencukupi ketika permohonan dikemukakan serta memenuhi syarat-syarat berikut:- (a) pemohon telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun di stesen terakhir sebelum bertukar; atau (b) pemohon telah berkhidmat selama tiga (3) tahun di kawasan pedalaman dan menerima sama ada Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK).


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



Fikiran Negatif Ada Power Tersendiri Sehebat Gelombang Tsunami

Oleh:
iMotivasi

















Fikiran negatif punya power tersendiri. Pasti Anda pernah terdengar sebuah buku bertajuk The Power Of Positive Thinking. Buku ini menerangkan tentang kesan amalan berfikiran positif dalam kehidupan – kerjaya, kekeluargaan, perniagaan, perhubungan, tabiat dan mindset.
Anda perlu sedar, setiap perkara yang ada di dunia ini ada lawannya. Positif lawannya negatif. Ada sebuah buku ditulis dengan tajuk Power Of Negatif Thinking, tugasnya menerangkan tentang kesan pemikiran negatif dalam kehidupan. Fikiran negatif juga ada powernya.
Nak jadi cemerlang, seboleh mungkin elakkan berfikiran negatif. Fikiran negatif kerjanya memusnahkan, fikiran positif kerjanya membina. Membina sesuatu agak lama, sedangkan memusnahkannya sekelip mata saja.
Lihat bencana Tsunami. Datangnya sekali dalam puluhan tahun, namun impaknya besar sekali.
Tsunami memusnahkan kota yang dibina bertahun-tahun lamanya. Fikiran negatif jika ada pada Anda, ia akan menjadi pemusnah sehebat Tsunami, memusnahkan harapan Anda dan menguburkan impian Anda yang Anda sudah bina bertahun-tahun.
Amat bahaya jika Anda berfikiran negatif. Anda susah nak maju, susah nak bergaul, susah nak cemerlang dalam apa jua yang Anda lakukan. Fikiran negatif ada pada setiap orang kerana setiap orang ada ketidaksukaan pada seseorang yang lain. Setiap orang ada kebencian dan kebusukhatian masing-masing, cuma dalam kuantiti berbeza.
Orang yang benar-benar berfikiran positif adalah orang yang tidak ada hasad dengki, tidak ada benci hatta sakit hati sedikitpun. Orang sebegini tidak pandai marah dan mukanya lembut saja. Dia mungkin lurus bendul tapi ketahuilah hatinya sangat bersih. Ada lagi ke orang sebegini?
Andalah penentu hidup Anda.
Semuanya bermula dari fikiran. Ketenangan hidup, kebahagiaan dan kejayaan, semuanya bermula di minda di pandu oleh ilham dari Yang Maha Esa. Minda bertindak ibarat sebuah doa. Apa yang kita doakan selalu, itulah yang akan kita dapat sama ada cepat atau lambat saja.

Jumaat, 25 Mac 2011

meneruskan kembara

Oleh:

Norlilah Ismail
Grup SeruPuisi














ku gali serpihan rasa
ku selongkar sisa sisa daya

ku kutip
dan himpun segala
dan ku ikat erat
agar tidak terlepas

maka kaki ku hayun
meneruskan kembara
menampal segala luka....

Rabu, 23 Mac 2011

Pentingnya Kerja Berpasukan Dalam Kalangan Guru







Oleh:

MD RASUL HARON
mrasulharon@yahoo.com












Selaras dengan komitmen dan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan negara ini sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (Centre for academic excellence) di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21, kecemerlangan” world class education”imej dan kualiti pendidikan Negara ini perlu dipertingkatkan ke taraf dunia . Menerusi Rancangan Malaysia yang ke 9, sebanyak RM 45.1 billion telah diperuntukkan oleh pihak kerajaan dalam usaha membangunkan modal insan yang holistik, sentiasa positif , sanggup bekerja di luar kebiasaan dan bekerja berpasukan dalam usaha meningkatkan kemampuan organisasi ke arah kecemerlangan.

Anugerah Sekolah Cemerlang yang baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2007 dan terkini Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)bagi menggantikan Anugerah Sekolah Harapan Negara merupakan satu pengiktirafan dalam usaha memantapkan kerja berpasukan. Kejayaan sesebuah organisasi mencerminkan kemampuan warga kerjanya bekerja bersama-sama bagi menjayakan visi dan misi sekolah. Peranan sekolah sebagai institusi pembelajaran menjadi wadah dalam melahirkan modal insan bukan sahaja di kalangan murid malahan guru-guru yang sentiasa sanggup menggembeleng tenaga untuk berada di tahap profesional yang tinggi.
Kerja berpasukan akan mendidik warga sekolah kepada keseronokan , kekuatan dan keistimewaan kerja berpasukan. Interaksi antara anggota akan lebih berkesan. Sejak awal lagi manusia membentuk kumpulan, di mana kumpulan menjadi asas kehidupan manusia, perlindungan, kerajaan, rekreasi dan pekerjaan. Sikap kumpulan adalah terdiri dari yang tidak bersefahaman sehinggalah yang telah mencapai kejayaan, tetapi adalah jelas bahawa kumpulan yang telah mencapai kejayaan berfungsi sebagai satu unit yang produktif yang dikenali sebagai kerja berpasukan. Sehubungan itu, amalan kerja berpasukan wujud bagi memudahkan urusan kerja atau tugasan yang dijalankan bagi mencapai matlamat organisasi. Amalan kerja berpasukan akan dapat meningkatkan potensi, kebolehan serta kemahiran guru dan akhirnya menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Justeru itu satu kajian perlu dilakukan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan tahap kerja berpasukan guru di sekolah.

Motivasi Kejayaan-dahulukan gabungan ilmu dan minda, bukan gabungan ghairah dan nafsu serakah

Oleh:
iMotivasi








Ada orang rajin, tapi hasilnya tak seberapa.
Ada orang kurang rajin, tapi dia dapat hasil banyak.
Mengapa terjadi begitu?
Inilah yang saya panggil sebagai ‘work hard in smart way‘ – bekerja secara pintar. Maksudnya, rajin berusaha menggunakan cara yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya rajin berusaha menggunakan puluhan cara tapi kurang mendapat hasil.
Dalam apa jua yang Anda lakukan, apabila dilakukannya dengan ilmu dipacu oleh peranan minda, pasti hasilnya memuaskan hati Anda. Apabila Anda melakukan sesuatu dengan emosi ghairah dipacu oleh peranan nafsu serakah, hasilnya pasti kurang memuaskan hati Anda.
Anda akan jadi marah. Contoh? Skim cepat kaya ataupun keinginan mahu cepat kaya dan berjaya dalam masa singkat.
Apa jua yang Anda ingin lakukan, apa jua yang Anda ingin capai dalam hidup, lakukannya dengan ilmu. Kaji dulu.
Kemudian letakkannya sebagai satu matlamat di minda. Imaginasikan matlamat tu selalu supaya minda anda memberikan respon pada keinginan Anda lalu Anda menggunakan idea-idea tu untuk merangka strategi bagi mencapai matlamat yang Anda dah set tadi. Inilah cara yang digunakan oleh orang-orang pintar dan orang-orang berjaya.
Untuk Anda menjadi orang berjaya, dahulukan gabungan ilmu dan minda, bukan mendahuluka gabungan ghairah dan nafsu serakah.

Niat Terbaik Dalam Mengejar Kejayaan

Oleh:
iMotivasi












Niat menjadi pendorong terbesar buat Anda dalam apa jua yang Anda lakukan. Sebagai contoh,kenapa Anda bersembahyang? Sebab Anda niatkan untuk Allah, untuk mengikuti perintahnya. Anda bersembahyang kerana Anda disuruh bersembahyang.
Soalan seterusnya, kenapa Anda mahu berjaya? Haaa.. biasanya, bila Anda menjawap soalan ni, Anda akan terdiam seketika. Bingung. Keliru. Tak tahu. Tak pasti kenapa nak memburu kejayaan.
Ada banyak sebab kenapa Anda mahu berjaya. Sebab paling kerap, Anda mahu senang. Anda mahu memiliki semua apa yang Anda mahu beli, Anda mahu pergi tempat yang Anda teringin nak pergi, Anda mahu luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang Anda minati.
Niatkan kecemerlangan Anda untuk orang sekeliling. Jadilah seorang yang mahu berbakti sebab bila Anda memasang niat sebegitu, motivasi Anda akan kekal lama. Dedikasikan tenaga Anda untuk membantu memperbaiki diri orang lain kerana Anda akan merasa amat termotivasi.
Sebagai contoh, sayangilah seseorang kerana mahu membahagiakan dirinya. Jadilah seorang pelajar cemerlang dengan niat kecemerlangan itu untuk membahagiakan hati ibu dan bapa Anda.
Jadilah seorang pekerja cemerlang supaya organisasi Anda bergerak maju ke depan hasil usaha keras Anda. Jadilah seorang bos yang membentuk pekerja-pekerjanya jadi pekerja berjaya, bukan hanya tahu memarahi kesalahan mereka.
Anda akan berjaya mengecapi kejayaan apabila Anda dedikasikan diri Anda untuk membentuk kejayaan orang lain.
Sebaik-baik niat untuk jadi orang berjaya adalah niat untuk membantu menggerakkan insan lain memajukan hidup mereka. Orang tak akan maju jika mereka tidak ada contoh ikutan untuk mereka memajukan diri.
Jadilah penginspirasi, bukan pengkonspirasi.
Jadilah seorang penyumbang, elakkan asyik mempersoal hak, darjat, pangkat dan maruah.

Bagaimana Membina Keluhan Positif

Oleh:
iMotivasi














Biasanya sikap suka mengeluh dikaitkan dengan sikap negatif. Namun apa jua yang negatif, boleh ditukar menjadi positif. Bila ada yang positf, barulah ada motivasi.
Positif sifatnya membina, negatif sifatnya memusnah.
Keluhan boleh ditukar menjadi keluhan positif. Hal ini baik untuk memperbaiki diri Anda dalam pelajaran, kerjaya, kekeluargaan, perniagaan,gunanya untuk membina jati diri lebih baik.
Bagaimana untuk mewujudkan keluhan positif?
Ia terjadi apabila Anda terbuat satu kesilapan. Jangan mengeluh, sebaliknya belajar dari kesilapan. Terima kesilapan itu, fahami apa yang tak betul, kemudian buat balik dengan betul. Anda mengeluh sebab Anda buat tak berapa bagus.
Beranikan diri untuk gagal, beranikan diri buat kesilapan sebab kesilapan dan kegagalan adalah guru terbaik bagi seseorang yang mahu berjaya.
Keluhan positif wujud apabila Anda merasa diri Anda tidak berasa bagus, kemudian timbul keinginan untuk buat dengan lebih bagus di lain kali.
Keluhan positif tidak perlu di lepaskan dengan mengeluarkan nafas beserta keluhan berat seperti mana Anda mengeluh tatkala ditimpa masalah atau ditimpa kesusahan. Keluhan positif cukuplah sekadar dengan mengetahui kesilapan, terima kesilapan sebab Anda buat tak berapa bagus selepas itu pasang tekad mahu buat yang terbagus di lain kali.
Anda sentiasa ada peluang membaiki diri, bezanya sama Anda nak dan tak nak saja.
Seorang juara kekal menjadi juara sebab dia belajar dari kesilapan, dialah yang paling banyak menemui kesilapan. Pernah tak Anda terfikir kenapa atlit terus menerus berlatih? Sebab mereka beranikan diri buat kesilapan supaya mereka tahu kelemahan mereka. Bila sudah tahu kelemahan, mereka akan memperbaiki kelemahan itu.
Aset utama juara adalah pengetahuannya.
Dia tahu apa yang salah dan apa yang betul. Dia tahu lebih banyak dari orang lain. Sebab itulah dia kekal jadi juara.
Perbaikilah diri Anda dari sehari ke sehari. Bila bangun pagi dan sebelum tidur, pasang niat di dalam hati Anda mahu perbaiki diri Anda pada keesokan hari.
Berkaitan:

Ahad, 20 Mac 2011

cikgu..jangan cepat marah kami!!



\Norlilah Ismail
Penolong Kanan HEM SMK Selayang
Bharu/ Grup SeruPuisi
















Sudah menjadi lumrah..cikgu marah pada murid murid yang bermasalah dalam kelas...ada murid yang asyik tidur dalam kelas, ada murid yang  tak siapkan kerja yang diberi,.ada murid yang asyik bercakap semasa cikgu mengajar, dan ada yang semacam berada dalam dunia mereka sendiri!! Ada juga murid yang mudah berang bila ditegur, mencarut dan mudah sahaja mulut mengeluarkan kata kata kesat pada rakan sekelas...juga ugutan walaupun di depan cikgu.

Berbagai ragam dan karenah murid yang perlu ditangani cikgu dalam tempoh 40 minit P & P..mana nak mengajar, mana nak pungut kembali borang atau respons ibu bapa, mana nak pungut yuran atau bayaran...dan macam macam lagi. Bukan itu sahaja, cikgu juga kena buat laporan, TOV, ETR.pelan strategik ...demi murid murid nya..selain dari tanggungjawab demi mencari rezeki,.sebagai periuk nasi untuk ahli keluarga cikgu...lantas cikgu perlu dan  kena sabar, kena tahan hati, kena telan semuanya.....

Dan dalam hati setiap murid samada dari  kelas depan, kelas tengah maupun kelas belakang,..... jauh di sudut hati setiap murid,.. maukan kejayaan!! Meraka mau berjaya...... Oleh itu, cikgu..tolong jangan cepat marah pada murid !! Memang bukan  mudah, bertahan hati dan perasaan.. bila murid pula; suka dan  berani mencabar..tapi simpanlah marah tu dulu cikgu..

Murid ini ada berbagai perangai,yang terbentuk dari persekitaran, masalah keluarga, desakan ekonomi, kesihatan, psikologi yang tak stabil, hormon remaja yang tak seimbang dan macam macam faktor lagi. Mereka sebenarnya adalah manusia muda yang mahukan sangat sangat perhatian cikgu, tapi tak pandai nak luah, tak  reti nak cakap dan mempamerkan perangai yang peli plakk..nak kalau nak  mudah kita lihat pada tumbuhan tumbuhan,...( Allah suruh kita belajar dari alam)..
1. Ada pokok yang mudah tumbuh, tak perlu dijaga tak perlu disiram.. hidup jer...so ada murid yang macam ni..senang jer faham, ikut jer arahan guru...so bersyukurlah cikgu diberi murid macam ni. sujud syukur!!

2. Ada pokok yang tak mampu berdiri sendiri,...tapi gagah untuk memanjat batang pokok yang lain demi mencapai cita cita untuk sampai ke puncak.  Murid pun ada macam ni, mereka perlu dibimbing, selalu disokong baru lah mereka bermotivasi  untuk mencapai kejayaan..tanpa sokongan cikgu mereka lemah!!!

3. Ada pokok perlu penjagaan rapi, perlu dibaja, disiram dan dicantas selalu..barulah hidup segar dan berbunga harum..so kalau dibanding dengan murid, mereka ni adalah golongan yang perlu pengawasaan rapi guru, perlu ditegur, dipuji dan dimarahi selalu..barulah mereka dapat meneruskan kehidupan dan pembelajaran dengan baik..

4. Ada pokok tak tahan panas....kene diletak bawah teduh, mesti ada pokok tadahan (seperti pokok  koko)..so kalau murid jenis ini, mereka jenis manja,.... nak tegur pun perlu dengan baik, berhemah..

5. Dan ada pokok yang berduri, seperti kaktus..tapi mudah tak perlu siraman,..biar saja tau tau berbunga,..kalau disentuh sakit jari kita...kalau nak dibanding dengan murid, murid jenis ni, sering kali memberontak bila diberi nasihat,..apatah lagi kalau dileter,..pada murid macam ni cikgu doakan sahaja,.doakan dengan seikhlas hati,..murid ini mungkin tak pandai nak ambil hati cikgu, tapi sebenarnya mereka menghargai cikgu...dan insyaallah ada kejayaan untuk mereka !!

so cikgu janganlah cepat marahkan murid...berilah mereka peluang, berilah mereka perhatian ikhlas cikgu secara terang atau senyap, berilah mereka doa mustajab cikgu........ kerana Allah memilih cikgu sebagai guru!!

PELUKAN MALAM

Oleh:


Midah Junid
Grup SeruPuisi














Ibu dunia dipeluk malam.
Ibu dunia membisikkan kesedihan .
Malam menenangkan ibu dunia yang menangis pada bahunya.

Luahkan ibu dunia, kata malam.
Hati aku berdebar malam.
Anak-anak kita di bumi Asia dalam gulana.

Malam-malam begini tentu sejuk tubuh mereka.
Sudah makankah mereka?

Dakaplah aku malam.
Aku mahu menangis di dadamu.

Kamalia. 19 mac 2011
Sunway
10.27 malam

KAMU


Midah Junid
Grup SeruPuisi
Oleh:













Setelah kuberi hati,
kau masih lagi menduga.

Dugalah hingga aku buta,
Dugalah hingga aku tuli,
Dugalah hingga aku lena diselimuti air mata.

kau soal cinta pada rasa yang berdebar di dada.

Kamalia.
19 mac 2011
sunway.
11.35 mlm

LASTARI CINTAKU

Oleh:


Nor Wahida
Grup SeruPuisi














Gemersik gelora menghembus noda-noda hati
Berlari berkejar menongkah perit duka
Semahu-mahu meratah keperitan hati
Namun ia tidak bermaya lagi

Aku terbaring dalam landai semusim indah
Aku terduduk menjurai segala rasa
Bisa menghentap kepuasan masa berlalu
Mencuri hilang kisah lalu

Aku sentiasa bertandang dalam mimpi-mimpimu
Membisikkan gunungan cinta mu
Bersatu didalam satu langkah
Biarkan saja mereka tahu
Dunia ciptaan kita
Cinta kita bersahut

Sempurnakan larut-larut kedamaian
Mendengar sahutan panggilan sang mentari
Indah menyusup di kalbu ratu
Ratu sang pencinta

Engkaulah racun segalanya
Engkaulah penawar segala irama dan nadaku

Tajam cinta itu memulas bara yang sentiasa membahang
Semakin nyala semakin panas
Sehangat cinta itu berada dihatiku
Lengkapi daku cinta yang tak terucap
Kirimkan daku kelembutan
Bersama lastari cinta kita
Berdua

Guru...peranan pada masa kini

MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com











Profesion perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang unik., tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya warga profesion perguruan sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat yang mana memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap insan (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1993).









Profesion perguruan adalah salah satu profesion yang mencabar dan amat mendesak. Guru diharap mengetahui serba serbi tingkah laku manusia dan memainkan pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya seorang pendidik yang berkesan. Kesedaran seperti ini telah lama disuarakan sejak tahun 50an di mana di samping mempunyai sifat-sifat diri yang sempurna, guru dikehendaki memainkan pelbagai peranan seperti yang berikut:

i)Sebagai penuntut kepada motivasi : mengetahui kajian-kajian tentang motivasi dari segi falsafah, psikologi, biologi dan sosiologi : mengetahui sifat-sifat semulajadi manusia dari segi psikologi, sosiometri, konsep kemahuan dan konsep diri.
ii) Sebagai pemerhati pertumbuhan pelajar : mengetahui pertumbuhan dan pembangunan manusia : memahami pelajar-pelajar dalam situasi bilik darjah.
iii)Sebagai tukang seni dan teknik : kebolehan sebagai tukang seni dalam pengajaran: kebolehan dalam melakukan ujian kecerdasan : kebolehan dalam menilai personaliti dan menyimpan rekod dan kebolehan dalam melakukan pemerhatian diri dan kumpulan.
 iv)Sebagai ahli eksperimen: mengetahui hasil-hasil penyelidikan dengan melakukan ujikaji dengan mencuba sesuatu inovasi dalam pengajaran.Sebagai pentadbir dan terapis : memikul tanggungjawab pentadbiran : menggunakan sumber komuniti dan melaksanakan tugas terapis : tanggungjawab pentadbiran, iaitu memilih teknik pengajaran yang sesuai dengan keadaan, berkomunikasi secara efektif, menegaskan kerja kumpulan, menghargai sumbangan isi kandungan kursus menginsafi nilai perasaan kekitaan dalam kumpulan (Mohd Salleh Lebar, 1998).
v)Sebagai penggalak kepada pembelajaran : mengetahui teori penyekutuan dan teori bidang : mengetahui penentu-penentu sosial dan perseorangan.









Guru pada masa kini seringkali diperbandingkan dengan guru sebelum perang maksudnya sebelum merdeka. Guru pada masa dahulu di katakan amat dedikasi dan komited terhadap tugasnya sebagai guru. Pada ketika itu, masyarakat amat menyanjungi serta menerima kepimpinan mereka.Guru diibaratkan sebagai golongan yang cerdik pandai serta berkelulusan tinggi disebabkan ketika itu pegawai lain yang ada pada masa itu, kecil bilangannya. Kaum guru merupakan sebilangan kelompok yang diiktiraf sebagai pemimpin di kampung-kampung.
Dalam situasi itu, guru dikatakan atau muncul sebagai pendidik kepada kanak-kanak,pembimbing dan sebagai penasihat kepada masyarakat. Guru pada zaman dahulu juga sanggup berhijrah dan merantau ke negeri lain untuk menyampaikan ilmu ke seluruh negara (Omar, 1991).Selaras dengan perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh negara dalam setiap bidang kerjaya, profesion perguruan juga tidak ketinggalan dalam mengalami perubahan yang pesat dalam mengikut arus perubahan. Kerjaya yang pada suatu ketika dahulu menjadi sanjungan, tetapi kini teIah terhakis kehormatannya lantaran tanggapan masyarakat dan pihak lain yang menilai kerjaya guru seperti kerjaya lain.
Dalarn menjalankan tugas sebagai pendidik, guru perlu menjalankan berpuluh peranan lain sarna ada yang berkaitan dengan pendidikan atau sebaliknya. Prestij profesion perguruan amat rendah dan kurang mendapat sambutan di mata masyarakat pada hari ini. Ini membayangkan betapa masyarakat kurang memberi penghormatan sewajarnya terhadap sumbangan guru dalam masyarakat pada hari ini. Hal ini berlaku kerana pada hari ini terlalu banyak profesion lain yang telah membayangi peranan seorang guru.Sejak kebelakangan ini, profesion perguruan ditimpa pelbagai masalah dan perkara yang negatif. Media massa sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengkritik profesion perguruan. Tidak kiralah mengenai sistem pengurusannya ataupun mengenai guru itu sendiri. Perkembangan yang berlaku ini telah mendedahkan golongan pendidik di negara ini dengan pelbagai tekanan. Situasi ini akan memberi kesan kepada tanggapan guru terhadap kerjayanya.






 






Sabtu, 19 Mac 2011

Pengaruh Guru Wanita Terhadap Pelajar

Oleh:
MD RASUL BIN HARON
(Wadah Pajak Song)












GOLONGAN pendidik sejati boleh diibaratkan lilin yang sentiasa menerangi kehidupan pelajar-pelajar. Pendidik yang amanah tidak membawa masuk pengertian jemu atau putus asa dalam kamus hidup mereka.
Keikhlasan mereka mendidik tidak terbatas di bilik darjah bahkan masa dan keringat sentiasa dikerah tanpa mengharapkan balasan. Itu semua dikorbankan semata-mata berpegang kepada satu matlamat iaitu ingin melihat setiap insan yang diajar berjaya pada satu hari nanti.



Gambar Hiasan
Pengawas SMK Selayang Bharu
Batu Caves
Selangor















Bagi yang mengenang zaman persekolahan, pasti ramai individu yang dipanggil guru atau cikgu ini masih diingati sehingga ke hari ini kerana faktor-faktor tertentu.Tidak kira golongan pendidik itu lelaki mahupun wanita, pasti ada yang menjadi kegemaran pelajar-pelajar disebabkan karisma dan sifat mereka. Bagi kebanyakan pelajar lelaki, golongan pendidik wanita meninggalkan kesan mendalam terhadap diri mereka sekali gus sebagai sumber inspirasi dalam mengharungi cabaran alam pembelajaran dan juga selepas meninggalkan sekolah.











Ia mungkin disebabkan sifat keibuan, kesabaran, tolak ansur, lemah lembut malah ada yang tidak dapat melupakan paras rupa menarik serta senyuman menawan yang dimiliki golongan pendidik wanita ini.

Korikulum Akademik










Kurikulum ini dibentuk untuk menyokong pendidikan efektif yang menekankan pengenalan diri sebagai sebahagian daripada individu masyarakat. Ia merangkumi program-program pembangunan diri, aktiviti-aktiviti keusahawan, kokurikulum, persatuan/kelab, sukan dan permainan.
Program Pembangunan Diri : Orientasi, Latihan Temuduga, Kursus Ahli Lembaga Koperasi dan Badan Wakil Pelajar.
Aktiviti Keusahawanan : Aktiviti Koperasi, Penerbitan Majalah dan Program Usahawan Muda.
Persatuan dan Kelab : Persatuan Matematik, Kelab Komputer, Kelab Sejarah, Kelab Pengguna, Seni Khat, Persatuan Bahasa Inggeris, Tunas Saintis, Debat, Drama, Kelab Bahasa Inggeris , Pementasan, Pantun, Pidato, Forum dan Kelab Alam Sekitar.
Badan Beruniform : Kadet Bomba, Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah, Jabatan Perkhidmatan Awam 3, Tae Kwan Do, Renjer Puteri, Pengakap, Bomba, Karate Do, Kadet Polis, Puteri Islam, Silat Gayung, Pandu Puteri dan Silat Cekak.
Sukan & Permainan : Hoki, Bola Jaring, Bola Tampar, Tennis, Sepak Takraw, Bola Sepak, ragbi, Bola Baling, Petanque, Bowling, Bola Keranjang dan Badminton.

Jumaat, 18 Mac 2011

Ini Sebab Kenapa Kami Sarankan Anda Berhenti Mengomplen, Mengomel, Mengomen dan Mengkondem

Oleh:
iMotivasi












Jangan selalu kritik orang dan mengkondem orang.
Ketahuilah apa yang Anda buat, ada balasannya. Buat baik, pasti di balas baik.
Benda ni semua berlaku sebab kita di kelilingi tenaga. Tenaga yang Anda keluarkan, tenaga serupa itu jugalah yang akan Anda dapat sebagai balasan
Ia bertindak sebagai satu DOA dalam diam. Minda Anda menerbitkan tenaga dari Anda bangun sampailah Anda tidur. Tenaga itu bergerak bersimpang siur dalam bentuk gelombang.
Bila Anda bersangka baik,mengagumi dan menghargai, minda Anda akan menerbitkan tenaga positif. Tenaga tu keluar dari minda Anda lalu bergerak ke persekitaran Anda dalam bentuk gelombang.
Gelombang minda Anda akan ditangkap masuk oleh minda orang lain. Orang di sekeliling Anda turut menerbitkan gelombang tenaga dari minda masing-masing.
Bila gelombang minda mereka sudah terlepas ke persekitaran Anda, minda Anda akan menyerap masuk kesemua gelombang minda orang lain yang serupa dengan Anda punya.
Gelombang baik akan menarik gelombang baik, lantas dizahirkan pada perbuatan, direalisasikan dalam situasi kehidupan.
Untuk orang lain senang nak terima Anda serta menerima Anda seadanya sekarang, ubah sikap Anda terlebih dahulu.
Nak mengubah aspek luaran (suasana pergaulan Anda) Anda kena ubah dulu aspek dalaman (isi hati dan fikiran Anda). Tinggalkan sikap suka mengomen apa yang orang buat. Tiap kali nampak orang lain buat something, biarkan. Jangan memberi respon buruk, komplain apatah lagi mengomen buruk.
Berhenti mengomen dalam apa jua keadaan. Elak mengkondem, mengutuk kesilapan sesiapapun apatah lagi mentertawakan mereka sama ada secara terbuka atau dalam situasi bersifat privasi.
Sebab, sikap sebegini menerbitkan energi negatif.
Kesannya, Anda akan di kelilingi gelombang negatif kerana minda Anda menarik gelombang negatif yang terbit dari orang lain. Biasanya gelombang negatif ni berisi kebencian, iri hati, dengki, marah, geram, dendam.
Sebaliknya, appreciate and give thanks.
Lakukan ini selalu. Berilah respon baik, komen baik, hargai dan ucap terima kasih.
Gelombang minda Anda akan berubah jadi gelombang kegembiraan, yang mana ini akan menaikkan tahap emosi Anda menjadi positif, Anda pun akan berjumpa dengan orang-orang bersikap positif yang selalu saling bantu-membantu antara satu sama lain secara kebetulan. Positive mind attaracts another positive mind. A happy person attracts an another happy person.
Dalam istilah lebih tepat, ia dipanggil “uplifting energy” terutama emosi Anda kurang stabil.
Bila emosi Anda dah menaik, Anda akan rasa bersemangat dalam apa jua perkara yang Anda lakukan – sama ada menyiapkan kerja-kerja di rumah, di pejabat, di tempat kerja, ketika berjalan-jalan, ketika belajar, ketika memasak atau ketika mencuci kereta.
Anda akan rasainya serta merta. Dengan syarat Anda kena hargai dan berterima kasih sepenuh hati, bukan di lakonkan.
Pengharagaan dan rasa berterima kasih yang dilakonkan semata-mata untuk membuat diri Anda nampak berkasrima akan membangkitkan rasa ego.

Azam mendidik anak












Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?
Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.
Jadikan contoh
Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.
Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.
Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.
Mendisiplinkan anak
Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.
Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.
Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar.
Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.












Memahami anak
Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?
Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.
Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.
Pemakanan sihat
Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.
Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.
Aktiviti fizikal
Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.
Berkomunikasi secara efektif
Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.
Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.
Sentiasa bersedia
Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.
Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://pediatrics. about.com.

DIPETIK DARIPADA KOSMO ONLINE 19 MAC 2011

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...