Ahad, 20 Mac 2011

Guru...peranan pada masa kini

MD RASUL BIN HARON
mrasulharon@yahoo.com











Profesion perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang unik., tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya warga profesion perguruan sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat yang mana memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap insan (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1993).









Profesion perguruan adalah salah satu profesion yang mencabar dan amat mendesak. Guru diharap mengetahui serba serbi tingkah laku manusia dan memainkan pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya seorang pendidik yang berkesan. Kesedaran seperti ini telah lama disuarakan sejak tahun 50an di mana di samping mempunyai sifat-sifat diri yang sempurna, guru dikehendaki memainkan pelbagai peranan seperti yang berikut:

i)Sebagai penuntut kepada motivasi : mengetahui kajian-kajian tentang motivasi dari segi falsafah, psikologi, biologi dan sosiologi : mengetahui sifat-sifat semulajadi manusia dari segi psikologi, sosiometri, konsep kemahuan dan konsep diri.
ii) Sebagai pemerhati pertumbuhan pelajar : mengetahui pertumbuhan dan pembangunan manusia : memahami pelajar-pelajar dalam situasi bilik darjah.
iii)Sebagai tukang seni dan teknik : kebolehan sebagai tukang seni dalam pengajaran: kebolehan dalam melakukan ujian kecerdasan : kebolehan dalam menilai personaliti dan menyimpan rekod dan kebolehan dalam melakukan pemerhatian diri dan kumpulan.
 iv)Sebagai ahli eksperimen: mengetahui hasil-hasil penyelidikan dengan melakukan ujikaji dengan mencuba sesuatu inovasi dalam pengajaran.Sebagai pentadbir dan terapis : memikul tanggungjawab pentadbiran : menggunakan sumber komuniti dan melaksanakan tugas terapis : tanggungjawab pentadbiran, iaitu memilih teknik pengajaran yang sesuai dengan keadaan, berkomunikasi secara efektif, menegaskan kerja kumpulan, menghargai sumbangan isi kandungan kursus menginsafi nilai perasaan kekitaan dalam kumpulan (Mohd Salleh Lebar, 1998).
v)Sebagai penggalak kepada pembelajaran : mengetahui teori penyekutuan dan teori bidang : mengetahui penentu-penentu sosial dan perseorangan.









Guru pada masa kini seringkali diperbandingkan dengan guru sebelum perang maksudnya sebelum merdeka. Guru pada masa dahulu di katakan amat dedikasi dan komited terhadap tugasnya sebagai guru. Pada ketika itu, masyarakat amat menyanjungi serta menerima kepimpinan mereka.Guru diibaratkan sebagai golongan yang cerdik pandai serta berkelulusan tinggi disebabkan ketika itu pegawai lain yang ada pada masa itu, kecil bilangannya. Kaum guru merupakan sebilangan kelompok yang diiktiraf sebagai pemimpin di kampung-kampung.
Dalam situasi itu, guru dikatakan atau muncul sebagai pendidik kepada kanak-kanak,pembimbing dan sebagai penasihat kepada masyarakat. Guru pada zaman dahulu juga sanggup berhijrah dan merantau ke negeri lain untuk menyampaikan ilmu ke seluruh negara (Omar, 1991).Selaras dengan perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh negara dalam setiap bidang kerjaya, profesion perguruan juga tidak ketinggalan dalam mengalami perubahan yang pesat dalam mengikut arus perubahan. Kerjaya yang pada suatu ketika dahulu menjadi sanjungan, tetapi kini teIah terhakis kehormatannya lantaran tanggapan masyarakat dan pihak lain yang menilai kerjaya guru seperti kerjaya lain.
Dalarn menjalankan tugas sebagai pendidik, guru perlu menjalankan berpuluh peranan lain sarna ada yang berkaitan dengan pendidikan atau sebaliknya. Prestij profesion perguruan amat rendah dan kurang mendapat sambutan di mata masyarakat pada hari ini. Ini membayangkan betapa masyarakat kurang memberi penghormatan sewajarnya terhadap sumbangan guru dalam masyarakat pada hari ini. Hal ini berlaku kerana pada hari ini terlalu banyak profesion lain yang telah membayangi peranan seorang guru.Sejak kebelakangan ini, profesion perguruan ditimpa pelbagai masalah dan perkara yang negatif. Media massa sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengkritik profesion perguruan. Tidak kiralah mengenai sistem pengurusannya ataupun mengenai guru itu sendiri. Perkembangan yang berlaku ini telah mendedahkan golongan pendidik di negara ini dengan pelbagai tekanan. Situasi ini akan memberi kesan kepada tanggapan guru terhadap kerjayanya.






 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...