Sabtu, 14 Januari 2012

‘ADUH! GALAXY LESUNG BATU’


Sumber:

JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.
Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya. 
“Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900.
“Saya membeli tiga telefon bimbit berkenaan secara talian pada 6 Disember lalu dan membuat bayaran ke akaun seorang lelaki bernama Lim Tham Kim,” katanya, semalam.Menurut Hazirul, dia kemudian menerima SMS daripada kakitangan sebuah syarikat menjual peralatan komunikasi yang menawarkan barangan percuma atau diskaun RM50.Hazirul memilih tawaran diskaun berkenaan dan sehari kemudian, dia menerima bungkusan barangan dibeli.
“Saya gembira kerana telefon bimbit berkenaan tiba tepat pada masanya, tetapi terkejut apabila mendapati kotak bungkusan berkenaan cuma mengandungi lesung batu.“Saya menghubungi nombor telefon tertera seperti dalam SMS diterima sehari sebelum itu, tetapi individu terbabit enggan menjawab panggilan saya,” katanya.Hazirul kemudian melakukan pemeriksaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati syarikat terbabit tidak wujud.

“Saya yakin dengan pembelian menerusi dalam talian kerana pernah membeli beg tangan dan tidak timbul masalah seperti ini,” katanya yang membawa perkara terbabit ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT PM).
Sementara itu, Presiden TTPM, Quaik Chong Yu menegaskan penuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak saja kerana pasti timbul masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan.“Pihak penuntut perlu pilih satu pihak untuk failkan tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat manakala wang bayaran dimasukkan ke akaun peribadi Lim, mereka akan saling menolak,” katanya.

Hazirul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat berkenaan dan meneruskan tuntutan terhadap Lim atas alasan lelaki itu menerima wang terbabit.
Quaik mengarahkan Lim mengembalikan RM3,250 kepada Hazirul dalam tempoh 14 hari selepas perintah dikeluarkan manakala tuntutan terhadap syarikat digugurkan.“Lesung tu pula boleh disimpan di rumah,” katanya.Wakil pihak penentang iaitu Lim dan syarikat terbabit tidak hadir pada perbicaraan.

MAKLUMAN SPBA OLEH JPA



MAKLUMAN

SEMAKAN SEMULA SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM


Saya merujuk kepada Kenyataan Media YAB Perdana Menteri bertarikh 12 Januari 2012 mengenai semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Semakan semula ini tidak menjejaskan SBPA yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012.
2. Sehubungan ini adalah dimaklumkan sebuah Pasukan Petugas akan ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.
3. Pasukan Petugas tersebut akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ismail Adam, bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman beliau yang luas dalam hal-hal yang berkaitan Perkhidmatan Awam setelah memegang beberapa jawatan penting dalam perkhidmatan awam.
4. Pasukan Petugas itu akan dianggotai oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta Pegawai kementerian yang berkaitan.
5. Pasukan Petugas tersebut akan mengadakan konsultasi dan perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan termasuk kesatuan dan persatuan sekerja.
6. Isu-isu berhubung pelaksanaan SBPA hendaklah dialamatkan atau diemelkan dalam tempoh 1 bulan dari kenyataan media ini, iaitu sehingga 15 Februari 2012 kepada:
YBhg. Datuk Farida Mohd Ali,
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan AwamAras 13,
Blok C1, Kompleks C
,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62510 PUTRAJAYA.
E-mel: farida.sbpa@jpa.gov.my
7. Pasukan Petugas diberi tempoh 2 bulan, iaitu sehingga 16 April 2012 untuk mengkaji isu-isu tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada Kerajaan.
8. Bagi mereka yang telah pun bersetuju memilih SBPA, opsyen tersebut adalah kekal.
9. Bagi mereka yang belum mengemukakan borang opsyen SBPA pada tarikh kenyataan media ini dan mereka yang telah membuat opsyen untuk tidak memilih SBPA, borang opsyen yang baru akan dikemukakan setelah keputusan muktamad ke atas semakan semula itu dibuat.
10. Walau apa pun Kerajaan memberi jaminan bahawa SBPA yang telah disemak semula itu adalah terpakai kepada semua pegawai dan tidak akan menjadi kurang baik (less favourable) daripada terma dan syarat SBPA yang telah ditawarkan terdahulu termasuklah kemudahan dan gaji.
TAN SRI MOHD SIDEK BIN HJ HASSAN
KETUA SETIAUSAHA NEGARA
13 JANUARI 2011

Kes hina mahkamah ditangguh penulis blog 'hilangkan diri'

Sumber:
malaysiakini.com
http://www.malaysiakini.com/news/186538









Gagal menyerahkan dokumen prosiding menghina mahkamah dan pihaknya telah berusaha menyerahkan dokumen itu sebanyak tujuh kali
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan prosiding menghina mahkamah melibatkan penulis blog Amizudin Ahmat yang disaman Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana Amizudin telah 'menghilangkan diri'.
Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Rais, berkata keadaan tersebut menyebabkan beliau gagal menyerahkan dokumen prosiding menghina mahkamah dan pihaknya telah berusaha menyerahkan dokumen itu sebanyak tujuh kali bermula 25 November hingga 7 Disember tahun lepas.
Muhammad Shafee berkata pada 11 Jan lalu, pihaknya cuba mengambil peluang untuk berjumpa Amizudin yang menghadirkan diri untuk pendengaran kes rayuannya di Mahkamah Rayuan, Putrajaya tetapi ia gagal kerana Amizudin sekali lagi menghilangkan diri.
Berikutan keadaan itu, Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof memutuskan 2 Februari ini untuk perbicaraan menghina mahkamah terhadap Amizudin.
Pada 21 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Rais untuk memulakan prosiding menghina mahkamah kerana penulis blog tersebut telah melanggar sebahagian perintah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah Rais dalam blognya.
Perintah yang dikeluarkan Hakim Zabariah itu ialah susulan daripada keputusan saman fitnah pada 19 Julai tahun lalu yang difailkan Rais terhadap Amizudin.
Rais memenangi saman tersebut dan Amizudin diperintah membayar gantirugi RM300,000 kepada menteri itu. Hakim Zabariah turut memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.

Pada 31 Januari 2011, Rais, 69, memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) berhubung artikel yang disiarkan dalam blog sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Dis 2010.
Dalam samannya itu, Rais berkata artikel berbahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau serta bermaksud beliau melakukan kesalahan besar merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia.
Seorang wanita yang pernah bekerja dengan menteri itu kemudiannya dilaporkan telah memberitahu sebuah portal berita Indonesia bahawa beliau tidak pernah dirogol atau dilayan dengan buruk oleh majikannya itu.


Ari Software 




Ulasan dan Komen Yang Tersiar Di Dalam Malaysiakini.com



Amizudin Sharpshooter ·  Pengulas Tertinggi · Bukit Mertajam
ini satu fitnah jahat...saya tak pernah menghilang atau melarikan diri pun...jumpa saya di mahkamah rayuan putrajaya pada 18 jan 2012 jam 2.30 petang...jumpa di sana...

Ahmad Albab ·  Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia
jumpa jgn xjumpa



Selamba je...ayat pokai abg din hilangkan diri...lawan abg din...



Bawa MC..abg din..bagi tau makamah.. Saya sakit perut...

Pakngah Rock ·  Pengulas Tertinggi · Kuli batak di PENCARI ROTAN
Lawan jangan tak lawan. Lawan tetap lawan. Kali ini antara orang kuat media pro Umno dengan menteri Umno. Bukakan tembelakang di mahkamah agar rakyat tahu hati budi orang kuat media pro Umno dengan penjilat Umno.







Usaha kementerian disambut baik

Sumber
Utusan Borneo
http://www.theborneopost.com/2012/01/14/usaha-kementerian-disambut-baik/










30 peratus kuota pengambilan guru pelatih dari Sarawak dan Sabah.
KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyambut baik usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mempertahankan 30 peratus kuota pengambilan guru pelatih dari Sarawak dan Sabah.
Presidennya, Ahmad Malie berkata, sekurang-kurangnya usaha ini membuktikan bahawa KPM ada usaha untuk menangani masalah ini yang sekian lama menjadi isu bagi kedua-dua negeri.
Bagaimanapun, peratusan itu, kata beliau, sewajarnya juga ditingkatkan memandangkan permohonan anak-anak tempatan kini kian bertambah.
“Secara dasarnya KGBS menerima baik usaha KPM mempertahankan 30 peratus kuota pengambilan guru pelatih dari Sarawak dan Sabah bagi mengurangkan jumlah permohonan pertukaran guru bertugas di kedua-dua negeri ini pada masa ini.
“Namun demikian, memandangkan jumlah permohonan guru pelatih dari 
kalangan anak-anak tempatan kian meningkat setiap tahun maka KGBS menyarankan agar kuota 30 peratus ini sewajarnya dinaikkan lagi sehingga 50 peratus,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Borneo baru-baru ini.
Menurut Ahmad, dengan dengan pertambahan kuota pengambilan guru pelatih daripada anak-anak tempatan ini ia pasti membantu mengatasi masalah perpindahan lebih efektif.
“KGBS yakin dan percaya masalah perpindahan guru antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung pada masa yang akan datang dapat diatasi dengan lebih berkesan,” tegasnya.
Beliau memberitahu cadangan itu sekurang-kurangnya dapat membantu mengatasi masalah pengangguran di kalangan anak-anak tempatan.

Pada 10 Januari lalu, KPM dilapor mempertahankan kuota 30 peratus pengambilan guru pelatih masing-masing dari Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan jumlah permohonan pertukaran guru bertugas di kedua-dua negeri ke semenanjung.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pertukaran guru ke semenanjung dikhuatiri mampu merencatkan kelangsungan proses akademik pelajar di kedua-dua negeri jika masalah tidak ditangani.
“Kementerian sedang berusaha sebaik mungkin memenuhi kuota pemilihan guru pelatih yang diperkenalkan sejak Jun 2010 untuk ditempatkan di 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara.
“Setakat ini, kami menerima permohonan memberangsangkan daripada calon Sabah dan Sarawak,” katanya.



Ari Software 








Awalan meN-

Munsyi Md Rasul bin Haron@Amatara Bahagian Matrikulasi 30 Jun 2022 Panduan Bahasa PROSES PENGIMBUHAN 2) Awalan meN- fungsi pengg...